Monday, August 23, 2010

Sudut Pandangku : Mengulas Isu Doa Dalam Khutbah Jumaat Kepada Orang Kafir

Oleh isma daud

Zakaria Ahmad
Isu doa dalam khutbah jumaat menjadi sesuatu yang penuh kontroversi mutakhir ini. Nama Ustaz Zakaria Ahmad (gambar kiri) mula menjadi popular. Ustaz dengan tidak semena-mena telah membuka mata  banyak pihak dalam isu doa ini. Isu agama ini telah menjadi isu politik. Dan rakyat boleh menilai hal ini  dengan jelas. Saya berpendapat isu ini mampu membuka mata banyak pihak bahawa isu doa ini menampakkan lagi UMNO lebih bersifat perkauman dan gigih mempertahankan perlembagaan berbanding ketetapan hukum dalam Islam itu sendiri.

UMNO lebih melihat boleh atau tidak boleh "menggantikan" nama Yang di-Dipertuan Agong, kepada nama Ketua Menteri  Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua daripada melihat dalam konteks dakwah dan keilmuan seseorang khatib.

Baca apa yang dilontarkan oleh Dr Asri dalam isu ini. "Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera".  Baca di sini.

Saya suka menyorot kembali apa yang dilaporkan oleh akhbar sebelum ini. Berikut adalah  teks berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian ;
"BUTTERWORTH - Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua, solat Jumaat berlaku lagi di negeri ini, Jumaat lalu.

Dipihak Zakaria : "Tiada Sebarang Motif"
Di Masjid Jamek Kubang Buaya, Bagan, di sini, doa itu dibaca oleh Zakaria Ahmad, khatib jemputan yang sama mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Beberapa ahli jemaah masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

Tiga saksi yang mendengar doa berkenaan iaitu Mohd Shahril Harun, 36, Mohd Radzi Hussain, 34, serta Muhammad Fahmie Omar, 21, membuat laporan di Balai Polis Butterworth tengah hari semalam.

Mohd Shahril, seorang kontraktor dari Bagan Dalam berkata, dia singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Jumaat selepas selesai meninjau pekerjanya yang menjalankan tugas di sekitar Bagan Ajam di sini.

“Semasa khutbah kedua, saya mendengar dengan jelas, khatib itu, Zakaria Ahmad yang dijemput membacakan khutbah mendoakan agar Guan Eng diselamatkan dan langsung tidak mendoakan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan.

“Saya dan jemaah lain yang duduk berdekatan memandang antara satu sama lain dalam keadaan terkejut,” katanya.

Hadir sama menemani kumpulan pemuda itu membuat laporan polis ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.

Mohd Radzi pula berkata, dia mendengar jelas doa Zakaria dalam bahasa Melayu itu mendoakan kesejahteraan Guan Eng dan langsung tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tun Abdul Rahman Abbas.

“Saya dengar cuma nama Guan Eng disebut menyebabkan kebanyakan jemaah yang ketika itu menunduk tiba-tiba tegak dan saling berpandangan kerana terkejut. Ada jemaah yang menadah segera menurunkan tangan mereka sambil menggeleng-geleng kepala,” katanya.

Saksi ketiga, Mohd Fahmi berkata, sebagai orang Islam, dia kecewa dan meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan terhadap khatib berkenaan. Sementara itu, Shaik Hussein yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan berkata, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim gagal melaksanakan tugasnya untuk memelihara kesucian agama Islam dan institusi Islam seperti mimbar masjid.

“Beliau sebenarnya tidak layak menerajui portfolio ini apabila terus membuat penafian dan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba memainkan isu perkauman sedangkan sepatutnya beliau membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tambahan lagi dengan berulangnya kes sama di beberapa masjid sebelum ini menunjukkan beliau langsung tidak buat kerja,” katanya."

Setelah saya membaca berita ini, saya melihat pertama orang tak hormat kepada orang berilmu, apa yang dibuat oleh orang berilmu salah, pendapat orang awam lebih betul. Hasilnya orang awam membuat laporan polis kepada orang berilmu. Yang tidak hormat orang berilmu di sini pastinya orang Melayu UMNO. Tanpa menafikan dalam masalah "Maklumun MinadDiini Bid Dhorurah", orang ramai tahu rukun khutbah yang lima dan apa yang boleh dan tidak boleh dalam berdoa.

"Teringat dalam kes saya di"gam" berkhutbah kerana menyebut "sekular" dalam khutbah pertama. Orang awam membuat bantahan kepada JAIS, Sibu. Akhirnya saya salah, orang awam betul. Ternyata orang berilmu (biarpun sekadar ustaz biasa), lebih salah daripada orang awam yang sekular dalam PBB di Sarawak atau UMNO di Malaysia."

Itulah apa yang sedang berlaku hari ini... Orang tidak melihat kepada hukum Allah , kepada al-Quran dan Hadis, kepada sirah dan pandangan ulama yang muktabar, orang lebih suka melihat kepada adat kebiasaan dan perlembagaan yang telah ditentukan oleh manusia. Inilah yang sedang berlaku. Kalau dirujuk kepada hukum Allah, apakah salah besar oleh khatib jemputan ini  mendoakan orang bukan Islam berbanding mereka yang terus-menerus mencabar hukum Allah kerana tidak mahu melaksanakannya, sebaliknya hukum Allah menjadi simbol yang dibaca sahaja tanpa perlaksanaan.

Saya mengambil sikap memuji khatib yang berinovasi ini, dia berani dan dia tahu apa yang dia buat. Namun jika orang berilmu itu ada berbuat salah, dia masih dalam lingkungan salah sebagai orang berilmu bukan orang jahil. Melalui pernyataannya bahawa dia sudah dua tahun melakukannya, dia melakukan dengan sedar dan disengajakan. Disengajakan kerana beliau dalam ilmu dan kefahamannya perkara berdoa kepada orang kafir (dalam perkara itu) boleh dan tidak menyalahi syarak.

Dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Berikut apa yang dilaporkan dalam Sinar Harian, bahawa Ustaz Zakaria berkata;

Zakaria Ahmad
Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru. Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu. Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.
Persoalannya, bolehkah seseorang itu berdoa, buat solat hajat kepada orang bukan Islam untuk kesejahteraan mereka? Kesejahteraan di sini bermaksud kesihatan, kebaikan dan keadilan termasuk mendoakan seseorang Kafir yang cenderung berbuat kebaikan (tanpa dinafikan keburukannya), agar dilunakkan hati mereka supaya memeluk Islam.

Dalam sejarah tanah air UMNO pernah solat hajat untuk kemenangan calon bukan Islam di Hulu Selangor dan sehingga kini timbul isu yang sensasi  ini buat masa kini. Solat hajat ini secara langsung tiada dalilnya. Solat hajat ini jika dimaksudkan berdoa telah dibolehkan oleh UMNO.  Tiada ulama di Malaysia yang telah menfatwa bahawa ianya tidak boleh. Maka solat hajat dengan maksud berdoa adalah boleh.  Diam ulama itu bermakna boleh, sebab ulama tidak akan berdiam diri kalau ia tidak boleh. Jadi dalam isu solat hajat itu tiada dalil tetapi boleh kerana ia dalam maksud berdoa.  Ini kerana dalam perkara doa ada dalilnya.

Ini berdasarkan doa nabi SAW yang berbunyi;


اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين
maksudnya;
"Ya Allah, Berikanlah kemegahan kepada Islam dengan Islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar".

Berdasarkan doa Nabi Muhammad SAW yang berdoa agar Islam dimuliakan dengan dua Umar iaitu Amru Bin Hisyam (Abu Lahab) dan Umar Bin Al-Khattab, lalu Allah SWT memperkenankan doa itu. Allah SWT memilih Umar Bin Al-Khattab yang memeluk Islam setelah membaca surah At-Tha-Ha dirumah adiknya Fatimah lalu terus bergegas mencari Rasulullah SAW dan beriman dengan Baginda di Rumah Al-Arqam Bin Abil Arqam menunjukkan bahawa doa kepada orang kafir ada nas dan sirahnya.

Bagaimana isu Solat Hajat? Solat hajat juga bertujuan berdoa. Maka jika solat hajat boleh, maka berdoa pun boleh. Kerana kedua-duanya dengan tujuan berdoa. Berdoa untuk kemenangan dan kebaikan. Jadi apa isunya sekarang? Jawabnya tidak lebih daripada mencari keberuntungan politik semata tanpa melihat kepada hujah agama.

Doa kepada orang kafir yang dilarang

Adapun doa yang dilarang oleh Allah SWT ialah berdoa untuk keampunan dosa orang-orang kafir. Kerana nyata  kekufuran mereka menghalang Allah SWT memperkenankan doa itu lalu Allah SWT melarang tegas berdasarkan firmannya ini.

Firman Allah SWT;
{مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ}
Maksudnya;
“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasannya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam” (at-Taubah: Ayat 113).

Jadi kepada yang kafir, yang memerangi orang Islam adalah tidak wajar kita berdoa kepadana khususnya dalam memohon ampun kepadanya. Dalam memohon hidayah adalah diharuskan. Sebagaimana pula nabi berdoa kepada Umat Thaif yang kafir dengan doa; "Ya Allah! Berilah hidayah kepada kaumku (penduduk Thaif yang kafir dan menyakiti Nabi) kerana mereka kaum yang tidak mengetahui."

Cuma peringatan kepada umat Islam, berdoa di sini dalam isu bermuamalah saja bukan doa kerana kecintaan kekufurannya sebagaimana mencintai orang-orang beriman. Selama mereka masih berbuat baik kepada kita, masih boleh berdoa kepada mereka. Firman Allah SWT dalam surah Al.Mumtahanah;

{لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ}
“Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik (dalam urusan dunia) dan berlaku adil terhadap orang-orang (kafir) yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah: Ayat 8).

Sepatutnya umat Islam lebih cenderung melihat dalam konteks dakwah bukan kebencian yang ditanam atas dasar perkauman. Doa itu patut dilihat dari asas dakwah dan perhubungan . Kerana ia merupakan daya tarik bagi orang-orang kafir untuk masuk Islam, maka ini termasuk cara untuk mendakwahi mereka. Bukan pun orang kafir itu memaksa kita mendoakan mereka tetapi atas nama dakwah kita mendekatkan mereka kepada Islam. Kalau doa itu diasaskan kepada taasub kepada pemimpin tersebut adalah dilarang kerana ia tidak dibina atas niat dakwah sedikitpun bahkan cinta buta sahaja. Jadi saya yakin khatib yang berilmu dan tahu uslub dakwah tiada menunjukkan motif cinta butanya bahkan lebih kepada tujuan dakwah semata-mata.

Ini pandangan saya dalam kemampuan ilmu yang saya ada dalam harus diperbahaskan lagi... Tidaklah saya bermaksud melainkan sekadar membuat islah sesama kita untuk mencari kebaikan dan kebenaran. Wallahu A'lam!!!.

Sunday, August 22, 2010

Mangsa Mercun Di Ramadhan Kali Ini

Sumber : Harian Metro, Bernama, Berita Harian

Foto Rozainah Zakaria ~ ehsan dari blog shalahudin
Kanak-kanak maut, dua parah rumah dijadikan stor mercun meletup


KUALA TERENGGANU - 22 Ogos 2010
: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Dilambung Mercun - Harian Metro menunjukkan wajah adik Khairul Arif mangsa mercun

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenal pasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Dia kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang juga seorang peniaga.

Katanya, salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terbabit dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

"Selepas mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Katanya, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Motorsikal remuk kena letupan mercun
Dia turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk dipakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terbabit.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katany,a kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.-Bernama

Senada Dengan Dr Asri Dalam Isu Doa, Banyak Perkara Besar Berbanding Perkara Kecil

Oleh isma daud

Mengapa perkara kecil dibesarkan dan perkara besar di kecilkan?

Contohnya di Sibu dan di Sarawak, soal solat sunat teraweh samada 8 atau 20 rakaat dijadikan isu hangat sehingga taklimat demi taklimat ke surau, masjid dilakukan. Dikuatkuasakan dengan pekeliling dan sebagainya. Tapi dalam banyak hal yang lebih utama dikebelakangkan atau diabaikan.

Begitulah dua-tiga hari ini, timbul isu baca doa kepada Lim Guan Eng yang saya tidak tahu sejauh mana letak duduknya. Doa itu dari sudut mana? Diminta ampun dosanyakah atau mendoakan kesejahteraan pemerintahan dan pentadbirannya yang mana rakyat teramai ada dibawah kekuasaannya? Oleh kerana saya tidak tahu hal sebenar tentang hal ini, kita serah kepada orang yang berkuasa dalam bidangnya membuat siasatan dalam hal ini.

Namun dalam banyak hal, kenapa persoalan kecil dibesarkan dan persoalan besar dikecilkan? Pemimpin kita yang Islam yang kita doa ke kadang merapu pasal Islam lebih jauh nampak jahilnya, tapi kita doakan mereka. Orang bukan Islam pun kita doakan mereka bila mereka sambut hari lahir, dapat naik pangkat kita sentiasa doakannya... Jadi soal doa ini lebih kepada kepentingan politik saja, kerana ada pihak melihat ada keuntungan politik bagi mereka di situ.

Jadi saya senada dengan Dr Asri dalam hal ini sebagaimana beliau nyatakan dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysian Insider.

Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera


Asri: "Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng."

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

“Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,” katanya.

PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR.

“Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan,” katanya.

Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya.

Katanya, jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat.

“Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan,” katanya.

Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional.

Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara.

“Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara,” kata beliau.

Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.

“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.

“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.

Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.

Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada “Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng” dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.

Malaysianinsider

Anak Muda Melayu Benci Puasa Ramadhan Dan Tuhan di Facebook

Oleh isma daud

Dalam usaha saya mencari bahan ceramah untuk bulan Ramadhan, tidak semena-mena terjumpa satu blog yang memaparkan dinding Facebook(FB) yang menunjukkan sikap mereka yang bencikan puasa Ramadhan dan Allah SWT yang memaksa mereka untuk berpuasa. Dengan berani mereka berbincang bahawa mereka benci jadi Islam dan terpaksa berpuasa. Jadi secara terus terang mereka berbicara bahawa mereka benci puasa.

Buatlah engine google ; salleh gregor samsa, banyak orang tulis pasal dia hina Islam.

Klik gambar untuk baca dan besarkan

Saya ada memberi sedikit komenter saya di FB saya; setelah membaca tulisan mereka ini, rasa sedih mengatasi perasaan marah kepada mereka. kerana kita tidak boleh berbuat apa2 kerana tiada hukuman buat mereka ini, melainkan mengharapkan mereka ini bertaubat.... ramai sungguh orang melayu yang tidak kenal agama sekarang dan melanggar hukum2 Allah. Mereka buat main2 saja dengan perintah.. Mereka berani kerana pemerintah pun berani melanggar hukum Allah... Oleh kerana di Malaysia, sebut Melayu mereka itu adalah Islam biarpun tidak solat, tidak puasa bahkan menolak perintah Allah secara terang-terangan... mereka tetap Islam dalam kad penganalan mereka. Ada yang menolak ketuhanan seperti dalam perbualan mereka ini atau kita panggil atheist ataupun lebih sinonim dengan free thinker.

Ni gamaknya budaknya tu...

Apa nak jadi dengan anak bangsaku yang bertitle Muslim? Begitu rapuhnya aqidah mereka.
 

Sekadar renungan dan muhasabah bersama, baca apa yang beliau tulis di blognya; Hai Salleh saya kena ambil ayat anda sendiri diblog anda;

Salleh menulis;

Apapun, aku sendiri tak pasti apa yang membuatkan aku terlalu liat untuk bangkit dari tidur pagi tadi. Masa aku dikejutkan untuk menikmati makan sahur pagi tadi pun, aku macam liat nak bangun. Entah kenapa. Mungkin, aku kepenatan dan di dalam kepala aku, terlalu banyak ruang kosong yang tak terisi dengan apa sekali pun. Mungkin, itu memainkan peranan di dalam kelewatan aku hari ni.

Apapun, pagi tadi kami semua bersahur dengan menikmati Makaroni. Dan, aku tak menyesal bangun di dalam keadaan yang mengantuk sangat. Dan, aku tak menyesal walaupun aku terpaksa bangun di dalam keadaan yang tak cukup tidur.

Walaupun aku mengantuk, aku masih mampu menikmati keenakan makaroni yang dilimpahi dengan kuag Prego dan juga daging cincang yang selalu memberikan aku kenikmatan yang sangat.

Jadi, terima kasih pada mak si Fah dan Far yang menyediakan makanan sahur tu, untuk semua, dan memberikan aku ruang untuk menyelit dan menikmatinya, walaupun aku tak berpuasa.

Ya, memang aku tak berpuasa. Puasa, hanya untuk mereka yang menganut ajaran Islam, kan?

Tapi, apa yang pelinya, ramai yang bertanyakan aku, kenapa aku tak berpuasa, sedangkan mereka sendiri tak tahu menahu tentang kepercayaan, ketidakpercayaan, anutan atau apa sekali pun tentang aku. Aku diadili berdasarkan siapa ibu bapa aku, apa warna kulit aku, dan apa bahasa yang aku tuturkan.

Lemas!

Kenapa, bila datangnya bulan puasa, Ramadhan, aku terpaksa tak makan di khalayak ramai sedangkan, itu bukanlah kepercayaan aku? Kenapa aku selalu dipaksakan untuk melakukan sesuatu yang bukan pengamalan aku, hanya kerana warna kulit aku, dan siapa ibu bapa aku?

Mak aku sendiri, tak pernah memaksa aku untuk melakukan semua itu. Aku ulangi, mak aku!

Mak aku, adalah seorang manusia yang terpaksa mengalami kesakitan yang sangat bila nak melahirkan aku. Dan, bagi aku, aku dan dia masih ada perhubungan kerana itu. Jadi, jika nak dibandingkan dengan manusia lain, dia lebih bermakna untuk aku. Dan aku hormati dia.

Tapi, kebelakangan ni, sejak beberapa tahun ni, dia sendiri tak pernah nak paksakan aku untuk melakukan semua itu. Jadi, kenapa manusia lain, yang tak merasai azabnya mengeluarkan aku ke dunia ni, nak bising-bising menyuruh aku melakukan itu, dan ini. Begitu dan begini?

Manusia, memang tolol, kebanyakkan mereka.

Lagipun, bagi aku, tak ada gunanya kalau kamu semua berpuasa, atas niat yang salah. Atas nawaitu yang bukan-bukan.

Dan, kamu semua perlu sedar. Kamu semua, sama seperti aku, pendosa. Kamu (jika diikut agamanya) juga melakukan dosa. Cuma, kering atau tidak dosa kamu tu, terletak pada apa yang kamu lakukan.

Kalau aku dikatakan berdosa mencintai seseorang yang datang dari kelamin yang sama dengan aku, kamu juga mungkin pernah melakukan dosa kerana berbual hal yang buruk tentang orang lain. Atau, tak memakai tudung. Atau mewarnakan rambut. Atau, menonton pornografi. Atau, meneguk alkohol di bulan selain bulan Ramadhan. Atau, mengambil rasuah, atau memfitnah seseorang yang lain, meliwat si pembuat kopi.

Jadi, kalau kamu nak berbicara mengenai agama dengan aku, tak payah. Lupakan. Sebab, kita semua ni pendosa. Kita pergi terbang ke mekah sekali pun, kita akan terbang dengan dosa sebab, aku yakin, pastinya ada syarikat-syarikat yang mempromosikan dosa ada melabur sekali di dalam saham syarikat penerbangan tu.

Apapun, aku tak percayakan kepada dosa yang datang dari persepsi agama. Itu semua bullshit! Apa yang aku percaya, adalah dosa kemanusiaan.

Jadi, lupakanlah, kalau kamu nak dekatkan diri dengan aku, hanya untuk menegakkan benang yang basah di dalam kolam dosa aku ni. Jalani hidup kamu, sebaik mungkin, dan biarkan aku bergelumang dengan dosa ni. Nescaya, kita semua akan dapat hidup dengan lebih baik. Dan, kita semua akan dapat menikmati kehidupan ni, dengan bahagia sekali, bersama-sama sebab, aku tak akan ada masalah dengan mereka yang masih lagi beragama, atau bekepercayaan dan di dalam masa yang sama, masih punyai saniti yang percaya bahawa setiap manusia masih lagi punyai pilihan.

Apapun, aku terasa pelik sebab sekarang ni adalah hari yang mana sekolah masih lagi dibuka, dan sekarang masih lagi belum jam 12 tengahari, dan aku di dalam Cyber Cafe yang mana, tak ada satu pun pelajar sekolah melarikan diri mereka (ponteng) dari sekolah, dan menuju ke sini. Pelik!

Sunday, August 15, 2010

Sokong Usaha Kerajaan Kelantan Guna Dinar Dan Dirham, Biar UMNO/BN Bantah

Oleh isma daud

Baca Artikel Bermanfaat ini; 2 Ramadhan 1431H

Pada 2 Ramadhan Dinar & Dirham Kelantan dilancarkan.

Timbalan Menteri Kewangan dan selepas itu Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri kata akan minta Bank Negara bertindak!!! Mata wang sah adalah yang dikeluarkan oleh BNM sahaja. Jangan mendahului pusat, kerajaan negeri jangan memandai-mandai....


Bila agaknya kita dapat lihat pemikiran berinovasi yang islamik  dari pihak BN kalau Kelantan tidak bertindak  memperkenalkan duit dirham dan dinar?  Nak tengok hukum-hukum Allah terlaksana atas muka Bumi Malaysia ni tak nampak, nak tengok mata wang dinar dan dirham pun tak boleh... boleh tengok dalam filem-filem Tan Sri P Ramlee jelah gamaknya....


Apakah ada saman kerajaan pusat kepada kerajaan negeri macam isu hukum hudud dulu???? Apapun saya ucapkan "Tahniah Tok Guru Nik Aziz dan Seluruh Pejuang Islam Kelantan!!! "Dan saya cadangkan agar kita baca tulisan bermanfaat ini agar umat Islam berfikir secara Islam sedikit dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bukan dari  otak sekular yang berkiblatkan barat itu...


Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah

( Oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.)


Dinar Kelantan
Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik 'daulah' Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.

Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada. Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِيشَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ4:59 )تَأْوِیلاً )4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya "mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad."

Justeru, itu pengeluaran matawang 'dinar dan dirham' merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi.

Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula. Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ' Kerajaan Islam' dahulu baru mahu menegakkan yang 'haq' adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakahkita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang 'haq'? atau yang 'wajib'? Sebagai contohapakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib? Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah 'haq'! Hukuman 'tidak sembahyang' tetap kena kepada kita walaupun 'Kerajaan Kuffar' mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang.

Perbahasan
apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apayang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya. Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu 'bulan jatuh ke riba' atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri 'serambi Mekah' - iaitu bertindakmengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu pentingdan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.

Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? : Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan 'dinar' dan 'dirham' wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:Surah Ali Imran ayat 75 :وَمِنْ أَھْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْھُ بِقِنطَارٍ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ وَمِنْھُم مَّنْ إِن تَأْمَنْھُ بِدِینَارٍ لاَّ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَیْھِ قَآئِمًا ذَلِكَ بِأَنَّھُمْ قَالُواْ لَیْسَ عَلَیْنَا فِي الأُمِّیِّینَ سَبِیلٌ وَیَقُولُونَ عَلَى اللّھِ الْكَذِبَ وَھُمْ یَعْلَمُونَ ( 3:753:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui."

Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka "Ahkamul Quran" berkata:"Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab."dan beliau berkata lagi "Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran. Ini bermakna, ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. "

Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu 'amanah besar' kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan 'harta benda' umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya? Ya, kita telah memberikan 'amanah' kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924! Bukankah 'matawang' adalah 'harta benda' dan 'memberikan amanah' bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?

Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada 'Ahlul Kitab' tetapi bukankah kita sudah melanggar hukum Allah s.w.t.? Siapa 'ahlul kitab' ini? Ya, mereka ialah bangsa 'Yahudi' dan 'Nasrani' serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja. Penyerahan 'amanah' ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat 'baiah' dengan memasuki perjanjianBrettonwoods pada tahun 1945 . Itulah 'amanah' yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada 'ahlul kitab' ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan 'amanah' tersebut! Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai 'matawang resab' kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitusebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.

Mereka mengatakan 'Dollar Amerika as good as gold'! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah 'pecah amanah' dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas! Bukankah sangat tepattafsiran ayat ini dalam kitabullah?

Kita telah menyerahkan bukan sahaja 'amanah' kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan 'matawang kertas' tetapi juga istilah 'harta benda' melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan 'harta benda'! Hari ini semua negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalamsuatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata. Dakyah 'kekayaan' yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama 'sungai' dan 'api'. Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang 'kredit' yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai 'fractional reserve banking' di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomimemberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah 'sungai' yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan 'sungai' tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar 'sungai' tersebut ialah 'api'! Sebabnya? Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh 'api' kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam.

Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata! Betapa tidaknya; sistem Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba 'bunga' atau diistilahkan juga sebagai 'faedah' atau 'interest' atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan 'wang atas angin' dengan mengenakan bunga atau 'interest' atas pinjaman yang mereka berikan itu.

Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!

Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah 'inflasi'. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; 'kuasa pembelian' pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat! Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya – rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja! Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar! Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!

Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu 'rukun iman' ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan 'dinar dan dirham' dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa kata lain-lain ulama' terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telah menulis :"Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain)."

Dan "Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas... Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas semua ukuran ini."

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma' ulama' sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram. Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.

Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud. Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti. Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan. Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan. Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayardengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!............bersambung.

Sumber : Dinar Kelantan; http://www.dinarkel.com/articles.html

Wednesday, August 11, 2010

BADAI (Badan Agama Islam, SMK Rosli Dhoby, Sibu) : Aktiviti Mutakhir Sebelum Ramadhan

Oleh isma daud


Tiga minggu mutakhir sungguh padat program BADAI samada di Masjid An-Nadwah ataupun aktiviti rehlah bagi merihatkan minda ahli-ahlinya. Dalam kesibukan itu banyak aktiviti tidak sempat dihebah-hebahkan di blog ini.

Mengambil kesempatan cuti sempena awal ramadhan hari ini, saya suka melaporkan sedikit perkembangan aktiviti warga Muslim SMK Rosli Dhoby dan program BADAI itu sendiri. Untuk pengetahuan semua; semua aktiviti Masjid An-Nadwah telah melibatkan dua buah sekalah berjiran; SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu. Uniknya dua sekolah ini mereka banyak berkongsi dalam banyak hal walau pentadbiran berbeza-beza. Apa pun masjid An-Nadwah cuba meroboh tembok pemisah itu dan menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan hati umat Islam.

Diantaranya;

1. Ceramah Israk Dan Mikraj

Ustaz Mohd Isa selaku Pengerusi Masjid An-Nadwah memberi ucapan alu-aluan kepada majlis
Ustaz Nazri Ismail dari SMK Agama Sibu selaku penceramah jemputan
Pelajar Muslimah Dari SM Teknik Sibu Turut Sama Dengar Ceramah
Ustaz Nazri sedang menyampaikan ceramahnya. Menarik malam itu Ustaz menceritakan akibat berjudi ada orang rumahnya tinggal tangga batu saja, rumah hilang entah ke mana.
Panjangnya ucapan aluan ni.... taklah ni Ustaz Isa bagi ulasan sikit selepas ceramah Ustaz Nazri malam ni..... jemput hadirin dan hadiran ke majlis jamuan makan selepas solat Isyak nanti.
Mengambil makanan yang disukai masing-masing
Guru-guru perempuan yang turut hadir malam tersebut
Guru-guru berjamu selera sebagai tanda syukur atas nikmat Allah SWT

2. Rehlah Bina Insan; Kabong

Rehlah kali ini adalah usahasama di antara Badan Agama Islam dengan Kelab Pelancungan. Sejumlah 58 peserta mengikuti rehlah ini ditemani oleh 10 orang guru dan ahli keluarga masing-masing. Semua rumah kami booking semua termasuk dewan untuk aktiviti selama dua hali satu malam. Oleh kerana penglibatan dari peserta bukan Islam, kami ada dua tentetif program yang berbeza. Acara pantailah di antara aktiviti paling memikat hati pelajar khususnya mereka yang tidak pernah bermain pantai. Sebelah malam mereka membuat pesembahan pelajar sebelum mereka berjamu selera dengan ayam, hotdog dan ikan-ikan bakar, BBQlah tu.

Guru pembimbing dalam rehlah kali ini
Ustazah Siti Fatimah Dari SK Deshon turut memberi bimbingan kepada peserta dalam LDK Solat Musafir. Dalam LDK peserta diberi penerangan tentang solat jamak dan qosar. Mereka diminta menghafaz setiap lafaz niat, syaratnya dan menyelesaikan masalah serta amali solat tesebut dengan bimbingan guru.
Peserta melaksanakan tugasannya
Rehat dan menikmati juadah yang sederhana
Cikgu Mat ambil kesempatan memukat ikan di Laut Pantai Kabong
Persembahan Peserta ; Rehlah kali ini turut diserta oleh pelajar bukan Islam dari Kelab Pelancungan
Berkesempatan melawat pekan Kabong; lihat makcik Maznah buat Suman ala otak-otak.
Pelajar Islam dan Bukan Islam ceria bersama makan tengahari di rumah Cikgu Mat Tani, 4km dari Pantai Kabong


3. Ceramah Ambang Ramadhan : Bersama Pen. Pengarah JAKIM, Sibu; Ustaz Johari

Ustaz muda yang baru  setengah tahun berada di Sibu khusyuk berceramah
Adab belajar mencatat apa yang diajar
Adab-adab Puasa diteliti agar dapat melaksanakannya dalam bulam Ramadhan nanti
Pesanan Ustaz Penceramah ; "jangan beramal dengan hadis-hadis dhaif lagi madhu' perihal puasa"
Penghargaan kepada penceramah, "terima kasih"

Bermaknanya Kehadiran Ramadhan 1431H Ini

Oleh isma daud

Tepat jam 4:00am, jam di hujung katil berbunyi. Saya mengejutkan keluaga dan isteri bangun memanaskan sahur yang sudah isteri saya siapkan sebelum tidur semalam. Anak lelaki saya yang berusia 4 tahun paling awal bangun. "Sakit mata Adim abah". Semalam dia dah pesan cikgunya di Tadika pesan tidak boleh makan siang hari. "Adim tidak mahu ke sekolah sebab tidak boleh makan" katanya. Saya kata nanti makan sahur banyak-banyak supaya tidak lapar masa dekat sekolah tadika nanti" Adim semangat sekali bangun bersahur. "Dukung",katanya. Saya mengejutkan anak-anak yang lain. Semuanya bangun dengan bersemangat sekali. Semua segera membersihkan diri dan segera berada di meja makan. Ada yang baru berniat puasa dan mengulangi niat puasa yang sudah mereka lafazkan sebelum tidur semalam. Isteri saya sudah siapkan sahur dan saya berkata kepada anak-anak agar makan sahur kerana sahur itu ada barakah.

Malam tadi saya solat Isyak dan berterawih di Masjid An-Nadwah. Hampir seratus orang solat di sini semalam termasuk guru. Saya sendiri yang mengimamkan solat Isyak, Terawih dan Witir. Turut hadir ialah Ustaz Roslan dan Ustaz Adnan. Sempat kami berbincang pasal pengendalian imam solat dan moreh kerana sudah ramai guru-guru yang bertanya hal ini. Setakat ini Ustaz Roslan telah susun jadual imam dan moreh.

Tahun ini dua buah sekolah berjiran solat di sini. Syukur kerana dua buah sekolah berjiran ini sedia bergabung dan bersati hati di sini. Ini adalah satu sejarah dan Ramadhan kali ini penuh bermakna sekali. Lagipun kewujudan masjid ini untuk dua buah sekolah iaitu SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu.

Apapun syukur Ramadhan kali ini dapat menyatukan dua buah sekolah yang berjiran ini yang selalunya melakukan solat terawih di surau masing-masing. Semuanya dengan kehendak atau iradat Allah SWT. Alhamdulillah.

Saturday, August 07, 2010

Gambar Bernostalgia ; Bermandi Air Di Petak Sawah

Oleh isma daud


Saya tertarik dengan gambar yang dirakamkan oleh Budakli.com sewaktu beliau melawat Kelantan baru-baru ini. Kebetulan Budakli singgah ke rumah saya di Sibu ni baru sekejap, saya meminta keizinannya untuk memaparkan gambar ini. Panorama seperti ini kian sukar kita lihat hari ini. Gambar ini mengembalikan nostalgia sewaktu saya kecil dahulu, bermandikan air di dalam petak sawah.

Dua hari lepas saya ada membicarakan kepada beberapa orang pelajar saya tentang batas sawah, mereka tertanya-tanya bagaimana rupa petak sawah. Saya pamirkan gambar ini agar mereka dapat gambaran sebenar apa yang telah saya ceritakan itu.


Sekarang ni pun pesawah di kampung saya,  sudah kurang menggunakan kaedah bersawah dalam menanam padi bahkan mereka mengamal "konsep menabur" bukan "cara mencedung padi" seperti saya kecil-kecil dulu. Kaedah menabur ini hampir cara berhuma. Jadi panorama seperti ini pun jarang dialami oleh anak-anak yang membesar di kampung sekali pun berada di kampung.

Yalah segalanya semakin moden, kaedah lama mula kian hilang. Pengalaman anak-anak hari ini jauh berbeza dengan anak-anak pesawah ini. Mereka sudah takut dengan tanah dan lumpur.

Teringat saya kepada anak-anak pelajar saya yang ada keberatan melakukan amali tayammum kerana "geli" dengan debu tanah. Tapi bila melihat kawan-kawan lain mula menepuk debu tanah barulah mereka rasa teruja mahu mencubanya. Takut comot muka dan tangan terkena debu tanah....

Agaknya apa yang mereka fikirkan bila melihat gelagat anak-anak yang mandi di dalam petak sawah ini....???

Kenangan Mengusik Rasa

Oleh isma daud

Malam ini keras pula mata, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi. Sebentar tadi sudah nyenyak terlena. Bila bangun waktu pagi begini rasa sepi benar-benar mencengkam jiwa. Waktu sesuai bertahajjud menghadap yang maha esa. Tapi datang kecenderungan untuk meninta di blog hamba ini. Insya Allah seusai luahan rasa, meneguk sedikit suasana sunyi ini untuk mengadu pada Ilahi.

Sebelah petang tadi sempat ke Jabatan Pendaftaran Negara, Sibu untuk buat MYKAD anak sulung saya yang baru saja genap usianya 12 tahun. Sudah besar anakku. Nanti akan menduduki UPSR pula tahun ini. Doaku siang dan malam agar anakku beroleh kejayaan dalam pelajarannya. Yang lebih penting dia nanti menjadi anak yang solehah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Selesai saja urusan di JPN, Sibu terus ke kedai baiki komputer, CPU rosak pula. Ape citanya pun entahlah.... seminggu kata tuan kedai... "nanti kamek call bila siap".

Selepas itu ke Pasar Sibu pula. Almaklumlah bekalan dalam peti ais tu dah habis semuanya....

Keletihan siang tadi menyebabkan malam ini aku terlena awal. Selepas ajar anak-anak dengan pelajaran al-Quran, rasa mengantuk pula. Sejak malam tadi macam tu. Dua malam tak ke masjid surau. Berjamaah bersama keluarga sahaja. Badan rasa lenguh, lesu seluruh sendi tulang, sudah lumur minyak panas seluruh badan, penat sampai kefikiran. Dalam enak diurut mata layu terlena keasyikan. Sejak balik dari Kabong, terus ada kejohanan sukan sekolah. Dalam pada itu kuliah dan ceramah berterusan sampai suara pun dah jadi garau benar bunyinya. Suara pun dah demam. Hanya dua malam ni rehat dari "berceramah dan berkuliah". Semoga Allah SWT mempermudahkan, insya Allah SWT.

Anak dan isteri sudah lama di buai oleh lena yang panjang. Entah apa rezeki malam ini, terjumpa gambar kenangan lama di paparan sahabat lama; Ustaz Harun Mamat. Aduh terkenang masa belajar di Jordan dulu. Tapi gambarku hanya satu je le... memang gambarku payah untuk dijumpai kecuali terselit dicelah gambar rakan-rakan.


Apa yang amat saya terkenangkan ialah syawarma (gambar atas), makan roti arab dengan ayam atau kibdah (hati), selalu jadi sarapan pagi, tengahari ataupun malam bagi alas perut dari kelaparan dalam kesibukan mengejar ilmu di tempat orang. Semuanya tinggal kenangan.

Mungkin ini satu gambar yang ada dalam simpanan Ustaz Harun Mamat. Izinkan saya memaparkannya di sini. Semoga jadi kenangan abadi......

Berlatarkan Laut Mati

Wednesday, August 04, 2010

Syukur... Masih Mampu Berlari

Oleh isma daud

Terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Mohd Azam yang merakamkan gambar ini sempena Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby tahun ini.  Izinkan saya melekatkannya di sini yang saya ambil di laman Facebook tuan yang di"tag"kan ke facebook saya...


Sengaja saya letakkan gambar ini di Blog Ustaz Rosli Dhoby ini, bagi menzahir dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana sehingga saat ini saya masih sihat dan mampu berlari.... menginsafkan saya atas nikmat dan kurnia Allah SWT yang tidak terhingga ini.

Ketika Hari Permuafakatan sekolah baru-baru lalu masih mampu menderma darah kerana tekanan darah saya berada ditahap masih normal.... syukur buat sekian kalinya saya masih mampu berbakti walaupun pada hari itu ramai yang mahu menyumbang tetapi disebabkan tekanan darah mereka tinggi, mereka tidak mampu melakukannya. Mudah-mudahan setitis darah saya dapat memberi peluang kehidupan kepada insan lain yang sangat memerlukannya.

Insya Allah dengan kesihatan yang Allah SWT kurniakan ini saya akan lipat-gandakan usaha untuk meneruskan usaha dakwah bagi menegakkan agama Allah SWT. Insya Allah selagi usia dikandung badan... Sesungguhnya kesihatan itu bukan sahaja datang dari usaha kita menjaganya bahkan ianya datang daripada kurniaan Allah SWT kepada hambaNya. Jadi sehingga saat ini saya bersyukur.

Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.