Nisbah 1 : 40 Dipertikai Oleh Pengerusi SPR

Oleh isma daud

Pengerusi SPR mempertikai nisbah 1 (Melayu) : 40 (Bukan Melayu) yang didakwa seorang pemimpin Pemuda UMNO dan menyifatkan DAP adalah parti politik paling aktif mendaftar pemilih baru.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Bagi saya jika pun orang melayu tidak mendaftar sebagai pemilih, tidak lain kerana sikap orang Melayu yang suka memandang remeh, suka bertangguh dan  ramai terpesona dengan  budaya berhibur sampai lupa diri  sehingga timbul sifat malas berfikir dan ambil tahu persoalan sekeliling dan politik khususnya .  Sikap ini didorong oleh perasaan takut dan fobia dengan "mengundi" kerana tidak yakin bahawa undi  mereka adalah rahsia.  Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan adanya perasaan muak sesetengah orang Melayu dengan budaya politik yang diamalkan oleh UMNO.

Baca ulasan saya di : http://ustazroslidhoby.blogspot.com/2010/06/mengulas-isu-1-40.html

Namun dengan statistik yang dikeluarkan oleh SPR ini rasanya lebih meyakinkan dan lebih kepada kebenaran. Seperti kata Tan Sri Aziz; "Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Sememangnya statis UMNO itu termasuk dalam perkara auta juga agaknya macam isu ulama muda masuk UMNO tempohari???? Entahlah.


SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40
Sumber: Malaysiakini
Jimadie Shah Othman
Jul 2, 10


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Statistik Mei berbeza


Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Abdul Aziz (kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara.

Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?