Posts

Showing posts from July, 2010

Guru Gred DG41 hingga DG48 Dibenarkan Libat Diri Dalam Politik

Image
Bermula 1 Ogos ini , pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapa

Merancang Kewangan Keluarga

Image
Oleh isma daud Sebagai seorang kaki tangan kerajaan, saya tiada pendapatan lebih. Kalau ada pun dari usaha isteri yang menggunakan skill dan kemahirannya di rumah. Dapat menampung beban perbelanjaan. Ramai yang cuba mengajak menyertai MLM tapi setakat ini belum meyakinkan. Apapun dengan pendapatan yang ada, cuba beragih agar pengurusan kewangan keluarga menjadi berkesan. Merancang Perbelanjaan Daripada Pendapatan Semoga tips-tips ini boleh didisiplinkan; 1. Peruntukkan 10 peratus daripada gaji  untuk ' saham-saham akhirat ' misalnya bersedekah dan mengisi tabung demi memenangkan perjuangan Islam. Dari sinilah terhasilnya kecukupan, pertambahan dan keberkatan rezeki yang Allah berikan. Zakat pendapatan mesti diuruskan dan banyak cara untuk menguruskan zakat sekarang ini. Hubungi pihak yang menguruskan perihal zakat supaya kita tidak alpa dalam hal ini. Membantu ahli keluarga juga amat beerti. Amalan khairat sepatutnya menjadi agenda penting dalam kehidupan

Kaitan Di Antara Air Kencing , Tanaman Sayur Dan Telor Masin

Oleh isma daud Beberapa orang memberitahu saya untuk menyuburkan sayur-sayuran kena siram dengan air kencing yang diperam. Sejak berpindah ke rumah sewa baru, isteri saya ada mengusahakan beberapa tanaman sayur di belakang rumah. Jiran saya pun minat berkebun. Jadi isteri saya tumpang minat itu. Sambil berkebun, sambil membina semangat kejiranan walaupun berbeza agama, bangsa dan bahasa. Mereka semua mudah mesra. Dalam pada bercucuk tanam, jiran saya selalu mengumpulkan sesuatu dalam bekas di belakang rumah... Tapi kami tidak pernah bertanya kepada mereka tentang hal itu walaupun sesekali bekas itu dibuka, ada satu bau semacam masuk ke dalam rumah kami. Kami menghormati mereka dan bersabar saja. Sehingga kami balik bercuti ke Terengganu, tanaman di belakang rumah terbiar dan kekurangan baja. Jadi apabila kami datang ke mari, jiran saya menceritakan rahsia mereka menyuburkan tanaman sayuran mereka menggunakan air kencing yang diperam. Kami pun diberitahu oleh beberapa rakan berb

Anugerah Kesabaran : Doa, Usaha, Ikhtiar Dan Tawakkal Mendatangkan Hasil

Image
Komentar isma daud - "tumpang gembira dengan keberhasilan usaha dan tawakkal seseorang sehingga Allah SWT memakbulkan doa dan harapannya. menjadi contoh kepada insan lain agar tidak berputus harap dengan rahmat Allah SWT. Jika ada rezeki pasti datang ketentuanNya."   Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid bhnews@bharian.com.my 2010/07/19  MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu. JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu. Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi,

Media Kena Jaga Kerajaan Bukan Rakyat

Image
oleh isma daud ; Menyedari bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak peka dalam isu pengguna dan menurut satu kajian bahawa kesedaran pengguna berada di bawah 50% paras sedar,  dengan mengarah media supaya tidak membesar-besarkan perkataan " barang naik ", kerajaan BN sungguh cuba mengawal media menjalankan peranannya secara bebas. Dengan keadaan Media pro pembangkang menghadapi masalah permit mengeluarkan berita, tugas ini menjadi semakin mudah. Betul pada awal pagi tadi beberapa orang yang saya temui tidak sedar ada kenaikan harga barang 5 dalam 1 ini tengah malam tadi... Sekurang-kurangnya BN dapat meyakini bahawa rakyat tidak marah dan mudah dijinakkan. The Borneo Post pernah menulis; " Tahap kesedaran hak pengguna di kalangan rakyat Malaysia dan Sarawak amnya masih pada tahap yang rendah, kata Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNK) Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman. Beliau memberitahu, kajian Kementerian Perdagangan Dalam N

Pendakwah Gigih Sabah, Ustaz Nahar Hj Mantamin Pergi Menemui Ilahi

Image
Oleh isma daud Saya berada dalam bilik agama di Masjid an-Nadwah semasa menerima; mesej ringkas ini daripada Al-Fadhil Ustaz Nik Zawawi, ketika itu jam menunjukkan 1;23PM ; "Assalamu alaikum!, Ustaz Nahar Hj Mantamin, Univ Jordan, Sabah , bks imam besar masjid negeri, ajk Ulama PAS Sbh, meninggal dunia pg tadi. Al-Fatihah.." Tetiba hati jadi sedih dan mulut menghadiahkannya dengan al-fatihah dan kembali insaf akan ketentuan Allah dengan melafazkan; "Innalillaahi Wainna Ilaihi Raaju'uun". Saya bukanlah teman rapat allahyarham, namun tetap merasakan kehilangan insan yang gigih menabur bakti kepada usaha dakwah sehingga menghadapi pelbagai fitnah, di"gam" dan sebagainya biarpun berdakwah di bumi - tanah airnya- sendiri, Sabah di Bawah Bayu. Saya amat terasa kehilangan dan datang jauh dari lubuk hati perasaan sayu sehingga menitis air mata kerana saya sendiri merasa peritnya melalui jalan yang sama seperti itu ketika menyelusuri liku-liku dakwah

Apa Yang Saya Rasa , Dari Kotak Minda Ke Papan Blog

Image
Oleh isma daud Hari ni, sepagi-pagi saya memurnikan blog saya yang dhaif ini. Sungguh blog ini sangat saya sayangi. Di sini saya mencurahkan apa yang saya rasa dan saya fikirkan. Biarpun saya mula berjinak dengan facebook, tetapi ia sama sekali tidak dapat menggantikan blog ini, tidak juga ia sesekali memuaskan hati saya kerana di sini menjadikan saya lebih puas mencurah apa yang saya rasa, dapat membina paparan blog sendiri dan mempunyai nilai yang tersendiri. Tidak kisahlah ia menjadi perhatian orang atau tidak. Yang penting hati saya puas berbicara di sini. Di blog ini saya pernah dikeji, diletakkan "dikandang" orang yang bersalah. Di sini saya pernah mendapat teman dan sahabat. Di sini pernah saya membantu insan-insan yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat. Namun saya hari ini tidak berminat menjadi "kaunselor tidak bertauliah" lagi. Banyak sungguh kisah suka dan duka yang saya tempuhi biarpun hanya berkreatif di blog. Sungguh kisah duka amat mengesan

Israk Mikraj ; Kisah Perjalanan Hidup Yang Penuh Iktibar

Oleh isma daud Renungkan; : عَنْ مَالِكِ بْنِ صَعْصَعَةَ رَجُلٍ مِنْ قَوْمِهِ قَالَ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ الْبَيْتِ بَيْنَ النَّائِمِ وَالْيَقْظَانِ إِذْ سَمِعْتُ قَائِلًا يَقُولُ أَحَدُ الثَّلَاثَةِ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ فَأُتِيتُ فَانْطُلِقَ بِي فَأُتِيتُ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ فِيهَا مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ فَشُرِحَ صَدْرِي إِلَى كَذَا وَكَذَا قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْتُ لِلَّذِي مَعِي مَا يَعْنِي قَالَ إِلَى أَسْفَلِ بَطْنِهِ فَاسْتُخْرِجَ قَلْبِي فَغُسِلَ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ أُعِيدَ مَكَانَهُ ثُمَّ حُشِيَ إِيمَانًا وَحِكْمَةً ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ أَبْيَضَ يُقَالُ لَهُ الْبُرَاقُ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَقَعُ خَطْوُهُ عِنْدَ أَقْصَى طَرْفِهِ فَحُمِلْتُ عَلَيْهِ ثُمَّ انْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ

Zaman Telah Berubah, Minda DiTakat Lama

Image
Oleh isma daud Seronok saya tonton siaran berita arus perdana semalam bila diumumkan 112,635 peneroka akan dapat duit raya daripada Felda dengan janji PM sendiri. Belum puasa lagi satu bulan, sudah dapat berita duit raya. Syukurlah, nanti dapat berpuasa dengan bersemangat seperti zaman kita kanak-kanak dulu, ibubapa dah sebut-sebut sebulan sebelum puasa, siapa puasa cukup nanti dapat duit raya lebih. Seronoklah peneroka kita semua. Ini petanda Felda tidak "Bangkrap". Janji ini datang awal kerana akhbar PKR mengeluarkan tajuk berita "Felda Bangkrap" yang menjadi berita sensasi sehingga saat ini. Jadi berita ini mendatangkan untung kepada peneroka kerana sudah tahu awal daripada biasa tahun ini masih dapat duit raya kerana "Felda Belum Bngkrap". Yang menanggung bebannya SK yang akan berhadapan saman 200 juta daripada Felda nanti. Saya sisipkan gambar yang menunjukkan tajuk utama akhbar tersebut kerana mungkin ia menjadi bahan sejarah dan arkib kepada

Tidak Selalunya Sama ; Mike Tyson Yang Berubah

Image
Oleh isma daud Mike Tyson Mengerjakan Umrah Bekas juara heavyweight Mike Tyson mengadakan perbincangan dengan Dr Muhammad Al-Oqala, Presiden Universiti Islam di Madinah. Madinah: Bekas juara tinju Mike Tyson, yang memeluk Islam ketika menjalani hukuman penjara pada 1990-an, melakukan kunjungan pertamanya ke Saudi untuk melakukan Umrah. Dia tiba di kota suci Madinah pada hari Jumaat untuk melakukan solat di Masjid Nabi. Berita lanjut baca di ARAB NEWS Ulasan ; manusia itu bermanfaat jika dipandu oleh hidayah dan cara hidup yang benar. Seganas dan sekeras manapun jiwa dan watak manusia, jiwanya menjadi lembut dan halus apabila dinaungi iman dan petunjuk daripada Allah SWT. Sungguh dia dulu hanya bermanfaat kepada dirinya, tapi kini aktif membantu wawasan ummat serata dunia. Benarlah sabda Rasulullah saw; "Sebaik-baik manusia ialahlah orang yang paling banyak memberi manfaatnya kepada orang lain" -al-hadis.

Usia Kian Senja, Perjalanan Hampir Sampai

Image
Oleh isma daud  catatan gambar : bersama bapa mertuaku yang sentiasa memotivasikan jalan dakwahku. Detik-detik masa berlalu. Tanpa sedar usia kita merangkak pergi. Hari ini genap usiaku 38 tahun. Satu usia yang menuntut muhasabah yang banyak. Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku selama ini. Selangkah usia ke hadapan, selangkah kaki hampir sampai ke destinasi. catatan gambar : wajah sepi bondaku yang tercinta, yang sentiasa jauh dengan anaknya. catatan gambar : Gambar kenangan di LT Sultan Mahmud, Kuala Terengganu , 2 Jun 2010. "Ya Allah, Engkau berkatilah ibuku yang telah bersusah-payah melahir dan membesarkan aku di dunia ini. Engkau berkatilah dia dihayatnya yang masih ada" "Ya Allah , Engkau kasihanilah bapaku yang telah menyebabkan aku hadir ke sini. Engkau ampunkanlah dosa-dosanya dan Engkau letakkan dia di kalangan hambaMu yang Engkau redhai di alam sana" "Ya Allah, Engkau sempurnakanlah cahaya mereka dan letakkan mereka di kalangan ham

Beriktibar Dengan Nasihat MB Terengganu, YB Luang Masa Solat Berjamaah

Image
Oleh isma daud Saya petik kata nasihat MB Terengganu, Datuk Ahmad Said yang dilaporkan BERNAMA sebagaimana berkata; " Jika saya sendiri boleh berdiri enam jam semata-mata untuk menyampaikan e-Book kepada murid sekolah dan luang masa sehingga 12 malam untuk sehari bersama rakyat, saya tidak nampak kenapa wakil rakyat tidak boleh berbuat demikian termasuk luang masa di masjid untuk sembahyang jemaah bersama rakyat " Ada tiga perkara yang boleh kita angkat sebagai isi penting dalam nasihatnya yang amat berguna ini. Pertama ; YB mesti sentiasa mengutamakan pengundi di kawasannya. Luangkan masa emas untuk mendengar suara hati rakyat yang banyak, yang boleh dibantu segera oleh YBnya. Kedua ; YB mesti mengutamakan keperluan rakyat setiap masa bukan sekali-sekala seperti 5 tahun baru nampak muka semula selepas 10 hari tempoh berkempen untuk menang pilihanraya dahulu. Ketiga : Pendekatan terbaik untuk tambat hati rakyat yang paling mudah tanpa mengeluarkan belanja bes

Sejarah Dan Reputasi Lepas Tidak Menjamin Kejayaan Mendatang

Image
Oleh isma daud Membaca komenter peminat bola sepak di akhbar, facebook dan mendengar perantara TV mengulas pasukan ternama dalam dunia sepak kalah satu persatu di dalam kancah Bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan seperti Portugal, England, Brasil, Itali, Francis dan malam tadi Argentina; membuatkan saya terfikir bahawa jika sekadar berbekal dengan reputasi, nama-nama besar dan kehebatan silam tidak menjamin kejayaan pada masa akan datang. Sejarah tidak dapat merubah apa-apa, yang mampu berubah ialah orang yang belajar daripada sejarah itu untuk berjaya. Berbangga dengan kegemilangan dan reputasi silam hanya membangkitkan rasa puas hati,  sombong dan memandang mudah atau rendah kepada pihak lain, tidak berusaha dengan lebih kreatif dan kritis kepada diri sendiri atau pasukan kita, dan pada masa yang sama akan menarik rasa cemburu dan orang rasa bangga pihak lawan untuk mengalahkan kita menyebabkan kita hilang tumpuan dan tidak berkesempatan untuk memburu kejayaan dan mat

Nisbah 1 : 40 Dipertikai Oleh Pengerusi SPR

Image
Oleh isma daud Pengerusi SPR mempertikai nisbah 1 (Melayu) : 40 (Bukan Melayu) yang didakwa seorang pemimpin Pemuda UMNO dan menyifatkan DAP adalah parti politik paling aktif mendaftar pemilih baru. " Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40) ?" katanya kepada Malaysiakini hari ini. Bagi saya jika pun orang melayu tidak mendaftar sebagai pemilih, tidak lain kerana sikap orang Melayu yang suka memandang remeh, suka bertangguh dan  ramai terpesona dengan  budaya berhibur sampai lupa diri  sehingga timbul sifat malas berfikir dan ambil tahu persoalan sekeliling dan politik khususnya .  Sikap ini didorong oleh perasaan takut dan fobia dengan "mengundi" kerana tidak yakin bahawa undi  mereka adalah rahsia.  Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan adanya perasaan muak sesetengah orang Melayu dengan budaya politik yang diamalkan oleh UMNO. Baca ulasan saya di : http://ustazroslidhoby.blogspot.com/2010/06/mengulas-isu-1-40.html Namun dengan

Catatan Dalam Sejarah Berada Di Sibu

Oleh isma daud Setelah berada 10 tahun 6 bulan di Sibu, 1 Julai memberi satu kenangan manis dan bersejarah dalam diari kehidupan saya yang memungkinkan saya melihat sesuatu yang dulu sukar berlaku akan menjadi sesuatu yang dapat direalisasikan pada satu detik yang hampir. Saya perlu catit di sini, 1 Julai detik mulanya ianya terjadi.... kita tunggulah. Yang mahu saya ingat ialah tarikhnya 1 Julai 2010M bersamaan dengan 19 Rejab 1431H, sejarah ini berlaku.