Mengulas Isu 1 : 40

Oleh isma daud

Eksklusif: Melayu 1, bukan Melayu 40
Oleh Hassan Omar, Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Idris Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2010/06/28
KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Membaca dapatan kajian di atas dapat memberi gambaran jelas sikap orang melayu khususnya golongan muda termasuk sesetengah golongan ahli akedemik yang hebat bercakap soal politik dan perjuangan tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Mengambil contoh di sekolah ramai guru-guru tidak mendaftar sebagai pemilih atau mendaftar tetapi bila ditanya ramai mengaku tidak pernah keluar mengundi.

Kenapa?

1. Takut; ramai melihat mengundi menjadi sebab mereka dikenakan tindakan, ramai yang bertanya kalau mengundi adakah mereka boleh dikenalpasti sebelah mana mereka sokong. Oleh kerana mereka yang tidak mahu mengundi kerajaan yang memerintah, takut dikesan, mereka mengambil sikap tidak keluar mengundi atau tidak mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi. Jelas di sini sikap kerajaan BN (UMNO) yang menjalankan pemerintahan secara "mengecop" dan "mengugut" menyebabkan ramai yang takut untuk mengundi. Lantaran itu ramai lagi golongan yang tidak kisah langsung persoalan mendaftar sebagai pemilih kerana tidak mahu sakit kepala dengan politik ugutan di Malaysia ini.

Pelajar di sekolah sehingga ke pusat pengajian tinggi ditanamkan perasaan takut untuk melibatkan diri secara langsung dengan berjamaah dan berpolitik. Yang ada politik pro kerajaan (BN) yang boleh aktif bergerak, yang lain tersekat dan dilakukan dengan rasa takut bimbang dicop, dikena tindakan disiplin dan ditarik pinjaman atau biasiswa. Ibubapa sedari awal lagi pesan anak-anak jangan terlibat dengan politik... akhirnya kesedaran berpolitik menjadi persoalan yang menakutkan dalam pemikiran anak muda melayu. Mereka akhirnya bukan saja fobia politik, benci politik bahkan untuk mendaftar sebagai pemilih pun fobia.

2. Sikap: Sikap anak melayu yang acuh tidak acuh dalam sesuatu perkara juga boleh menjadi faktornya. Ramai anak melayu buat sesuatu tidak bersungguh dan kalau buatpun separuh jalan. Mentaliti "tidak apa" menyebabkan mereka rasa tidak bersalah jika tidak mendaftar sebagai pemilih kerana mereka yakin negara ini milik mereka selamanya biarpun tidak berbuat apa-apa. Sikap tidak memperdulikan hal orang lain dan masyarakat sekeliling juga adalah gambaran sikap orang melayu hari ini. Kalau kena sesuatu pun kena batang hidung orang lain, bukan batang tubuh saya.

Sikap bertangguh dan tidak melihat sesuatu itu penting kepada dirinya hasil didikan kerajaan yang memisahkan diri daripada persoalan politik dan urusan agama. Sepanjang saya menyampaikan kuliah, saya dapati ramai ahli jamaah yang tidak mengundi kerana tidak suka kepada calon tetapi tiada pilihan lain... (senerio setempat), ada yang suka ambil tahu soal politik tetapi merasa sedikit jengkel bila menyentuh soal mengundi, jadi boleh jadi ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi .  Bila sudah ke masjid dan solat  sudah cukup, urusan pilihanraya tiada kaitan dengan mereka. Ajaran sekular yang tebal  ini juga ditanam kukuh dalam diri belia remaja hari ini. Orang melayu yang suka menelan apa saja kata pemerintah kerana sudah jenis malas berfikir menelan saja kata-kata, "Budak-Budak tidak boleh Main Politik, Ini Urusan Orang Tua-Tua".

Niat pemerintah yang sekian lama di tanam dalam diri orang melayu secara sedar dan tidak sedar telah mula memakan diri orang melayu khususnya UMNO itu sendiri hari ini. Orang muda ada kesedaran untuk tidak suka kepada UMNO/BN tetapi ramai yang takut untuk berubah kepada yang lain, akhirnya mereka bersikap biarkanlah begitu saja. daripada menyusahkan diri, buat tidak tahu saja. Mendaftar sebagai pemilih pun tidak akhirnya.

3. Hiburan Dan Kesenangan Melampau; Kesukaan muda mudi dan orang dewasa juga kepada hiburan sehingga hiburan menjadi menu wajib dalam kehidupan menjadikan orang melayu hanyut dengan dunia mereka sendiri.

Mana ada masa mahu fikir persoalan yang berat-berat seperti persoalan penting memerintah negara dan menjadi sebagai seorang pemilih??? Kalau berpoya-poya, lepak-lepak dan merempit sehingga jauh larut malam tu kian ramailah daripada pemerhatian saya.... berbual pun yang mudah-mudah pasal awek, pak we, artis dan ahli sukan yang mereka minat, pasukan bola sepak, cerita motosikal, kereta dan duit.......duit... terfikir nak menambah angka jenayah boleh jadi ada kebenarannya walaupun tidak semua begitu. Hasilnya jenayah rogol, ragut, mencuri, lumba haram, judi, dadah, arak, buang anak dan sebagainya.... Mana ada masa nak fikir untuk mendaftar sebagai pemilih atau pengundi dalam sebuah pilihanraya.

Suka berhibur ini melahirkan insan alpa dan leka serta mementingkan diri sendiri. Sebenarnya kerajaan memerintah pada awalnya merasa beruntung kerana rakyat khususnya golongan muda tidak mempedulikan persoalan mereka mentadbir di atas sana, mereka bebas menfaraidkan kekayaan negara, asal sikit-sikit tiris jatuh kepada mereka yang berada di bawah sudah merasa ianya memadai. Asal dapat berhibur saja sudahlah. Hari ini patut kita sedar bahawa hiburan yang dimomokkan kepada benak dan jiwa remaja boleh merosakkan minda dan kesedaran serta kewarasan mereka untuk memikirkan perkara sebesar mendaftar sebagai pemilih. Sedangkan untuk mendaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya sentiasa terbuka dan mudah di mana-mana saja kerana pihak SPR sentiasa menjalankan tugas mereka untuk sesiapa saja yang layak mendaftar sebagai pemilih.

Jadi orang melayu di segenap peringkat perlu memikirkan langkah-langkah untuk menarik minat golongan muda melayu khususnya untuk mendaftar ssebagai pemilih agar mereka mampu menjadi agen penentu kepada sistem pemerintahan negara pada masa sekarang dan akan datang. Jangan jadi sebagai kata pepatah; "Menang Sorak, Kampung Tergadai". Kesedaran orang melayu berpolitik dan dapat gambaran jelas kepentingan undi mereka dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi bagi menentukan masa depan negara, kepada siapa ia patut di serahkan patut dimulakan sekarang dengan beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih.... Maka pihak terbabik seperti SPR, NGO, Parti Politik dan lain-lain badan lagi perlu bertindak segera menyelesaikan nisbah 1 (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu) ini. Sungguh besar jurang perbezaan dan sungguh jauh orang lain dalam mendepani masalah umat berbanding melayu yang ramai nampaknya terjebak dalam masalah gejala sosial berbanding membangunkan negara.

Bagi UMNO anda ada saham besar mematikan minat orang melayu kepada politik sehingga mahu mendaftar sebagai pemilih pun orang tidak berminat. Tetapi jika mengundi untuk rancangan TV Show orang melayulah yang menang....

Fikir-fikirkanlah!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?