Posts

Showing posts from June, 2010

Susahnya Nak Cari Ulama , 40 Itu Bukan Semua Ulama

Oleh isma daud Hari ini Bekas Menteri Besar Perlis menafikan bahawa beliau memperdaya 4 orang yang menyertai UMNO baru-baru ini. Shahidan nafi perdaya empat ulama 2010/06/30 Berita Harian Online melaporkan; BUTTERWORTH: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan kononnya pihaknya memperdayakan empat daripada 40 ulama yang menyertai UMNO dalam majlis penyerahan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. Sambil menjelaskan bahawa keempat-empatnya bukan ulama seperti dilaporkan, Shahidan yang juga pengelola majlis itu, menegaskan pihaknya tidak pernah menjemput mereka seperti didakwa, sebaliknya mereka hadir untuk bertemu Perdana Menteri. “Mereka dibawa seorang penyokong kuat UMNO yang membawa seorang anaknya serta tiga lagi rakannya yang belajar di Jordan. “Pada mulanya saya menghalang kerana ia majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia ingin turut serta untuk berjumpa Najib, oleh itu saya terpaksa akur,” kata

Kaya Sungguh Dia.....

Image
Oleh isma daud Membaca dakwaan ini membuatkan saya semakin yakin betapa cerita orang betapa kayanya dia...betul..betul.. kaya.  Gambar Ehsan : Tukar Tiub Berbanding rakyatnya ramai yang hidup dhaif, patutlah semasa kempen PRK Sibu baru-baru ni jentera pilihanraya yang membawanya bergerak tidak pakai jalanraya... pakai udara saja dari satu destinasi ke destinasi kempennya. Ramai rakyat terasa hati. BN kalah dengan majoriti kepada DAP... Dalam diam rakyat memendam rasa, cemburu tengok dia puanya kuasa, dia punya kaya..  Gambar Ehsan - Kediaman Milik Keluarga Di Kanada : Tukar Tiub Gambar Ehsan - Perkampungan Kabong : Budakli.com Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat Sumber : Malaysiakini Jun 30, 10 12:56pm Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud. Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Ch

Mengulas Isu 1 : 40

Oleh isma daud Eksklusif : Melayu 1, bukan Melayu 40 Oleh Hassan Omar, Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Idris Sulaiman bhnews@bharian.com.my 2010/06/28 KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). Membaca dapatan kajian di atas dapat memberi gambaran jelas sikap orang melayu khususnya golongan muda termasuk sesetengah golongan ahli akedemik yang hebat bercakap soal politik dan perjuangan tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Mengambil contoh di sekolah ramai guru-guru tidak mendaftar sebagai pemilih atau mendaftar tetapi bila ditanya ramai mengaku tidak pernah keluar mengundi. Kenapa? 1. Takut ; ramai melihat mengundi menjadi sebab mereka dikenakan tindakan, ramai yang bertanya kalau mengundi adakah mereka boleh dikenalpasti sebelah mana mereka sokong. Oleh kerana me

Perasan Murung Dan Lupa ; Kerana Sibukkah atau Penyakit???

Image
Oleh isma daud Tekanan dalaman yang ada dalam diri menjadikan diri ini kurang berkeyakinan dan bersemangat lagi. Setiap-satu datang ujian mengganggu jiwa dan perasaan. Terasa jauh dari ketenangan. Apa saja yang hendak dilakukan dibayangi rasa kemalasan yang amat sangat. Sungguh saya cuba tapi cepat pula datang kejemuan... Masalah? Masalah yang mungkin orang kata masalah ciptaan sendiri. Kegagalan mengurus diri sendiri. Pengurusan diri yang lemah. Dalam pada itu, datang masalah lain sejak dua tiga minggu ini.... Kenapa akhir-akhir ini terlalu kerap lupa. Lupa itu dan lupa ini? Hilang fokus dan perhatian. Ambil satu barang , letak satu tempat kemudian lupa. Hilang barang yang berharga dan tidak berharga. Hilang kunci, jam tangan , kad ATM dan macam-macam lagi. Janji pun boleh lupa. Semalam boleh lupa anak yang saya tumpangkan di rumah sahabat kerana selepas solat Jumat, ada beberapa urusan sehingga sudah balik separuh jalan baru teringat anak tertinggal di rumah kawan. Kena pusi

Ha...Ha... Jangan Terkejut Dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ni...

Image
Oleh isma daud Ya.. Jangan terkejut dengan pameran Haram ni...... di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia . Kalau dasarnya itu sekular.... apa sifir baik kali. bahagi, tolak campur.... kira-kiranya jawapannya adalah sekularlah juga. Halal itu makanan sahaja? Auratnya tidak ada hal lah.... halal je. Bukankah ini pameran makanan halal bukannya pameran pakaian halal. Padang lain-lain tu, tak sama sekali. Nantilah jika buat pameran pakaian halallah , kita pakai pakaian halal menutup aurat. Semua orang pakat-pakat tutup aurat. Yang bukan Islam pun pada masa tu digalakkan menutup aurat. Sebab kehadiran mereka di majlis menutup aurat sebab nak dapatkan status halal. Kalau disebut "halalan" tu mestilah disertakan dengan "thaiyyiban" yakni halal lagi baik. Makanan baik, Pakaian pun mesti baik. Mesti serasi bersama. Sabda Rasulullah saw yang kira-kira bermaksud; "yang halal itu jelas, yang haram itu jelas dan terdapat di antara keduanya itu perkara mutasyabihat&qu

40 Ulama Masuk UMNO Untuk Elak Sekatan Dan Dakwah.... Tidak Balik Rumahlah Nanti....

Image
Oleh isma daud 40 ulama muda ... ustaz la tu... masuk UMNO kerana mahu elak dari sekatan dan berdakwah.  Selepas ni mereka tidak perlu ambil tauliah lagilah kerana sekatan telah tiada. Dalam PAS sudah ramai ulama, jadi dalam UMNO ruangnya masih besar dan luas. Itulah yang dikatakan oleh Fadhlan Mohd Othman yang mengetuai kumpulan 40 ulama, yang menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama. Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah. Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan. Shahidan pula menjawab, mulai sekarang mere

"Melayu Bangkit???" Bahkan Kian Runtuh

Image
Oleh isma daud Semasa berada di Terengganu, banyak kain sepanduk yang mengebarkan slogan "Melayu Bangkit". Tetapi dengan kajian terbaru yang dilakukan ini oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagaimana disiarkan oleh Berita Harian Online (20/06/2010) dapat menunjukkan bahawa dengan generasi Melayu yang ada, mewakili kepada banyak remaja lain di luar sana membawa kepada slogan "Melayu Runtuh" sebagaimana stadium Terengganu yang runtuh yang dapat saya lihat jelas dari pandangan sisi kapal terbang yang saya naik semalam.... Slogan Melayu Bangkit bolehlah ditertawakan jika mengambil kira kajian terbaru ini. " Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah 'buat selagi tidak mengandung'. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup " - Mohammad Shatar Sabran, Pengarah Pusat Kokurikulum UPM. 300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas Oleh Syu

Teruk... Teruk....

Oleh isma daud Sejak berada di kampung, ada sedikit kekangan masa untuk mengemaskini kandungan blog saya yang dhaif ini. Faktur kesibukan tidaklah relevan sangat kerana sebelum ini pun saya rasa sibuk juga tapi masih mampu menjenguk di sini. Tapi bila talian broadband celcom yang sangat lembap, menimbul rasa malas yang amat sangat. slow sangat,sangat... Cuma berada di kawasan rumah baru ni (Marang), agak baik sikit tapi lambat dan berat semacam juga. Tengok rupa paparan blog buruk sangat, mana tidak lopong di sana-sini. nak masuk gambar pun tak dapat.... teruk2... perkhidmatan broadband celcom ni...harap pihak terlibat ni dapat memperbaiki perkhidmatan mereka, pengguna guna bukan free, kena bayar...bayar pula kena ikut masa.