Sibu Menjadi Tumpuan Projek Pembangunan

Oleh isma daud

Sejak berita kematian mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, Sibu dengan mendadak menjadi tempat tumpuan orang ramai dan menjadi lubuk rezeki kepada golongan tertentu. Dengan pantas, projek-projek tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Menteri-menteri datang ke sini silih berganti.  Pasar, masjid, surau, kedai kopi, restoran dan dewan orang ramai menjadi medan BN berpolitik. Sesetengah surau dan masjid, kuliah agama terpaksa dikorbankan demi memberi laluan kempen pilihanraya BN. Sementara di pihak yang melihat ini adalah peluang dan lubuk duit akan jatuh sedari awal lagi merancang dengan pelbagai kertas kerja dengan projek mega.


"Saya Posman Terhebat"

Menurut Datuk Ahmad Maslan semalam dalam majlis mengumuman sebuah Dewan SMK Agama Sibu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai "Posmen Terhebat" sehingga hari khamis telah membawa 72 kertas kerja projek Pilihanraya Sibu untuk diluluskan serta-merta oleh Perdana Menteri . 

"Projek-projek ini adalah untuk pembangunan umat Islam dan dua projek itu ialah kelulusan pembinaan dewan sekolah itu dan geran pembangunan Surau Darul Firdaus yang berasal dengan kos RM100 ribu kepada RM250 ribu".

Mengikut seorang yang tidak mahu dikenali, pihaknya telah menyediakan 8 kertas kerja projek. Dipihak lain juga menyebut pihaknya menyediakan kertas kerja bagi projek pintu gerbang berjumlah RM500 ribu. Banyak lagi projek ratus ribu ringgit dipohon.

Berikut beberapa pengumuman yang telah diumumkan oleh PM sewaktu lawatan pertamanya, 3 Mei lalu di SK Bandaran No 3, sibu;
Peruntukan kepada Surau: RM 35 ribu x 10 = RM350,000.00


Peruntukan kepada Sekolah Agama: RM40 ribu x 8 = RM320,000.00


Peruntukan kepada SRK St Mary: Geran RM1,000,000.00


Apa kata Orang ramai;

Saya memetik kata seorang, "rezeki jatuh dari langit.."

Seorang yang lain menambah, "kita patut berdoa supaya ramai lagi MP yang ****, tidak sanggup nak sebut supaya projek datang ke tempat kita".

"Elok juga PRK ni, kita tidak bersusah payah projek datang ke tempat kita".

Berapa banyak pelaburan BN untuk menang di Sibu, Allah SWT saja yang tahu.

Dalam soalan rambang yang saya tanya kepada banyak pihak khususnya orang Melayu yakin BN masih berpeluang untuk menang memandangkan pelaburan projek yang bagaikan rezeki runtuh ini. Orang melayu masih menjadi penentu kepada PRK kali ini walaupun angka mereka sekitar 10% pengundi berdaftar. Kebanyakkan orang melayu setia dengan parti PBB walaupun tidak puas hati dengan kerajaan.

Semasa berbual dengan beberapa orang semenanjung yang datang meninjau PRK Sibu mereka yang berbual-bual dengan beberapa pemandu teksi (cina foocow) di sini masih meletak keyakinan bahawa BN menang dalam PRK ini walaupun banyak pihak tidak puas hati dengan parti SUPP yang tidak banyak membantu menyelesaikan masalah orang cina sendiri.

Namun mengikut pandangan seorang guru Iban, beliau menyifatkan pengundi hari ini semakin bijak.

"Cara orang cina berpolitik bijak, mereka yang pegang ekonomi Sibu, siapa menang pun tetap sama. Cuma calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew boleh bawa projek walaupun dia orang baru sebab dia orang pilihan PM; calon DAP, Richard Wong Ho Leng pun baik tapi tidak boleh bawa projek. namun pembangkang perlu supaya projek sentiasa datang kerana kerajaan mahu tarik hati rakyat.


Jika pihak pembangkang mampu menukar cara rakyat berfikir supaya tidak terlalu tertipu dengan projek mega ini sehingga mereka mudah ditipu dengan tawaran kebendaan dan semua perkara mesti dengan tawaran projek ribuan ringgit dan undi boleh dibeli dengan RM50, pembangkang masih berpeluang untuk menang."

Berkata seorang pengundi Iban lagi, "Syarat orang Iban tidak mabuk (biasanya arak di antara yang diagihkan sebagai umpan pilihanraya), mereka boleh undi pembangkang".

Bertuahnya bumi Sibu, Hujan Rezeki Telah Turun.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?