Masih Boleh Pak Cik !!!

Oleh isma daud

Beberapa hari ini talian internet (celcom broadband) tidak berapa memuaskan, membuatkan saya rasa malas untuk mengemaskinikan blog ini. Biarpun berita kemenangan DAP sehingga berita kekecewaan BN dalam PRK Sibu tidak dapat saya menintakannya. Buka saja keluar kepala blog saja, ekornya entah ke mana?

Apa pun tahniah kepada rakyat Sibu yang berani membuat perubahan.

Keesokannya, sehari selepas kemenangan DAP ke atas BN, saya datang bersolat berjamaah di sebuah masjid. Selesai solat pak imam jemput saya sama menjamah sedikit jamuan disediakan di bahagian anjung masjid kayu, tetiba seorang penyokong kuat PBB macam kehilangan kawalan diri berteriak, "makan-makan!!! nanti kita tidak boleh makan lagi, nanti tak dapat solat lagi, masjid tidak bangun lagi... bla..bla..(dalam bahasa tempatan)". Entah apa lagi yang keluar dari mulutnya, sebab pak imam sudah mengajak saya berbual topik yang lain. Saya lihat saja gelagat pak cik ni, biarkan dia mencurah apa yang dia rasa, dia masih kecewa dengan kekalahan BN (yang baru saja menghalalkan judi bolasepak) kepada DAP yang disokong oleh parti bulan penuh dan bulan pecah dua dilanggar roket.

Tapi itulah agaknya perlambangan sebahagian atau kebanyakan ahli masyarakat melayu Sarawak yang punya pandangan negatif kepada orang lain jika bukan BN. Yakin benar mereka bahawa BN sahaja mampu buat masjid, mampu mentadbir tidak yang lainnya. Apa tidaknya sejak pak cik ni celek mata di dunia, walau dia sudah berusia 60'an, dia tidak pernah berada di bawah pemerintahan lain selain BN. Sebab itu dia tiada keyakinan kepada yang lain. Apa yang dibimbangnya dia tidak boleh solat lagi, tidak boleh ke masjid lagi....melayu terjajah, terjual dan tertindas. Apa lagi kemenangan DAP yang disokong oleh Pakatan Rakyat itu, meningkatkan lagi kebimbangannya itu. prasangkanya bahawa DAP akan menindas melayu dan Islam.


Tapi saya percaya nanti, dia akan terus dapat solat di masjidnya itu... masih boleh beriktikaf di situ...masih boleh makan jamuan dekat masjidnya itu...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?