Kenangan : Amalan Gotong Royong Dan Amal Jamaie Masih Subur Dalam Masyarakat Kampung Saya

Oleh isma daud


Amalan Gotong Royong Dan Amal Jamaie Masih Subur Dalam Masyarakat Kampung Saya.

Sewaktu berada di kampung, saya sempat bersama-sama ahli qaryah melaksanakan amal jamaie. Pada pemerhatian saya budaya amal jamaie ini masih subur dalam masyarakat desa seperti amalan bergotong-royong jika ada kenduri-kendara.

Amalan seperti ini sudah kian terhakis walaupun di desa kerana zaman sekarang ramai orang sudah ada sedikit kemampuan dan perasaan keakuan itu kian menebal. Ramai yang memilih jalan tidak perlu bersusah payah beramai-ramai sehingga habis satu kampung. Jika duit banyak, ramai yang memilih hotel, menempah catering tertentu. Lebih grand dan mudah. Asal duit ada saja.

Namun amalan amal jamaie ini masih bertahan dan subur di kampung saya jika dibandingkan dengan suasana di bandar. Amalan bergotong royong dalam sesuatu perkara masih menjadi budaya setempat. Syukurlah.

Peristiwa 1 : Kenduri Kahwin

Bayangkanlah pada masa tu musim tengkujuh, hujan turun tidak berhenti-henti. seingat saya Terengganu mengalami beberapa kali banjir. Namun semangat kekitaan ahli qaryah menyebabkan kerja-kerja memasak menjadi mudah walaupun bergenang air. Untuk menyembelih 2 ekor lembu hari itu, saya sembelihkan dalam air yang bergenang, kerja-kerja memasak pula dalam tanah yang basah dan becak. Sementara itu hujan turun dengan mencurah-curah dengan lebatnya....



 

 

Peristiwa 2 : Kem Remaja

Lebih daripada 300 orang remaja dapat dikumpulkan dalam mengisi masa cuti mereka. Remaja lelaki dan perempuan di asingkan di dua lokasi. Saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah motivasi sebagai slot pertama di sebelah pagi.

Apa yang menjadi fokos saya, ialah sikap masyarakat kampung saya yang masih menjalani kehidupan secara amal jamaie dalam setiap aktiviti mereka. Ketika para remaja dididik dalam dewan masjid, di luar orang dewasa sibuk menyiapkan makan-minum untuk mereka.

  

  




3. Peristiwa 3; Bergotong Royong Menyediakan Masakan Untuk Program Makan Sambil Menderma.

 

  

  

 

Semoga ruh amal jamaie dan semangat bergotong-royong ini terus hidup dalam nadi masyarakat kita... Semangat ini harus dipupuk dan disemai ke dalam jiwa anak-anak muda kita agar warisan ini terus kekal sebagai budaya masyarakat yang suci dan luhur.

Catatan : Gambar-gambar di atas adalah rakaman yang saya buat semasa saya pulang bercuti di kampung saya hujung tahun 2009 lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?