Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, May 23, 2010

Hari Guru Terus Segar Di Hati Pelajar

Oleh isma daud

Lokasi : SMK Rosli Dhoby, Sibu
Gambar : Sumber pelbagai dari lensa kamera sendiri dan guru-guru SMK Rosli Dhoby.

Entri Lewat - Selamat Hari Guru

Hari Guru (16 Mei) sudah beberapa hari berlalu, penghormatan pelajar-pelajar kepada guru-guru mereka terus-menerus berjalan, dimana masih ada yang menghadiahkan guru dengan pelbagai bentuk penghargaan, ada yang menghadiahkan bunga, kad ucapan, kek dan pelbagai cenderahati lagi.

Acara Sambutan Rasmi Peringkat Sekolah.

Upacara Memotong Kek Hari Guru disempurnakan oleh Tuan Pengetua 
dan guru-guru yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun.

Insan-insan bertuah yang dihargai hari ini - Selamat Hari Guru 2010 - (17 Mei 2010)

Tahun ini semua aktiviti  sambutan dikendalikan oleh pelajar sendiri, guru sekadar mendorong dan memberi tunjuk ajar sahaja. Bahkan pada tahun ini juga, banyak pihak bermurah hati meraikan hari guru seperti Bank Rakyat Sibu yang menghadiahkan kek Hari Guru kepada Warga Guru SMK Rosli Dhoby, Sibu.


Ada juga ibu bapa pelajar yang berbelanja ribuan ringgit menaja jamuan hari guru kepada guru-guru di SMK Rosli Dhoby. Sementara itu amalan tradisi jamuan dan kelas terbuka kelas diteruskan. Aktiviti seperti ucapan, cabutan bertuah, sukaneka dan anugerah guru telah memeriahkan suasana. Terima Kasih.

 Sukaneka Hari Guru

Pengawas bersedia menyerahkan cenderahati hari guru buat guru-guru tercinta

Pelajar 1F(KRK) Turut Raikan Hari Guru

Pada 17 Mei yang lalu; Pelajar 1F(KRK) Smk Rosli Dhoby di antara pelajar yang mengadakan jamuan ringkas meraikan guru kelas dan guru-guru lain yang mengajar kelas mereka. Biar pun ringkas tapi cukup bermakna.


Tidak kira kecil atau besar, murah atau mahal, guru gembira menerimanya kerana bukan nilai benda menjadi ukuran tetapi nilai ingatan, kasih-sayang yang luhur dan ketaatan kepada guru masih hidup dalam sanubari pelajar dan murid.


Pelajar Dan Guru Gembira; Saling menikmati, Saling Menghargai. Segala Nikmat Disyukuri.




Terima Kasih buat semua murid atau pelajar. Ingatan kalian kepada guru melambangkan keluhuran budi kalian dan ini bermakna proses pendidikan terus berjalan dengan berkesan dan jayanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails