Hanya Berhenti Di Titik Ini, Hati Menjadi Tenang

Oleh isma daud

Tidak mudah melupakan sesuatu yang sukar dan pahit dalam hidup. Sejarah hitam yang menjelajari dalam bilah-bilah kehidupan silam selalu sahaja bertandang. Setiap yang datang itu menggamit memori yang kelam dan suram. Perasaan sedih, kecewa dan marah silih berganti menguasai diri. Dan setiap kali aku cuba menafikannya, setiap kali itu juga perasaan itu bagai kukuh bertahan. Astaghfirullahal 'adzim!!!

Hidup ini memang sukar. Jarang sekali ia menyebelahi dan adil untuk kita. Apa yang kita harap tidak mudah menjadi kenyataan, apa yang dirancang lain pula ketentuanNya. Ya...siapalah kita bila berada di hadapan pemilik sebenar kepada segala ketetapan dan ketentuan. Dia memiliki segalanya. Hanya berhenti dititik ini saja, hati menjadi tenang dan mampu menerima kenyataan.

Berada dititik ini barulah terbit rasa syukur dicelah kekecewaan, kesedihan dan kemarahan. Baru terasa akan hikmahnya akan setiap ketentuan yang berlaku biarpun bukan itu yang aku harapkan.

Ya Allah!!! Tolonglah aku dalam mendidik hati ini agar dapat melupakan segala detik hitam dalam sejarah kehidupan.

Setiap noda yang bersarang merosakkan kejernihan hati. Tidak mudah mendidik hati ini. Hati yang bersalut noda dan dosa menghitamkan jiwa. Dan jiwa itulah yang menimbulkan segala rasa resah dan gelisah. Merobek segala ketenangan yang ada. Mengubah keteguhan dan kewarasan. Menggoyahkan pendirian.

Hanya kepada Allah aku bermohon agar ketenangan dan ketenteraman kembali bertakhta di hati ini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?