Gegaran Di Aceh Dirasai Di Beberapa Negeri Semenanjung Malaysia

harian metro
2010/05/09


PULAU PINANG: Gempa bumi berskala 7.1 Richter berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 1.59 petang tadi, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

 Berdoa Untuk Keselamatan

Bagaimanapun, di Malaysia tiada ancaman tsunami dilaporkan dan Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan.


Sementara itu di Pulau Pinang, ribuan penduduk bangunan tinggi di sekitar George Town dan Bayan Lepas, keluar dari rumah masing-masing selepas mendapati rumah mereka bergoyang selama hampir dua minit.


Seorang penghuni di rumah pangsa Nusantara di sini, Hanisah Othman, 40, berkata, beliau terasa pening selepas rumahnya bergoyang tetapi tidak melarikan diri kerana dikhuatiri terperangkap.


Beliau yang tinggal di tingkat enam bangunan itu, berkata bagaimanapun ratusan penduduk lain melarikan diri dengan turun ke tingkat bawah.

Jabatan Meteorologi melaporkan empat kawasan di Pulau Pinang merasai gegaran itu.


"Antara kawasan yang merasai gegaran itu ialah Seberang Jaya, Batu Feringgi, Sungai Dua dan Batu Kawan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?