Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, April 03, 2010

Konvoi Guru Dan Keluarga Warga Muslim SMK Rosli Dhoby Ke Kuching

Oleh isma daud


Catatan Hari Pertama; 2 April 2010

Usaha konvoi berkereta yang dirancangkan BADAI akhirnya berjaya juga dilaksanakan . Sebanyak 9 buah kereta menyertai konvoi ini. Ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan sejak kami menubuhkan BADAI dua tahun dahulu.


Objektif program ini ialah untuk menimba ilmu dan maklumat, ziarah dan memupuk rasa ukhwah dan keakraban sesama warga dan ahli keluarga.


Setelah penat bekerja, sekurang-kurangnya dengan adanya program seperti ini dapat menghilangkan tekanan bekerja disamping dapat membawa keluarga bersiar-siar bersama mengenal tempat orang.


Pada hari pertama semua peserta konvoi kali ini berkumpul di Plaza Tol, Lanang dan mula bertolak ke Kuching jam 7 pagi. Perjalanan Program kali ini diketuai oleh keluarga Ustazah Dayangku Intan dan suaminya Cikgu Damak, manakala ketua rehlah (perjalanan) di pimpin oleh Cikgu Misliah dan suaminya.


Dalam perjalanan kali ini kami berhenti dibeberapa tempat seperti Hentian Betong untuk bersarapan, bandar Sri Aman untuk makan tengahari dan solat Jumaat. Sampai di Sri Aman sekitar jam 11.40 pagi. Ada yang bersiar-siar dahulu, manakala yang membawa bekal sendiri dari rumah berkumpul di Masjid (Sri Aman).


 
Oleh kerana hari ini hari Jumaat kami berkampung di sini sehingga selesai solat Jumaat. Jamak dan qosar terus di sini.


Sekitar jam 1.30 petang perjalanan ke Kuching diteruskan. Sempat singgah sekejap di Serian kerana ada yang mahu melepaskan hajat masing-masing. Sebelah petang cuaca agak redup dan hujan lebat juga turun di setengah-tengah kawasan. Akhirnya kami sampai di Kuching jam 5 petang. Kami menginap di Marlin Inn untuk dua malam.

Sebelah malam, aktiviti bebas dan ada yang pergi ke Satok untuk makan dan sebagainya. Buat saya sekeluarga menghabiskan masa di hotel dulu malam ini kerana letih sangat dan tak tahan mengantuk...tidur je.. tapi anak2 segar lagi tidak mahu tidur-tidur.... Kami sudah bawa bekal makanan yang cukup jadi tidak perlu keluar malam ini... rasanya perlu rehat yang cukup untuk perjalanan esok ke Serikin Dan Bau.... janjinya jam 7 pagi...insya Allah!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails