Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Thursday, April 01, 2010

Kereta Terbabas Ke Dalam Parit Di Jalan Lurus

Oleh isma daud

Semasa balik dari sekolah, saya terserempak dengan satu kejadian kemalangan jalan raya. Kemalangan ini adalah kemalangan sendiri. Sebuah kereta Proton Waja terbabas ke dalam parit, walaubagaimanapun pemandunya selamat dan dibawa oleh orang ramai ke hospital Sibu. Sebenarnya jalan ini lurus saja. Sebelum terjatuh ke dalam parit besar, kereta ini merempuh sebatang pokok di tepi jalan. Masa saya sampai ketempat kejadian, usaha menaikkan kereta ke darat sedang dilakukan. Orang sudah ramai tiba untuk sama-sama melihat kejadian yang berlaku.

Saya sempat bertanya orang di situ sebab kejadian, mereka berkata mungkin pemandu hilang kawalan disebabkan jalan licin kerana hujan turun renyai-renyai sebelum itu. Sesungguhnya malang tidak berbau....


No comments:

Related Posts with Thumbnails