Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, April 05, 2010

Kenangan Di Kuching ~ Hari Terakhir

Oleh isma daud

Catatan : Ahad, 4 April 2010.

Selama tiga hari di Kuching, meninggalkan kenangan yang cukup indah dan beerti. Kali terakhir saya memandu ke Kuching pada tahun 2005. Ke Kuching atas tugasan rasmi banyak kali. Guna kapal terbang le...Tapi memandu kereta iswara saya tu ke Kuching, ini kali ke 3. Kereta ni dah bawa kami sekeluarga ke Lundu, Semantan, Bau, Santubong, Serikin, Kota Samarahan, Tebedu, Serian...kebanyakkan tempat di sebelah Kuching. Masa tu masih ramai sahabat2 saya berada di sana. Tidur di rumah mereka dan berkonvoi pula ke pelbagai destinasi.. Kini mereka semua sudah balik ke Semenanjung, ataupun dah berpindah ke Bahagian lain.

Dalam perjalanan kali ini saya dan rakan2 konvoi warga smk Rosli Dhoby menginap di Hotel Marlin Inn, tapi buruk sikitlah hotel ni... dengan harga yang dibayar tu rasa ada lagi hotel lebih berpatutan harganya...tapi tak mengapalah asal selesa untuk semua aktiviti ahli konvoi, semua orang boleh menginap di situ, di satu tempat sahaja. Lagi pun hotel ni mudah dan dekat dengan tempat makan, dekat dengan destinasi yang hendak di tuju. Cuma hotel ni kedekut sikitlah... tuala diorang bagi sehelai, sepatutnya tiga, saya ambil kelas suite tu, peti ais tak da, nak air panas kena minta,  tv hanya 14 inci gambar tidak berapa mahu keluar...blur je... tong sampah pun plastik sampah paling kecil, sampai koyak2 pekerjanya nak pasang di tong sampah...RM121 untuk satu malam.

Dalam rehlah kali ini masih berkesempatan menemui sahabat lama; Ustaz Adni Ghazali yang mengajar di SM Teknik Kuching dan adiknya Ustaz Asyraf... Terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga di hotel dan makan sarapan pagi di rumah mereka di Taman Sri Wangi. Bukan senang nak berjumpa. Walaupun tiada perancangan tetapi Allah SWT telah ada perencanaanNya sendiri memungkinkan kita berjumpa. Alhamdulillah.

Ustaz Adni dan keluarga telah membawa saya ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah Kpg Gersik. Di sini jumpa pula dengan anak murid yang bekerja di sini. Sempitnya dunia. Dalam tidak merancang itu, jumpa lagi dengan keluarga Cikgu Ibrahim. Hari ke dua berjumpa di Bau, hari ke tiga berjumpa di Gersik... memang kita selalu berjumpa. Macam janji-janji pula... Sempitnya dunia ni...



Ahli konvoi berkumpul semula di Hotel Marlin Inn pada jam 11.30pagi. Ada yang balik hari ini dan ada yang balik esok. Ada yang masih mahu pergi lagi ke Serikin kerana belum puas berbeli semalam kerana hujan lebat. Jadi kami berpisah di sini dan memandu pulang mengikut haluan masing-masing.



Dalam perjalanan balik saya sempat singgah di satu surau selepas daripada bandar Serian untuk solat dan rehat di sini...

Semoga ada lagi usaha berkonvoi ini. Pada saya objektif BADAI menganjurkan program konvoi ini berjaya. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada Ustazah Dayangku Intan sekeluarga dan Cikgu Misliah sekeluarga yang memberi komitmen sepenuhnya sehingga berjaya misi kali ini. Segala salah-silap kami harap di ampun khususnya kami yang beranak ramai ni selalu saja kelambatan dan ketingggalan daripada waktu yang dijanjikan... Kalian cukup sabar kerana terpaksa menunggu sehingga semua ahli berkumpul bila mahu bergerak di satu-satu masa... Segalanya mengajar erti kesatuan , kesefahaman dan kerja sama. Tahniah buat semua yang mengikuti misi ini. Mudahan-mudahan banyak pengajaran daripada perjalanan ini. Terima kasih atas segalanya....

No comments:

Related Posts with Thumbnails