Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, April 20, 2010

JaPS : Usrah Besar GPI@J-Qaf Sibu

Oleh isma daud


Agak kelewatan sedikit saya membuat catatan program JaPS, Sibu yang terkini iaitu Ijtimak Guru-Guru Pendidikan Islam @ J-Qaf Sibu yang berlangsung di Dewan Astana Teknika, SM Teknik Sibu pada hari Sabtu; 17 April yang lalu.


Ijtimak ini diadakan bagi menghimpun semua ustaz dan ustazah  Bahagian  Sibu yang berkhidmat dibawah KPM. Majlis ini merupakan jambatan penghubung silaturrahim di antara GPI@J-Qaf . Ia juga bertujuan menyuntik semangat agar para ustaz dan ustazah terus bermotivasi berkhidmat di Bumi Kenyalang ini walau di mana saja mereka ditempatkan.


Ucapan Utama Majlis Ijtimak kali ini disempurnakan oleh Puan Malsiah Jamal sebagai pengasas JaPs pada tahun 2007 lalu. Ijtimak kali ini merupakan ijtimak kali yang kedua diadakan.


Dalam ijtimak ini juga diisikan dengan slot ceramah motivasi kerjaya dan tip-tip berguna bagi melahirkan guru pendidikan Islam yang cemerlang baik dari segi sahsiah, kerjaya dan penglibatan diri dalam masyarakat.


Program yang boleh dianggap terbesar bagi GPI@J-Qaf Sibu pada tahun ini telah dihadiri oleh Puan Malsiah Jamal (PPD Kanowit), Pengetua Secret Heart, Jamaah Nazir Sibu, UPIM,Sibu dan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu. Sementara para peserta pula terdiri dari kalangan GPI@J-Qaf . Dianggarkan seramai 220 orang telah hadir.


Turut berkongsi idea dalam ijtimak ini ialah jamaah nazir bagi memastikan kualiti penyampaian P&P guru -guru Pendidikan Islam sentiasa menepati piawaian yang telah ditetapkan.



Disamping itu semua ahli bersetuju menyumbang kepada tabung JaPS, Sibu sebagai Dana  Aktiviti Tahunan  JaPS sebanyak RM3 sebulan atau RM36 setahun.


Majlis Perasmian Penutup dilakukan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu, En Ahli Bin Che'ba.


Semoga Ijtimak kali ini memberi kesan mendalam kepada semua peserta apabila kembali ke tempat berkhidmat masing-masing. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua insya Allah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails