Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, April 10, 2010

Hari Muafakat Pertama SMK Rosli Dhoby, Sibu.

Oleh isma daud

Hari ini warga SMK Rosli Dhoby secara tradisi mengadakan Hari Muafakat bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akedamik dan ko-kurikulum. Sudah tentu kecemerlangan itu boleh dicapai dengan kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa. Tulang-belakangnya sudah tentu Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), SMK Rosli Dhoby, Sibu yang menjadi penghubung di antara sekolah dan ibubapa.

Tema Hari Muafakat Kali Pertama Tahun ini ialah "Pelajar Berkualiti Sekolah Cemerlang"

Sehubungan dengan itu, hari ini SMK Rosli Dhoby menjemput para ibubapa ke sekolah bagi berbincang bersama-sama dengan para guru bagi mengetahui perkembangan semasa akedamik anak-anak mereka yang membolehkan mereka bersama membantu anak mereka di rumah pula.

Dalam majlis sama dilancarkan Program MaCS bagi kecemerlangan pelajar dalam PMR, SPM dan STPM.

Alhamdulillah ramai ibubapa yang datang hari ini.

Semoga beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan ini boleh memberi sedikit gambaran apa yang berlaku hari ini. Oleh kerana bateri kamera saya lemah, maka tidak mampu saya merakam detik-detik bermakna hari ini dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Dataran SMK Rosli Dhoby, Sibu

YDP PIBG En Abdul Wahid merasmikan Hari Muafakat 

Ibubapa mendengar taklimat dan ucapan YDP PIBG

 Sebahagian ibubapa yang hadir...

Di luar dewan.....

Berbincang sama sendiri...
Nota : Cikgu Law Tua Beng (berbaju batik biru) menyampaikan ceramah motivasi kepada ibubapa pelajar dengan berkesan hari ini....syabas!!!

Jamuan makan selepas ucapan dan ceramah motivasi.

 Seimbang : santapan rohani dan santapan jasmani...

Aktiviti terakhir hari ini ialah perjumpaan ibubapa dengan para guru di kelas masing-masing....
Semoga aktiviti hari ini memberi manfaat besar kepada pelajar, sekolah dan ibubapa dalam memacu kecemerlangan bidang pendidikan anak-anak di masa hadapan.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails