Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Wednesday, April 28, 2010

Alhamdulillah, Isu Kebenaran Jumaat Selesai

Oleh isma daud


Insya Allah saya dan ahli jawatan kuasa Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby akan usahakan apa2 yang masih belum lengkap dalam masa terdekat bagi kesempurnaan proses permohonan kebenaran Jumaat. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya PPD Sibu, JAIS Sibu dan Majlis Agama Islam Sarawak.

Syukur, kenyataan daripada pihak berwajib hadir di hari bersejarah, hari ulang tahun SMK Rosli Dhoby ke 37. Alhamdulillah. Tidak ada detik yang penuh kegembiraan seperti hari ini. Hanya syukur dan insya Allah hanya sujud syukur yang  menggambarkan betapa hati ini amat berterima kasih.

Perhatian: Berita Terkini
from Rafaee Bin Morshidi
to ismaani@gmail.com
date Wed, Apr 28, 2010 at 11:09 AM
subject Kebenaran Jumaat dan pendaftaran jawatankuasa
mailed-by sarawaknet.gov.my
signed-by sarawaknet.gov.my

           (11:09 AM - 9 hours ago)

Assalamualaikum ustaz

Adalah dimaklumkan sijil kebenaran Jumaat bagi surau sekolah SMK Dhoby telah pejabat kami terima.Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pihak ustaz untuk ke pejabat kami untuk mengambil sijil tersebut. Di samping itu pihak kami ingin berbincang berkaitan dengan pendaftaran
jawatan kuasa di surau yang ditadbir oleh ustaz.
Melalui pemeriksaan kami terdapat beberapa kekurangan daripada dokumen yang diberikan kepada saya. Di antaranya :

1)Senarai harta alih dan tidak alih
2)Minit mesyuarat pelantikan jawatankuasa(mohon disertakan wlauapun 2helai sahaja akan diterima)
3)Surat pemohonan pendaftaran jawatankuasa


Sekiranya pihak ustaz kurang memahami perkara di atas sila berhubung terus dengan saya di talian 012-8706304

No comments:

Related Posts with Thumbnails