Posts

Showing posts from April, 2010

Alhamdulillah, Isu Kebenaran Jumaat Selesai

Image
Oleh isma daud Insya Allah saya dan ahli jawatan kuasa Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby akan usahakan apa2 yang masih belum lengkap dalam masa terdekat bagi kesempurnaan proses permohonan kebenaran Jumaat. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya PPD Sibu, JAIS Sibu dan Majlis Agama Islam Sarawak. Syukur, kenyataan daripada pihak berwajib hadir di hari bersejarah, hari ulang tahun SMK Rosli Dhoby ke 37. Alhamdulillah. Tidak ada detik yang penuh kegembiraan seperti hari ini. Hanya syukur dan insya Allah hanya sujud syukur yang  menggambarkan betapa hati ini amat berterima kasih. Perhatian: Berita Terkini from Rafaee Bin Morshidi to ismaani@gmail.com date Wed, Apr 28, 2010 at 11:09 AM subject Kebenaran Jumaat dan pendaftaran jawatankuasa mailed-by sarawaknet.gov.my signed-by sarawaknet.gov.my            (11:09 AM - 9 hours ago) Assalamualaikum ustaz Adalah dimaklumkan sijil kebenaran Jumaat bagi surau sekolah SMK Dhoby telah pejabat kami terima.Sehubu

SMK Rosli Dhoby : Sambut Ulang Tahun Ke 37

Image
Oleh isma daud Hari ini 28 April 2010 genaplah usia SMK Rosli Dhoby 37 tahun. Sekolah Menengah Kerajaan Rosli Dhoby telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1973. Kelahiran SMK Rosli Dhoby bukanlah di tapak sekarang dan kelahirannya juga diberi nama yang lain iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Bandar, Sibu. SMK Rosli Dhoby, pada awal penubuhannya pernah menumpang di bangunan Sekolah Menengah Bantuan Tung Hua sebelum mendapat bangunannya sendiri di tapak sekarang dengan keluasan tanah 18.55 ekar. la berpindah ke tapak baru sekarang di Jalan Deshon kira-kira 5 km dari pusat bandar pada Januari 1974. Terima kasih di atas jasa baik dan kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan dan SMB Tung Hua selama SMK Rosli Dhoby menumpang di situ selama setahun. Pada peringkat permulaan sekolah ini iaitu pada tahun 1973, hanya dua buah kelas yang berpengantar Bahasa Inggeris ditawarkan dengan empat orang guru dan dua kakitangan lain. Guru besar yang pertama ialah Encik Shee Fong Yong. Pe

NasibMu Cikgu....

Image
Ada pelajar bertanya; " cikgu yang nak marah dia, nak nasihatkan dia, nak hukum dia; berapa gaji cikgu? " pelajar - 23/04/2010. isma daud - Itulah nasib seorang guru hari ini, gaji, kedudukan, pandangan dan persepsi sesetengah orang terhadap mereka cukup rendah. Siapa yang ajar mazhab ini kepada murid? Cikgukah atau siapa? Nampak gayanya mazhab kebendaan ini lebih mempengaruhi pemikiran pelajar hari ini. Daripada mana mereka timba ilmu dan mazhab ini? Sekolahkah? Sistem Pendidikan kitakah? Atau ada guru lain yang lebih berpengaruh di luar sana? Sama-samalah kita fikirkan.....

Bermuhasabah Dengan Rutin Yang Buruk Dan Rutin Yang Baik

Image
Oleh isma daud Rutin. Apa itu Rutin? Kepada saya, rutin itu ialah sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang sehingga kita jadikan sesuatu itu satu kebiasaan. Kekadang bila kita melakukan sesuatu yang sama, setiap hari tiada berubah apa-apa akhirnya menjadikan perkara yang dianggap rutin ini sesuatu yang menjemukan. Akhirnya sesuatu yang rutin itu mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada kehidupan seseorang individu, keluarga dan masyarakat. Maksud rutin yang saya nyatakan di sini tidak dirujuk kepada mana-mana kamus, tetapi sekadar memberi makna dari sudut kefahaman saya sendiri semata-mata. Mengapa persoalan rutin menjadi sesuatu yang penting untuk kita bincangkan di sini? Ramai orang terperangkap dalam perkara rutin ini. Tidak kurang yang mula merungut betapa kejemuan menguasai dirinya. Merungut kerana jemu melakukan hal-hal yang sama setiap hari. Mula hilang objektif, hilang tumpuan kerana segalanya berjalan macam biasa. Segalanya adalah biasa-biasa sahaja. Sesuatu yang d

JaPS : Usrah Besar GPI@J-Qaf Sibu

Image
Oleh isma daud Agak kelewatan sedikit saya membuat catatan program JaPS, Sibu yang terkini iaitu Ijtimak Guru-Guru Pendidikan Islam @ J-Qaf Sibu yang berlangsung di Dewan Astana Teknika, SM Teknik Sibu pada hari Sabtu; 17 April yang lalu. Ijtimak ini diadakan bagi menghimpun semua ustaz dan ustazah  Bahagian  Sibu yang berkhidmat dibawah KPM. Majlis ini merupakan jambatan penghubung silaturrahim di antara GPI@J-Qaf . Ia juga bertujuan menyuntik semangat agar para ustaz dan ustazah terus bermotivasi berkhidmat di Bumi Kenyalang ini walau di mana saja mereka ditempatkan. Ucapan Utama Majlis Ijtimak kali ini disempurnakan oleh Puan Malsiah Jamal sebagai pengasas JaPs pada tahun 2007 lalu. Ijtimak kali ini merupakan ijtimak kali yang kedua diadakan. Dalam ijtimak ini juga diisikan dengan slot ceramah motivasi kerjaya dan tip-tip berguna bagi melahirkan guru pendidikan Islam yang cemerlang baik dari segi sahsiah, kerjaya dan penglibatan diri dalam masyarakat. Program yang bol

Lelaki Malaysia Memilih Wanita Indon !!!

Image
Statistik : Lelaki Malaysia kahwin dua dengan wanita Sumatera setiap hari MEDAN 15 April - Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua. Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan. Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, Januari lalu terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan. "Hampir kesemua mereka beragama Islam,” katanya. Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail. -

Isu-isu : Meningkatkan Kualiti Pencapaian Pelajar Islam PMR Sibu

Image
Oleh isma daud KUANTITI PERATUS LULUS MENGIKUT SEKOLAH DI BAHAGIAN SIBU Isu-isu : Meningkatkan Kualiti Pencapaian Pelajar Islam Sibu???? 1- Penguasaan Ilmu  Celik Kalimah Quran  Celik Jawi  Celik Hukum 2- Kecenderungan Dan Minat Pelajar 3- Kesungguhan Guru Dan Sekolah * Latih-tubi dan analisis soalan 5 tahun terkebelakang 4- Penguasaan Teknik Menjawab Soalan

Ulama Akhirat Berjuang Memenangkan Agama Allah, Ulama as-Suu' menyembunyikan Kebenaran

Oleh isma daud Ada Dua jenis Ulama dalam dunia ini, sebahagiannya yang berjuang memenangkan agama Allah dan sebahagian lagi hanya berjuang menjaga periuk nasinya saja. Mereka ini membisukan akan kebenaran asalkan periuk nasi mereka tidak terganggu. Mereka ini dikenali sebagai ulama as'suu' atau ulama dunia saja. Allah SWT berfirman dalam surah Al-'Alaq; "Janganlah begitu!!! (manusia) itu bersifat melampau, Bahawa dia merasa dirinya kaya dan berkuasa."-ayat 6-7. Inilah contoh manusia bila lupa amanah ilmu yang dimiliki agar disampaikan bagi memenangkan agama Allah SWT dan meletakkannya tinggi mengatasi yang lain bukan mempermain-mainkan hukum Allah dengan fikiran yang cetek dan dangkal. Mari kita dengar apa kata Ustaz Azhar (walau isu agak lama) mengulas ucapan Dr Masyitah dalam soal hukum hudud. Katanya; "sepatutnya pencuri ini kita tidak potong tangan, tetapi diberi kerja barulah pencuri tidak mencuri". Mudah-muadah sama beroleh ingatan. Jan

Hari Muafakat Pertama SMK Rosli Dhoby, Sibu.

Image
Oleh isma daud Hari ini warga SMK Rosli Dhoby secara tradisi mengadakan Hari Muafakat bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akedamik dan ko-kurikulum. Sudah tentu kecemerlangan itu boleh dicapai dengan kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa. Tulang-belakangnya sudah tentu Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), SMK Rosli Dhoby, Sibu yang menjadi penghubung di antara sekolah dan ibubapa. Tema Hari Muafakat Kali Pertama Tahun ini ialah " Pelajar Berkualiti Sekolah Cemerlang " Sehubungan dengan itu, hari ini SMK Rosli Dhoby menjemput para ibubapa ke sekolah bagi berbincang bersama-sama dengan para guru bagi mengetahui perkembangan semasa akedamik anak-anak mereka yang membolehkan mereka bersama membantu anak mereka di rumah pula. Dalam majlis sama dilancarkan Program MaCS bagi kecemerlangan pelajar dalam PMR, SPM dan STPM. Alhamdulillah ramai ibubapa yang datang hari ini. Semoga beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan ini boleh memberi sedikit gam

Kulit Buku FIQH Al-HARAKAH Jadi Isu

Image
Oleh isma daud Apa ada pada sepanduk ini? Semasa saya menjadi hakim sepanduk peringkat Bahagian Sibu baru-baru ini tidaklah saya nampak apa-apa salahnya sepanduk ini. Tapi hari ini saya dilaporkan oleh seorang Ustaz bahawa dia dipanggil kerana ada orang report bahawa ada usaha memasukkan elemen parti pembangkang di Sarawak melalui sepanduk. Nampak sungguh takutnya orang Sarawak kepada pembangkang seperti PAS (Parti Islam SeMalaysia), sehingga setakat meletak buku yang dikarang oleh Abdul Hadi Awang dengan tajuk Fiqh al-Harakah melalui Sirah Nabawiah sudah bergegar ketakutan. Ada pihak rasa tidak puas hati dan memanggil ustaz ini untuk penjelasan. Kalau buku sebegitu nampak sangat, tapi maksiat depan mata buat tidak tahu saja. Tandus sungguhlah jiwa Islam  manusia seperti ini. Mungkin kerana ternampak perkataan HARAKAH atas jodol buku dan nama Abdul Hadi Awang agaknya maka matanya boleh terbuka luas dan membuat report. Ini ketakutan peringkat apa ini???  Kalau kanser b

Kenangan Di Kuching ~ Hari Terakhir

Image
Oleh isma daud Catatan : Ahad, 4 April 2010. Selama tiga hari di Kuching, meninggalkan kenangan yang cukup indah dan beerti. Kali terakhir saya memandu ke Kuching pada tahun 2005. Ke Kuching atas tugasan rasmi banyak kali. Guna kapal terbang le...Tapi memandu kereta iswara saya tu ke Kuching, ini kali ke 3. Kereta ni dah bawa kami sekeluarga ke Lundu, Semantan, Bau, Santubong, Serikin, Kota Samarahan, Tebedu, Serian...kebanyakkan tempat di sebelah Kuching. Masa tu masih ramai sahabat2 saya berada di sana. Tidur di rumah mereka dan berkonvoi pula ke pelbagai destinasi.. Kini mereka semua sudah balik ke Semenanjung, ataupun dah berpindah ke Bahagian lain. Dalam perjalanan kali ini saya dan rakan2 konvoi warga smk Rosli Dhoby menginap di Hotel Marlin Inn, tapi buruk sikitlah hotel ni... dengan harga yang dibayar tu rasa ada lagi hotel lebih berpatutan harganya...tapi tak mengapalah asal selesa untuk semua aktiviti ahli konvoi, semua orang boleh menginap di situ, di satu tempat sahaj

Hari Ke 2; Konvoi Ke Serikin

Image
Oleh isma daud 3 April 2010 Konvoi warga Muslim SMK Rosli Dhoby Dan Keluarga diteruskan, hari ini ke beberapa destinasi dengan sedikit perubahan. Ini semua disebabkan dek kerana hujan lebat sejak jam 10 pagi. Beberapa program hari ini dibatalkan. Masalah perhubungan juga berlaku kerana tiada talian untuk berhubung. Akhirnya terpaksa buat ijtihad sendiri. Ini juga menjadi faktor kelambatan bergerak kerana sebahagian menunggu sebahagian yang lain. Semuanya kerana ketidak-upayaan berhubung dengan satu dengan lain. Walaupun pada awalnya sudah dijadualkan sedemikian-sedemikian, tetapi hujan lebat menyebabkan pergerakkan terbantut. Semua kembali kepada manual, seorang cari seorang dan seorang tunggu seorang. Masalah perhubungan selesai menjelang jam 12.30 tengahari, baru dapat mengesan di antara satu dengan yang lain. Itu komentar awal perjalan hari ini. Namun Alhamdulillah lawatan hari ini masih berjalan dengan baik dan mencapai objektif. Destinasi wajib hari ini tercapai; Serikin D