Sejauhmanakah Anak-anak Remaja Memahami Dan Mengamalkan Asas Agama?

Oleh isma daud

Pelajar-pelajar Muslim Tingkatan 3 baru saja menghabiskan Peperiksaan Pra-PMR(1) 2010 dan masing-masing mendapat markah masing-masing. Namun apa yang merungsingkan saya ialah di mana ajaran guru dan ustaz/ah di dalam kelas berbanding dengan jawapan yang entah apa-apa dijawab oleh pelajar.

Secara keseluruhannya pelajar tahu format menjawab tetapi tidak mempedulikan apa yang telah dijelaskan oleh guru. Sikap "pakai hentam je lah labu" seolah-olah memendominasi kumpulan ini. Hanya sedikit sahaja pelajar yang benar-benar serius menjawab peperiksaan. Sebahagian besarnya mengambil sikap sambil lewa sahaja.

Pelajar banyak tahu tapi tidak tahu bagaimana dia sepatutnya menjawab dan menyusun jawapan. Salin nombor soalan tidak betul, tertinggal soalan, menjawab seperti sebuah karangan (mahu jimat kertas kot?), tulisan huduh, kecil sehingga sukar dibaca, menconteng kertas jawapan dan pelbagai kesalahan lagi. Ini balik kepada sikap tidak serius dalam menghadapi sesuatu peperiksaan. Ada pelajar yang berpotensi mendapat A tetapi atas kesilapan teknikal ini dia dapat B atau C sahaja.

Namun ada sesuatu soalan yang lebih penting daripada itu yang merunsingkan saya. Lebih runsing daripada keputusan peperiksaan mereka. Apa yang saya maksudkan sejauhmanakah penghayatan mereka terhadap apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Sedangkan di sekolah amali telah ditunjuk, PAFA ada  selain P&P di dalam kelas. Apa yang menjadikan pelajar keliru walau dalam perkara asas mengenai agama Islam?

Sikap tidak serius dan ditambah oleh tiada pengukuhan dalam keluarga. Tiada dorongan daripada ibubapa dalam bentuk penghayatan dan pengamalan di rumah. Contoh dalam isu mandi wajib, bagaimana seorang guru dapat menunjukkan contoh amali mandi di sekolah melainkan tunjuk cara umum sahaja. Sedangkan pelajar itu hanya benar-benar mandi hanya di rumah atau tempat tinggal mereka.

Teringat saya kepada pihak Pembangunan Dan Perancang Keluarga datang bertemu  dengan ibu-ibu dan menunjuk cara kepada mereka bagaimana mencegah kehamilan dengan memakaikan stokin dijari. Akhirnya si isteri tadi yang datang mendengar taklimat, datang berjumpa dalam keadaan dia musykil kerana sudah ikut cara yang diajar oleh pihak berkenaan tetapi masih juga mengandung. Rupa-rupanya pihak tadi menamakan kondom dengan stokin dan alat kelamin lelaki tadi dengan jari telunjuk tangan. Jadi ibu tadi balik rumah pakai stokin di jari telunjuknya dan melakukan urusannya sepertimana biasa.... akhirnya lain yang dikehendaki, lain yang jadi.

Berbalik kepada isu penghayatan pelajar tadi.

Bagaimanakah nanti apabila mereka bersendirian dalam masyarakat? Mampukah mereka merealisasikan apa yang telah mereka pelajari di sekolah? Perhatikanlah kepada beberapa contoh jawapan pelajar kepada persoalan mandi wajib berikut. Soalan meminta pelajar menyebut senarai sebab mandi wajib. Sebab mandi wajib.... ada enam iaitu 3 berkongsi lelaki dan perempuan dan 3 khusus kepada perempuan sahaja. Perhatikan jawapan pelajar nanti, di situ ada jawapannya....

Perhatikan apa yang pelajar jawab. Timbul persoalan; Apakah faktur yang merubah ajaran guru kepada jawapan yang kadangkala melucukan kita sebenarnya. Contohnya; tumbuh bulu, keluar susu dan sebagainya.

Berdasarkan apa yang saya dedahkan ini, harap ada yang memberi komentar, pandangan dan saranan-saranan yang berguna bagi membantu adik-adik pelajar muslim kita agar menjadi insan yang soleh dikemudian hari.

Sama-samalah kita fikirkan!!!

Contoh 1: keluar air susu

Contoh 2 : Baligh, maknanya pelajar ada pemikiran yang betul sebab antara tanda baligh ialah bermimpi, keluar mani. tetapi keluar mani sudah ada. jawapan berulang.

Contoh 3 : pelajar hanya tahu 4 daripada 6. 

Contoh 4 : Tidak teliti. Lelaki pun ada haid

Contoh 5 : pelajar tidak dapat membezakan antara jimak dengan bersetubuh. jawapan berulang. pengetahuan juga tidak menyeluruh.

Contoh 6 : keluar bulu, mungkin pelajar merujuk kepada baligh.
tidak boleh berpegang; merujuk kepada usia ini mesti jaga perhubungan lelaki dan perempuan.
keliru antara datang bulan dengan darah kotor. jawapan berulang.

Contoh 7 ; apa yang boleh kita fikirkan? melahirkan (wiladah) itu salah satu sebabnya tetapi salah kolum letaknya. begitu juga selepas persenyawaan. Betul tapi Salah.

Contoh 8 ; keliru dengan perkara berkaitan puasa atau perkara membatalkan puasa. bersetubuh di siang hari..murtad, menyusukan anak dan mengandung anak contohnya. pelajar ini perempuan tetapi dia boleh lupa yang dia selalu alami...haid.

 Contoh 9 : Ini Contoh Jawapan Yang Baik. 
3 sebab mandi wajib untuk lelaki dan perempuan: Keluar mani, Mati selain daripada mati syahid, jimak/ berjunub/ setubuh.
Dan 3 sebab mandi wajib untuk perempuan sahaja : keluar darah haid, nifas dan sebab wiladah (beranak).

Saya berharap kelemahan ini hanya kelemahan di dalam menjawab kertas peperiksaan sahaja. Jika kita gagal menguasai ilmu fardu ain dalam hidup maka banyak kerugian dan kesusahan yang akan kita alami di kemudian hari. Lebih malang lagi jika amalan kita tidak diterima Allah SWT bukan kerana kita tidak ikhlas melakukannya tetapi disebabkan oleh kejahilan kita dan kealpaan kita terhadap ilmu dan ajaran agama kita sendiri.

Ingatlah belajar bukan untuk lulus peperiksaan sahaja tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita mampu menghayati dan mengamalkannya di dalam kehidupan kita. Ingatlah tujuan kita hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Matlamat ibadah kita adalah untuk memperolehi keredhaan Allah SWT. Oleh itu buatlah ibadah dengan cara yang dikehendaki oleh Allah SWT. Belajarlah, jangan mudah jemu. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa dan kesalahan kita kerana mencuaikan ajarannya. Astaghfirullah! Astaghfirullahal 'Adziim!!!.

Comments

muzaha said…
nak tergelak ana baca cerita isteri yg pakai stokin dijarinya tu...ha ha ha. betul sodek!

perkara ttg mandi wajib tu pernah berlaku juga pd murid. katanya antara sebab perlu mandi wajib ialah kencing dengan sengaja...hampir muntah angin ana bila membaca jwpn murid tersebut

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?