Rosli Dhoby (1932 - 1950), Pahlawan Sarawak

Oleh Mohd Isa Bin Abdul Razak
pada 02hb Januari 2010 pukul 5.05 pagi


Rosli Dhoby berketurunan Melanau*(diperbetulkan sebagai MELAYU pada 21 mac) , lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.


Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.

Makam Pahlawan Sarawak

Comments

Anonymous said…
Pembetulan : Rosli Dhoby adalah MELAYU. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya : - Bolhassan Bin Ainnie Dhoby 0128891301 / 0148970873
Terima Kasih Tuan,

( Rosli Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932 ) diperbetulkan sebagai MELAYU bukan MELANAU.

Ya saya akan perbetulkan kepada Encik Mohd Isa Bin Abdul Razak yang merupakan antara beberapa orang yang ada ambil hal tentang sejarah Rosli Dhoby.

Artikel ini adalah sisipan daripada sumber yang diberikan. Saya berpendapat pihak tuan dapat membetulkan maklumat yang ada di pihak yang menyediakan sumber itu.

Insya Allah saya akan menghebahkan di sini. Dan saya sebagai orang luar sangat berterima kasih atas respon daripada pihak tuan sebagai ahli keluarga Rosli Dhoby sendiri.

Dan itu lebih tepat. Terima Kasih.

Ikhlas; Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud
(isma daud @ ustaz rosli dhoby)
Salam.

Terima kasih Tuan Bolhassan dan Ustaz Mohd Isa. Pautan saya di sini http://www.facebook.com/note.php?saved&&suggest&note_id=413758070088 sudah di kemas kini. Saya akan cuba memberikan maklum balas kepada pihak Wikipedia.

Wassalam.
Wikipedia (bahasa Inggeris) sudah mencatatkan bahawa Rosli Dhoby ialah Melayu. Wikipedia (bahasa Melayu) masih mencatatkan beliau berketurunan Melanau. Saya kurang arif untuk mengemukakan komen. Diharap ada individu yang berkemahiran sudi menghantar ulasan/pembetulan kepada Wikipedia (bahasa Melayu). Terima kasih.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?