PROJEK BADAI 2010

Oleh isma daud


Tepat jam 1:15 petang hari khamis (11 MAC 2010), sebahagian besar guru-guru Islam yang berkhidmat di SMK Rosli Dhoby menghadiri perjumpaan ringkas yang merupakan perjumpaan pertama pada tahun ini.

Dalam perjumpaan ini saya selaku Pengerusi BADAI 2009-2012 melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kesudian para guru menghadiri perjumpaan ini.

Saya juga melahirkan perasaan terharu dan syukur kerana komitmen para guru dan semua warga sekolah yang terus menghulurkan sumbangan kepada BADAI sehingga mampu menyiapkan bahagian anjung surau yang dijadikan sebagai bilik agama dan aktiviti pengajaran-pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam.

"Hari ini pelajar2 Islam sekolah ini sudah ada tempat untuk belajar".

"Saya terharu kerana ada di kalangan guru yang sanggup menyumbang wang ringgit, buah fikiran, tenaga dan masa yang lebih daripada apa yang kami tuntut. Lebih membanggakan lagi kakitangan sekolah (bukan guru) juga yang sanggup bekerja lebih masa tanpa sebarang upah, sanggup bekerja dan menyiapkan bangunan tersebut. Malah kerja-kerja pemurnian bangunan diteruskan sehingga kini tanpa diminta-minta mereka melakukannya. Mereka melakukannya dengan rela hati dan kesedaran sendiri".

Saya menjelaskan juga: " Sebanyak RM16 ribu telah berjaya kita kumpul bagi menyiapkan anjung tersebut, jika ada upah nescaya jumlah itu tidak mencukupi untuk menyiapkan anjung tersebut tapi berkat kerjasama dan sanggup bergotong-royong akhirnya ianya berjaya disiapkan termasuk upah pemasangan tile dan pendawaian elektrik".

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun ini ialah mendaftarkan pelajar sebagai ahli kelab TAHA dan membuka akaun Tabung haji. Dengan ini pihak BADAI akan lebih dekat dengan pihak luar untuk sebarang bentuk kerjasama bagi membantu dalam kecemerlangan mereka dalam pelajaran. Dalam masa yang sama dapat mendidik pelajar-pelajar supaya membudayakan sikap jimat-cermat dan membangunkan ekonomi umat Islam.

Di antaranya juga menyertai Perarakan Maulidur Rasul dengan mendapat tempat naib johan bagi kategori sepanduk.

Program gotong-royong juga telah diadakan pada 6 Mac lalu.

Diakhir ucapan saya saya menyebut sedikit perihal surau an-Nadwah;

"Kepada guru-guru saya berseru agar terus memberi kerjasama dalam usaha memakmurkan surau. Ini kerana surau kita membangun bukan sebagai projek Kerajaan tetapi projek kita sendiri. Selaku pengerusi saya telah mengusahakan pendaftaran semula surau yang mempunyai sejarah tersendiri ini sejak 1975 lagi. Saya dapati tiada sebarang dokumen mengenainya sama ada ia telah didaftarkan atau tidak sebelum ini. Saya juga telah mengusahakan permohonan bagi kelulusan Solat Jumaat di sini dengan kerjasama PPD Sibu."

Dan seterusnya majlis perjumpaan ini diteruskan oleh Timbalan Pengerusi BADAI; Ustazah Dayangku Intan  Binti Awang Lawi membincangkan beberapa perkara;

1. Kutipan Dana BADAI bagi tahun 2010.
- dalam perjumpaan ini ahli badai sebulat suara menetapkan sumbangan wajib sebanyak rm50 dan selebihnya adalah sumbangan ikhlas semua pihak. Bayaran itu boleh dilakukan kepada Bendahari BADAI; Cikgu Mat Bin Tani mula bulan April nanti.

2. Program Pengisian Guru Dan Kakitangan Sekolah
- sebanyak tiga program dirancang;

a. lawatan ke Kuching (perjalanan konvoi, pengisian amali solat musafir, aktiviti berkeluarga, ziarah dan membeli-belah); tarikh cadangan 2 April (Jumaat) - 4 April 2010 (Ahad).

b. khemah ibadah di Kabong

c. kursus ibadat haji

nota: (b & c) melibatkan pelajar.

Semoga program ini akan dapat dijayakan insya Allah dengan kesanggupan dan kerjasama setiap pihak dan JK berkaitan akan dibentuk untuk menguruskan program -program ini.

Pertemuan ringkas ini berakhir jam 2:00 petang.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?