Katak Oh Katak

Oleh isma daud


Sudah banyak hari saya tidak meng"update"kan blog ini. Semacam mati ayat untuk saya berceloteh di sini. Ya, bila kita hanya mahu berbicara tentang diri kita saja, rasa sudah tiada apa yang menarik lagi untuk diolah kerana setiap hari kita menempuh kehidupan yang sama dan menyentuh hal-hal yang sama juga. Kalau asyik tulis yang sama tiada isu yang menarik, orang akan muak juga.

Dulu saya suka juga menulis berkaitan politik tanahair tapi kini tidak lagi, sudah cukup ramai di luar sana mereka yang memang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah menulis tentang ini. Apatah lagi saya yang terperap di Sibu ini, tiada apa yang menarik untuk saya selongkarkan. Kehidupan di tengah khalayak masyarakat yang majmuk yang penghuni terbesarnya adalah cina, kehidupan mereka hanyalah kerja...kerja... semuanya hal-hal yang mengutamakan bisnes dan duit. Saya lihat cina kerja tidak peduli halal-haram tapi mereka tidak jahat sama sendiri. Kedai kecil boleh hidup tepi kedai besar. Sama-sama boleh cari makan. Kalau kedai melayu tiga hari mampuslah kedai itu....

Politik mereka tidak seperti orang melayu, kuat berpolitik sampai tinggal kerja. Duduk kedai kopi dari pagi sampai petang bincang hal-hal semasa sehingga tanggungjawab mencari nafkah ada yang tinggalkan.

Politik orang cina ialah politik bagaimana mereka nak cari makan. Mereka mahu berkuasa sebab mereka mahu bisnes. Mereka bertelagah dalam politik tapi mereka tidak lupa mahu tolong sama sendiri. Orang melayu berpolitik, lupa sama melayu. Jahat sama sendiri. Penuh hasad dengki....sejarah melayu telah membuktikan. Akhirnya orang melayu tidak ke mana-mana, pi mai pi mai tang tu jugak.

Macam saya tengok dua tiga hari ni, betapa jahatnya politik orang melayu. Baru lompat saja dari satu parti ke parti lain, sudah jahat kepada bekas partinya. Sempat saya tengok macamana seronoknya TV3 siarkan dalam berita bila si katak burukkan bekas tuannya. Itulah orang melayu. Cuba tengok watak-watak dalam isu ini, semuanya melayu. Termasuklah TV3 pun melayu. TERUK Dan BUSUK.

Politik melayu, politik hipokrit dan politik cari makan saja. Perjuangan bangsa dan agama jadi slogan saja kini. Sebenarnya perjuangan berasaskan perut mengatasi slogan itu. Itu sebabnya sanggup jadi katak. Lompat sana, lompat sini... (Tanpa mempertingkaikan keikhlasan perjuangan mereka yang ikhlas, saya bercakap kepada yang sebangsa dengannya, bukan niat saya letak dalam satu bangkul, bungkus semuanya. Seperti watak-watak dalam wayang kulit akhirnya disumbat dalam bekas oleh tuannya bila sudah habis cerita) Ya. Sanggup jadi katak.

Bagaimana sifat katak? Kwong sana..kwong sini satu malam penuh dia boleh bising... asal niatnya tercapai. Berbuih-buih di dalam air dia buat bising, dia apa peduli dengan orang lain asal dirinya puas. Dia lupa darimana asalnya datang, dia lupa dia dulu anak berudu saja...bukan siapa, siapa.

Saya teringat hal bisingnya katak pada musim tengkujuh kerana rumah saya dekat dengan alur. Sampai pagi katak bising. Bila bangun pagi saya tengok ke dalam alur, penuh dengan buih yang dibuat oleh katak pada semalaman tadi. Geli tengok buih katak. Menjengkelkan.

Jadi saya tengok ada yang kuat berpolitik tu sampai berbuh-buih mulut tak sedar bila bercakap mungkin itu dari spesis katak juga, suka buat buih... cuba tengok betul sifat manusia yang suka lompat parti ni, mulut mereka berbuih tak bila cakap politik...? sampai bila berucap, bila di temuramah oleh pemberita tak sedar mulut berbuih.... boleh buat kajian agar tak pilih mereka lagi sebagai calon dalam pilihanraya akan datang bimbang mereka ini ada spesis dengan katak yang melompat sana melompak sini, buat buih sana, buat buih sini.

Inilah yang menjadikan saya merasa jengkel kepada orang politik hari ini. Ini yang membuatkan saya malas mahu menulis mengenainya. Muak dengan sikap tidak istiqamah dengan parti yang didokongi... berselindung atas nama tidak puas hati kononnya, tapi boleh bersifat khianat pada akhirnya. Kononnya tidak puas hati dalam isu kalimah Allah.... keluar parti. Alasan je tu... Khianat itu besar jenayahnya berbanding isu penggunaan nama Allah yang masih ada khilafnya... Kalau tidak nampak lagi tengoklah apa yang berlaku di parlimen dua tiga hari ini. Nampak sangat gelojohnya mereka yang melompat parti ni. Tidak sempat-sempat mahu burukkan orang yang pernah memberi tapak dikala dia terbuang pada satu masa. Jelas dahsyatnya khianat. Sebab itu Islam sangat memandang hina kepada orang yang bersifat khianat.

Kalau mahu keluar pun atas nama tidak sefahaman lagi jadilah seperti suami isteri yang bercerai, segala rahsia rumah tangga mesti terus tersimpan dan masih terus dipelihara. Tapi dalam politik orang melayu itulah hakikatnya.... sifat khianat dan hasad dengki sudah menjadi kamusnya....

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?