Erti Kasih Sayang Orang Atasan Dan Orang Bawahan

Oleh isma daud

Tazkirah :  sabda nabi saw; "bukan dari kalangan kami, orang yang tidak merahmati orang kecil di kalangan kami dan orang yang tidak mengetahui hak orang besar di kalangan kami"


Dari sudut pandang Ustaz Mohd Isa Mat Daud ;

~ orang yang tidak merahmati dengan kasih sayang dan kasihan belas kepada orang yang berada di bawah tanggungannya, tidak akan dirahmati, sabda nabi saw; "bukan dari kalangan kami, orang yang tidak merahmati orang kecil di kalangan kami dan orang yang tidak mengetahui hak orang besar di kalangan kami"

~ kasih sayang tidak boleh datang dari sebelah pihak saja. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.


~ kasih sayang itu lahir dari rasa persefahaman dan hormat-menghormati, hubungan suci dari dalam hati... bukan sahaja dalam konteks perhubungan dua hati sang kekasih, jua hubungan kemanusiaan termasuk hubungan majikan dan orang bawahnya.


~ pada saya jika tangan atas memberi, tangan bawah menerima, tp jika orang atas bersifat mulia, ambil cakna, orang bawah akan lebih memuliakannya. Jika yang bawah terkurang, yang atas membantu, jika orang atas lebih ambil tahu, orang bawah tidak akan nampak silap lagi mereka itu kerana sudah termakan budi....jika silappun mereka seribu kali orang bawahan akan memaafkannya. Biarpun tidak puas hati, orang bawahan akan sentiasa akur dan taat kepadanya. Rasa hormat dan malu itu mengatasi segalanya.


Tapi jika orang bawah sudah hilang hormat, hilang kasih dan hilang malu; mereka tidak akan mengerti lagi akan siapa orang di atasnya. Benar macam kata hadis nabi tadi...yang tidak merahmati tidak akan dirahmati...

Harap orang atas lebih faham akan orang bawah supaya orang bawah lebih mengerti akan orang atas...


Fikir2kanlah!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?