Posts

Showing posts from March, 2010

Sudah Sekian Lama Menumpang Tuahnya

Image
Oleh isma daud Siapa Ustaz Rosli Dhoby dan siapa pula Ustaz Mohd Isa? Sudah sekian lama saya menumpang tuah itu...Ustaz Rosli Dhoby. Saya bertuah kerana berkhidmat di SMK Rosli Dhoby. Di sinilah saya mula dikenali dengan nama Ustaz Rosli Dhoby. Bagi yang tidak kenal saya ada yang berkata kepada saya sendiri, "Ustaz kenal tak, Ustaz Mohd Isa yang dari Agama (SMK Agama)?" Saya terpaksa menganggukkannya. "Kenal!!!" Orang lebih menyangka Ustaz Mohd Isa itu mengajar di SMK Agama... Tapi bila merujuk kepada saya, "Ustaz Rosli Dhoby". Sampai kawan-kawan isteri saya pun ada panggil saya Ustaz Rosli. Jadi saya bertuah kerana lebih dikenali sebagai Ustaz Rosli Dhoby. Namun siapalah saya...??? Saya rasa cukuplah saya dikenali dengan tuah orang lain. Mengapa saya tidak dikenali dengan nama saya sendiri? Kata orang ada apa pada nama. Sebenarnya besar amanah dan tanggungjawab kepada kita apabila kita membawa sesuatu nama. Nama baik dan maruahnya mesti dijaga. Be

Erti Kasih Sayang Orang Atasan Dan Orang Bawahan

Oleh isma daud Tazkirah :  sabda nabi saw; " bukan dari kalangan kami, orang yang tidak merahmati orang kecil di kalangan kami dan orang yang tidak mengetahui hak orang besar di kalangan kami " Dari sudut pandang Ustaz Mohd Isa Mat Daud ; ~ orang yang tidak merahmati dengan kasih sayang dan kasihan belas kepada orang yang berada di bawah tanggungannya, tidak akan dirahmati, sabda nabi saw; "bukan dari kalangan kami, orang yang tidak merahmati orang kecil di kalangan kami dan orang yang tidak mengetahui hak orang besar di kalangan kami" ~ kasih sayang tidak boleh datang dari sebelah pihak saja. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. ~ kasih sayang itu lahir dari rasa persefahaman dan hormat-menghormati, hubungan suci dari dalam hati... bukan sahaja dalam konteks perhubungan dua hati sang kekasih, jua hubungan kemanusiaan termasuk hubungan majikan dan orang bawahnya. ~ pada saya jika tangan atas memberi, tangan bawah menerima, tp jika orang atas bersi

Panorama Kampung Hilir Sibu.

Image
Oleh Budakli.com Komentar ~ isma daud ~ : Sungguh menakjukkan gambar yang dirakamkan oleh budakli.com , sepupu isteri saya yang berkunjung ke rumah sewaktu cuti sekolah baru-baru ini. Di antaranya gambar Kampung Hilir, Sibu ini. Saya sendiri tidak terfikir betapa cantiknya pemandangan alam ini jika mereka yang pakar mengolahkan gambarnya . Saya bagai tertipu dengan panorama alam semulajadi di sebalik kampung Hilir itu sendiri..... Sesungguhnya sungguh cantik. Hasil Kerja Yang Menakjukkan....

Guru Pedalaman

Oleh isma daud Ehsan dari FB : Mohd Isa Abd Razak melalui Kelab Guru Pensiangan :   Para pendidik dan mantan pendidik wajar menonton video ini. Nota : Terima Kasih atas perkongsian bagi renungan dan perbincangan bersama. Satu tempat yang bernama Saliliran Sekadar Renungan Dan berfikir agar kita lebih bersyukur. Tempat Bukan Alasan ~ Kejayaan Milik Sesiapa Sahaja Yang Rajin Berusaha Dan Tidak Patah Semangat.

Sejauhmanakah Anak-anak Remaja Memahami Dan Mengamalkan Asas Agama?

Image
Oleh isma daud Pelajar-pelajar Muslim Tingkatan 3 baru saja menghabiskan Peperiksaan Pra-PMR(1) 2010 dan masing-masing mendapat markah masing-masing. Namun apa yang merungsingkan saya ialah di mana ajaran guru dan ustaz/ah di dalam kelas berbanding dengan jawapan yang entah apa-apa dijawab oleh pelajar. Secara keseluruhannya pelajar tahu format menjawab tetapi tidak mempedulikan apa yang telah dijelaskan oleh guru. Sikap "pakai hentam je lah labu" seolah-olah memendominasi kumpulan ini. Hanya sedikit sahaja pelajar yang benar-benar serius menjawab peperiksaan. Sebahagian besarnya mengambil sikap sambil lewa sahaja. Pelajar banyak tahu tapi tidak tahu bagaimana dia sepatutnya menjawab dan menyusun jawapan. Salin nombor soalan tidak betul, tertinggal soalan, menjawab seperti sebuah karangan (mahu jimat kertas kot?), tulisan huduh, kecil sehingga sukar dibaca, menconteng kertas jawapan dan pelbagai kesalahan lagi. Ini balik kepada sikap tidak serius dalam menghadapi sesuat

Katak Oh Katak

Image
Oleh isma daud Sudah banyak hari saya tidak meng"update"kan blog ini. Semacam mati ayat untuk saya berceloteh di sini. Ya, bila kita hanya mahu berbicara tentang diri kita saja, rasa sudah tiada apa yang menarik lagi untuk diolah kerana setiap hari kita menempuh kehidupan yang sama dan menyentuh hal-hal yang sama juga. Kalau asyik tulis yang sama tiada isu yang menarik, orang akan muak juga. Dulu saya suka juga menulis berkaitan politik tanahair tapi kini tidak lagi, sudah cukup ramai di luar sana mereka yang memang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah menulis tentang ini. Apatah lagi saya yang terperap di Sibu ini, tiada apa yang menarik untuk saya selongkarkan. Kehidupan di tengah khalayak masyarakat yang majmuk yang penghuni terbesarnya adalah cina, kehidupan mereka hanyalah kerja...kerja... semuanya hal-hal yang mengutamakan bisnes dan duit. Saya lihat cina kerja tidak peduli halal-haram tapi mereka tidak jahat sama sendiri. Kedai kecil boleh hidup tepi

PROJEK BADAI 2010

Image
Oleh isma daud Tepat jam 1:15 petang hari khamis (11 MAC 2010), sebahagian besar guru-guru Islam yang berkhidmat di SMK Rosli Dhoby menghadiri perjumpaan ringkas yang merupakan perjumpaan pertama pada tahun ini. Dalam perjumpaan ini saya selaku Pengerusi BADAI 2009-2012 melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kesudian para guru menghadiri perjumpaan ini. Saya juga melahirkan perasaan terharu dan syukur kerana komitmen para guru dan semua warga sekolah yang terus menghulurkan sumbangan kepada BADAI sehingga mampu menyiapkan bahagian anjung surau yang dijadikan sebagai bilik agama dan aktiviti pengajaran-pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam. "Hari ini pelajar2 Islam sekolah ini sudah ada tempat untuk belajar". "Saya terharu kerana ada di kalangan guru yang sanggup menyumbang wang ringgit, buah fikiran, tenaga dan masa yang lebih daripada apa yang kami tuntut. Lebih membanggakan lagi kakitangan sekolah (bukan guru) juga yang sanggup bekerja lebih masa t

Catatan Dari Khutbah Di Masjid Al-Huda, SEMEKAS, Sibu

Oleh isma daud Tugas Rasul Membersihkan Umat Daripada Syirik 3/12/2010 - Jumaat Dua tiga hari ini saya bagai kekeringan idea untuk menulis. Hari2 adalah perjalanan yang biasa-biasa saja. tiada yang menarik untuk ditintakan di sini. kerja.. kerja... kerja... itu rutin biasa yang tidak payah dicerita... Hari ni saya dijemput menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al-Huda, Masjid SMK Agama Sibu. Lama sudah saya tidak berkhutbah di sini. Masjid lain sementelah lagi... Ada satu masjid tu takut mahu menjemput saya berkhutbah, maklumlah pernah kena gam di JAIS, Sibu. Tahun ni saya pun tidak tahu apakah saya masih digam.. sebenarnya saya ni digam daripada menyampaikan khutbah di Masjid an-Nur, Sibu setelah saya menyentuh isu sekular dan mengekalkan pemimpin sekular tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada Islam dan umat Islam. Kebetulan pada masa itu PM terkini baru dilantik. Jadi isulah.... Hari ini khutbah saya menyentuh tentang ingatan kepada kelahiran Rasulullah SAW. Rasanya b

Gotong-Royong Surau an-Nadwah 2010 Kali Pertama

Image
Oleh isma daud Kerja-kerja menambahbaikan surau An-Nadwah di bahagian dalam telah dimulakan. Sebagai kerja-kerja sinambungan kepada pembinaan anjung tahun lepas, kini diusahakan bahagian mihrab dan mimbar pula. Walaupun kemampuan kewangan terbatas, setiap sen yang disumbangkan oleh insan yang berhati mulia akan digunakan sebaiknya untuk melengkap dan menyempurnakan tempat ibadah ini. Syukurlah insan-insan pemurah tidak pernah berhenti menghulurkan sumbangan kepada surau an-Nadwah baik berupa wang-ringgit, harta kekal, tenaga, masa dan buah fikiran. Semalam diadakan lagi kerja gotong-royong dan sedikit jamuan ringan sebagai tanda kesyukuran telah diadakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Harap-harap mereka yang masih berat kaki melangkah ke surau itu, sudi-sudilah datang mengimarahkan surau ini. Surau ini adalah kejiranan kalian, rugi tidak datang. Nanti setiap langkah kalian bertujuan untuk beribadah di dalamnya merupakan pahala sedekah yang tidak terhitung nilainya d

Rosli Dhoby (1932 - 1950), Pahlawan Sarawak

Image
Oleh Mohd Isa Bin Abdul Razak pada 02hb Januari 2010 pukul 5.05 pagi Rosli Dhoby berketurunan Melanau*( diperbetulkan sebagai MELAYU pada 21 mac ) , lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak. Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah t

Ziarah Makam Pahlawan ~ Ada Yang Ingat Akan 2 Mac?

Image
Oleh isma daud   Entah mengapa hati saya terasa sangat ingin singgah di makam pahlawan hari ini. Saya telah memberhentikan kereta setentang dengan pintu masuk tugu peringatan itu. Setelah solat asar di Masjid an-Nur, saya tidak segera memacu kereta macam biasa tetapi rasa benar ingin mendekati makam ini hari ini. Pada hal bukan sekali saya singgah di situ. Lalu saya ingat hari ini 2 Mac....   Mac 1950 digantung, 2 mac rangka mereka dipindah dari penjara kuching ke tapak perkuburan sekarang dan hari ini 2 mac 2010....sentiasa mengenang pejuang. dan blog saya pun saya namakan "ustaz rosli dhoby....". sebab itu saya menyiarkan gambar tapak perkuburan mereka hari ini. Adakah generasi hari ini ingat tarikh ini? Entahlah. Tiada siapa yang singgah ke situ sepetang saya berada di situ hari ini...   Semoga generasi hari ini tidak pernah lupa jasa dan perjuangan mereka biarpun setengah pihak menganggap mereka sebagai penjenayah, tetapi bagi pejuang bangsa dan agama, senti

Semua Orang Boleh Menyumbang Untuk Islam

Image
Gambar sebelah : Amy Search berucap dalam satu forum sempena Sambutan Maulidur Rasul yang bertajuk ‘ Islam Untuk Semua ’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi. Dalam ucapannya beliau mengajak para ulama sentiasa mendekati para artis supaya mereka tidak lalai sambil menyifatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai ikon ulama. Baca berita selanjutnya di : sini . Sumber : Harakah Daily . ___________________________________________________________________________________ Komentar Oleh isma daud. Kerja menyebarkan ajaran dan syiar Islam bukan hanya kerja ulama sahaja tetapi untuk semua orang Islam. Semua lapisan Masyarakat Islam bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam ini agar sampai kepada sesiapa sahaja. Islam bukan untuk orang arab dan orang melayu sahaja. Islam bukan untuk orang tertentu sahaja bahkan untuk semua. Ini kerana Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah SWT kepada sekelian alam. Rahmatnya meliputi seluruh alam.  Selaku ummat Muhammad saw sepatutnya me