Tema Maulidur Rasul 1431H : "Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah"

Oleh isma daud.


Salam.

"Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah"

Ini di antara contoh/cadangan ayat untuk sepanduk;

1. Firman Allah SWT: Al-Hujraat

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ~ ١٠

Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)

2. Hadis Rasulullah s.a.w. 

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya."



3. Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: 

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).


4. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bandingan orang yang beriman itu dari segi saling cinta-mencintai, saling bersimpati dan rahmat-merahmati seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota yang lain turut sama berjaga dan menderita.” -- HR. Muslim

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?