Saya "Bengong"!!!

Oleh isma daud.

Saya tidak pernah mahu mengenang apa sumbangan yang saya curahkan kerana saya yakin Allah SWT Maha Melihat dan Maha Mengetahui baik yang saya lakukan itu tersembunyi atau nyata.

Saya yakin apa yang saya lakukan adalah terbit dari hati dan jiwa yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian sesiapa. Tidak menghargaipun tidak mengapa.

Tapi inilah penghargaan yang saya terima; "Bengong!!!".

Bengong bukan bermakna bangang, bukan juga bermakna bengang. Jangan keliru!!!

"Bengong" lebih kepada makna kehairan-hairanan, bodoh, tidak boleh berfikir dengan waras dan tidak tahu atau kurang akal. Seperti seorang yang kebengong-bengongan apabila tersedar daripada pitam atau histeria.

Terima kasihlah atas penghargaan itu. Saya tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa jika saya mengajak orang lain bersama-sama bertolong-menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa. Ajak bermasyarakat dan ajak bekerjasama menabur bakti dan bukti di bumi Allah swt ini agar kita suatu hari nanti dapat meraih pahala dan redhaNya di akhirat nanti.

Jika ada yang tidak sudi dan keberatan itu terpulanglah kepada individu itu. Jika membebankan tidak payahlah terima ajakan saya. Abaikan saja. Saya hanya mengajak atas nama agama. Jika ada yang menilai atas neraca dunia, terserahlah kepada yang mentafsirnya.

Memanglah kerja pada jalan Allah tidak nampak segera pulangannya. Macam kerja makan gaji, hujung bulan nampak gaji. Jadi tidaklah orang tak mau kerja (walaupun ada malas bekerja). Tapi kerja pada jalan Allah SWT yang nampak saja akan nampak. Yang tidak nampak mereka akan menganggapnya sia-sia. Itulah bezanya kerja pada jalan Allah dengan kerja mencari kelebihan dunia. Kerja pada jalan Allah SWT balasannya hanya nyata di akhirat  sana. Terlalu jauh bukan. Hasilnya tidak nampak segera. Kalau Allah SWT nak bagi pun hanya sedikit saja....Mana yang kita yakin.

Nampaknya iman dan akidah kita masih lemah lagi.... Saya harap tidaklah sampai kita berfikir dengan iman yang lemah sehingga sudut pandang kita terlalu nampak keduniaan saja.

Saya harap kalau nak sebut bengong tu biarlah di depan saya, bukan di depan orang lain. Allah SWT itu tidak tidur dan tidak lalai. Akhirnya anginnya sampai juga kepada saya. Percayalah tentera Allah SWT itu banyak.... Dan saya selidiki akan orang yang meniupkan angin itu, saya yakin dia orang yang tidak berniat jahat dan jujur. Tidak mudah saya terima berita sebegitu. Tapi saya yakin dia tak bohong.

Buat masa ini saya terima saya memang "bengong". "Bengong" kerana ingin mengajak berbuat yang makruf. Saya tidak menyesal kerana bengong dalam rupa dan bentuk sedemikian. Saya masih berharap orang yang berkata itu berkata di luar kotak kesedarannya. Mungkin dia tidak sengaja dan marah. Saya sedia memaafkannya.

Cuma nasihat saya; ilmu dan kebolehan yang kita miliki tidak akan bernilai jika kita tidak ada kesediaan dan kesanggupan untuk berkhidmat dan berjuang yang melewati batas keperluan diri sendiri. Dan kesanggupan itu pasti memerlukan sedikit kesungguhan dan pengorbanan. Ingatlah bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima...

Saya bukan orang banyak harta untuk memberi tetapi saya hanya ada lidah untuk berkata-kata.  Saya hanya ada sedikit ilmu untuk saya berbicara. Sedikit sangat. Itulah ilmu yang saya ada. Dengan ilmu itulah,  memungkinkan saya berkata-kata. Dengannya saya menyumbang dan memberi sekadarnya sahaja.

Mungkin saya ada silap dalam menyatakan kebenaran. Niat saya benar, cara saya salah. Mungkin salah uslub yang saya guna, mungkin salah cara dan pendekatan yang saya ambil, mungkin salah penerangan dan penjelasan yang saya berikan. Itu  kesalahan dan kelemahan saya, saya akui itu, saya akui itu kebengongan saya. Saya memang bengong. Maafkan saya.

Comments

Wan Mohd Hamdi said…
Ungkapan bengong amat menyakitkan hati orang yang ditujukan gelaran tersebut. Dalam menyampaikan dakwah, istilah bengong tak sepatutnya berlaku. Hanya manusia yang terasa jengkel dengan isu yang diperkatakan, atau lebih tepat, apabila terasa isu yg diperkatakan terkena atas batang idung sendiri, maka terasalah pedasnya. Sabarlah... innaLlaaha ma`as saabiriinn......
Terima Kasih Ustaz WM Hamdi atas sokongan.

Kalau saya berjuang kerana mengharapkan balasan di dunia, mengharapkan pujian orang, sudah lama saya berputus asa. tapi saya mengharapkan keredhaan dan inayah Allah. Insya Allah selagi Allah mengizinkan saya akan gigih.

Saya digam, dicerca tidak mengapa asalkan cita-cita Islam tercapai. Saya tidak penting berbanding dakwah yang hendak saya sampaikan. Masa "glamour" saya di Sibu sudah dipenghujungnya. Dulu kuliah saya banyak, kini orang takut-takut nak jemput.

Saya sudah lama bersedia saat sebegini. Saya sudah sedar itu. Saya yakin saya sentiasa dilindungi Allah SWT selagi saya ikhklas di jalannya. Orang tak takut kepada kita, kita ni kerdil saja tapi orang bimbang dakwah yang kita sampaikan. Itu saja.

Doa sahabat-sahabat sentisa saya harapkan. Sokongan kalian menguatkan keazaman agar saya terus istiqamah atas jalan ini. Saya yakin saya tidak sendirian, insya Allah SWT.
Unknown said…
Teruskan niat murni,apalah sangat dengan perkataan benggong kalu nak bibandingkan dugaan pejuang2 islam masakini untuk menegakkan alhaq.
isma daud said…
~~oghe; maaflah tak boleh masuk ke link yang oghe berikan.

siapa pejuang-pejuang masa kini tu yang oghe maksudkan?

pejuang2 yang suka bertelingkah dan mencari duniawi lebih banyak daripada kelebihan ukhrawi? itu memang banyak, kat mana2 pun ada. harap ini bukan bandingannya.

orang dulu2 tu adalah, sebab ada dikalangan mereka dah terbukti keikhlasan keimanan mereka. sebab Allah dah puji mereka dalam quran.

Apapun, pejuang yang ikhlas itu - insya Allah - akan ada di setiap masa; masa lalu, masa sekarang dan akan datang.

Siapa mereka?

mereka ialah orang yang telah menjual diri mereka untuk Allah dan rasulnya dan allah SWT telah membeli iman mereka beserta jiwa raga mereka dengan bayaran syurga dan keampunannya.

memanglah bagi setengah orang "bengong" itu tidak menjadi kudis gatalnya... tp bagi sesetengah orang , mudah terasa.

apa yang menyedihkan saya ialah sikap kita yang berkira nak menyumbang, bila diajak, orang yang mengajak itu dipanggilnya bengong. agaknya siapa yang bengong sebenarnya?

kita fikir orang macam kita juga, rupanya tidak. takpa lah, masing2 ada pandangan sendiri.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?