Rasalah Makanan Orang Miskin Agar Orang Kaya Kenal Si Miskin

Komentar oleh:  isma daud.


Tulisan Ustaz Idris Ahmad tentang Datuk Seri Najib berjamu ubi kayu menarik hati saya bersama penduduk nelayan Kampung Chenang. Sebenarnya makan ubi kayu ni tidaklah rendahlah sangat. Ubi kayu bakar atau rebus dan sekarang ini sudah dikomersalkan menjadi kerepek berada dalam statusnya sendiri. Saya suka makan ubi kayu rebus atau bakar ini. Dan setiap kali makan tidak pula saya merasa saya makan makan orang miskin. Ini kerana saya sememangnya orang miskin pun.

Ubi kayu hari ini bukan makanan ruji lagi sebaliknya makanan sampingan dan makanan ringan sahaja. Dimakan diwaktu petang atau awal pagi bersama air kopi. Tapi kepada orang miskin ubi kayu boleh jadi makan ruji mereka yang menggantikan nasi. Jadi sebab itu ia dianggap makanan orang miskin.

Namun bila orang kaya makan ubi rebus sebagai jamuan kepada PM dalam lawatannya memang ada nilai sindiran kepada ekonomi yang diwar-warkan hari ini berada dalam keadaan sempit. Kalau para pejuang dan datuk-nenek kita dalam menuntut kemerdekaan dahulu mereka biasa makan ubi kayu rebus ini, maka kita tidak patut melupakannya.

Kesanggupan Datuk Seri Najib makan ubi kayu bersama rakyat bawahan sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua selari dengan slogannya "Rakyat Di dahulukan" dan semangat " 1 Malaysia ". Orang kaya dan orang miskin boleh makan makanan yang sama. Baru betul slogan itu.

Sepatutnya mana-mana menteri dan orang besar melawat tempat kita, kita jamu mereka dengan ubi kayu ini agar mereka tidak lupa kesusahan kita yang di bawah-bawah ini. Orang kaya memang tahu bercakap persoalan susah dan sempitnya ekonomi dengan saranan berjimat cermat dan belanja berhemah. Tapi kalau sudah dapatnya sedikit bagaimana mahu berjimat lagi.Manakala orang kaya pula datanglah dengan makanan orang kaya supaya orang miskin dapat makan makanan rutin mereka yang enak dan sedap-sedap. Baru adil . Baru benar slogan itu. Bukan gimik lagi.

Saya cadangkan ubi kayu terus menjadi hidangan yang diangkat statusnya menjadi jamuan orang kaya dan berada dalam majlis yang dihadir oleh mereka. Agar mereka menjadi orang sentiasa sedar dengan kesusahan orang miskin yang hari ini mungkin telah menjadikan ubi kayu sebagai alternatif menggantikan beras atau nasi sebagai makanan ruji mereka setiap hari. Biar perut mereka merasa bagaimana bila ubi kayu terus menjadi hidangan mereka. Boleh hadam dengan baik atau tidak?

Dalam isu ekonomi ini rakyat terendah dan terbawah yang sangat merasa kesannya. Dalam situasi begini diharapkan orang berada lebih bersifat pemurah dan penyumbang dengan mereka sendiri mencari orang miskin untuk mereka beri bantuan.

Jadilah orang mulia dengan suka memberi agar rakyat yang benar-benar miskin dapat bantuan dan pembelaan. Janganlah orang kaya dan berada ini melantik wakilnya saja kerana ramai wakil-wakil yang dilantik itu sudah tidak jujur lagi. Sebahagiannya telah menyimpan untuk diri sendiri dan keluarga mereka... baki sedikit-sedikit itu yang sampai kepada orang miskin dan kurang berupaya. Jadi turunlah padang menyerah sendiri bantuan supaya bantuan yang dihulurkan sampai kepada golongan sasarannya.

Sewaktu saya balik bercuti ke kampung dan kampung saya terletak di Marang, Terengganu;  satu majlis penyampaian wang ehsan diagihkan kepada "orang yang tidak miskin" termasuk sumbangan kacamata.  Semua penerima bantuan hari itu diwajibkan hadir mendengar ceramah akan kemajuan dan kebaikan kerajaan membantu rakyat. Ini semua kerana ekonomi kita berada pada landasan yang betul dan pulih dari kegawatan... Ekonomi kukuh rakyat mendapat bantuan. Mana ada lagi kerajaan seperti ini dalam dunia ini.. ?

Sebagai contoh yang saya lihat;  ramai yang muda-muda berkereta bersemangat menerima bantuan. Semua menjadi miskin hari itu. Sebaliknya "yang kaya" ialah orang miskin yang tidak menerima apa-apa bantuan kemiskinan mana-mana pihak. Beberapa orang pegawai ada datang ke rumah orang miskin dan berkata pak cik atau mak cik memang layak dapat bantuan....bla..bla...dan hairan kenapa mereka ini tidak layak menerima bantuan wang ehsan, jawapannya mudah mereka tidak miskin pada pandangan JKKK kampung. Yang miskin ialah anak-beranak mereka yang sewaktu dengannya saja. Lencungan (Sebab itu rakyat Kelantan mesti sedar wang ehsan mereka itu apakah akan jadi macam wang ehsan di Terengganu.... )

Jadi orang kaya bila ingin membantu itu jangan terlalu percaya kepada wakil anda saja. Turunlah padang untuk mengenal siapa orang miskin di kawasan anda. Harap masih ada orang kaya yang berhati mulia ini. Ramaikah lagi sikaya yang berhati mulia ini...? Mudah-mudahan....

Berbalik soal ubi kayu tadi; hadiahkan mereka buat bawa pulang sebagai buah tangan sewaktu lawatan mereka, pasti mereka yang kaya tadi bersyukur dan berterima kasih banyak-banyak kerana orang miskin sangat baik hati dan suka membantu orang kaya sepertinya. Dapatlah mereka buat makan tengahari atau minum-minum petang bersama ahli keluarga. Dalam pada itu mungkin ada idea nak majukan orang miskin dengan ubi kayu tu.....

____________________________________________________________________

Nelayan Langkawi Jamu Najib Ubi Rebus Sebagai Sindiran Kepada Kegawatan Ekonomi

Posted on Wednesday, February 17 @ 23:30:33 UTC by afero79

Utara Online
Oleh Ust Idris Ahmad


Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini.” begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Comments

Anonymous said…
orang bukit payung duk makang agi ubi kayu ni lening
Salam..
semasa bcuti di KL..teman sempat makan pengat(manisan) ubi kayu + keledek dan tapai ubi di sebuah restoran..

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?