Menyambung Kuliah Maghrib Di Masjid Darul Halim, Sibu.

Oleh isma daud


Sejak peristiwa 10 April 2009 melalui khutbah jumaat di Masjid An-Nur dan tersebarnya pekeliling larang berkuliah, ceramah, khutbah jumaat dan imam yang dikeluarkan oleh JAIS maka kuliah saya terhenti sekian lama. Isu tauliah tetiba menjadi persoalan ( Baca Di sini ). Pelbagai tohmahan masyarakat timbul dan orang yang mahukan hal ini terjadi tersenyum riang. Agenda mereka menjadi realiti dan menjadi kenyataan. Bukan sedikit Pengerusi masjid yang kecut perut dan menarik balik jemputan baik kuliah agama maupun jemputan selaku khatib jemputan.

Namun malam ini kuliah saya yang sinonim dengan masyarakat Sibu khususnya di Masjid Darul Halim ini kini kembali. Sepatutnya kuliah saya bermula pada hari Sabtu malam Ahad yang lalu tetapi kekangan masa yang saya hadapi menyebabkan hari kuliah maghrib itu diubah kepada malam ini (Isnin Malam Selasa). Kuliah mingguan ini insya Allah SWT akan mengembalikan semangat ahli jamaah masjid ini yang menghadapi kelesuan majlis ilmu sejak peristiwa hitam tersebut.

Buat permulaan malam ini; seramai 50 orang jamaah menghadiri kuliah adalah kehadiran yang memberangsangkan. Semoga tiada lagi tangan-tangan ghaib yang membuat kacau bagi memadamkan cahaya Allah bersirna semula di sini. Sepatutnya selaku umat Islam kita bermuafakat menyokong kerja-kerja kebajikan bukan membuat onar dan menabur duri di jalan dakwah ini sehingga timbul pelbagai fitnah kepada guru yang mendidik kita dengan jujur dan ikhlas. Sementara mereka yang masih lemah iman pula merasa ketakutan dengan majlis agama dan khuatir untuk menghadiri kuliah-kuliah agama seperti ini.

Terima kasih saya kepada Penegrusi Masjid, Para Imam dan JK Masjid atas keyakinan dan kepercayaan kalian sehingga menjemput saya untuk terus menabur bakti di sini... semuanya dengan rahmat dengan iradat Allah SWT jua. Alhamdulillah, syukur!!!

Comments

Anonymous said…
tak semua orang suka , adatlah tu ustaz. Setiap orang ada kelebihan masing-masing
isma daud said…
Salam Anonymous,

Harap dapat memperkenalkan diri...

Saya tidak mengharapkan semua orang suka kepada saya, cukuplah jika seseorang dapat menilai apa yang saya ajar dengan adil. Jika ada kelemahan saya, harap dapat mengambil ajaran yang baik-baik saja untuk menjadi panduan hidup kita di dunia.

Kebenaran itu datang daripada Allah SWT. Apapun saya bersyukur kerana saya masih berpeluang manyampaikan kuliah sekadar termampu. Semua itu adalah kehendak Allah SWT semata2. Apalah sangat jika mahu dinilai kepada usaha kita melainkan sedikit saja berbanding dengan apa yang dijanjikan Allah SWT.
Tahniah & selamat mengajar kuliah abg..Ya setuju dengan kata2 abg tu..:-)

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?