Lagi Ajaran Sesat , Kumpulan Abdul Rejab

Sumber ; KOSMO! Online

PUTRAJAYA 11 Feb  – Semuanya bermula dengan bunyi zikir aneh yang terlalu bising sehingga membingitkan telinga jiran-jiran.

 
BEBERAPA orang ahli kumpulan Abdul Rejab ditahan dalam rumah yang dipercayai menjadi markas ajaran sesat itu di Putrajaya awal pagi semalam.


Disebabkan tidak tahan dengan gangguan itu khususnya pada malam minggu, ada jiran di tingkat dua sebuah kuarters kerajaan di Presint 17, Putrajaya itu terpaksa berpindah.

Namun, aduan mereka mendorong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat pemantauan hampir dua bulan sebelum sebuah rumah di situ yang disyaki markas satu kumpulan ajaran sesat diserbu pada pukul 1.30 pagi semalam.

Pada waktu itu terdapat 16 orang di dalam rumah tersebut termasuk tujuh lelaki, lima wanita dan empat kanak-kanak.

Salah seorang daripada mereka ialah ketua dan pengasas kumpulan itu yang dikenali sebagai Abdul Rejab yang berusia dalam lingkungan 60-an. Dia berpindah ke rumah itu awal bulan lalu.

Sewaktu serbuan dibuat, Abdul Rejab sedang memberi ceramah di hadapan sekumpulan pengikut yang kini dianggarkan berjumlah 100 orang.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?