Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, February 08, 2010

Celuparnya Mulut, Kaki dan Tangan Terhadap Orang Lain

Komenter  isma daud

"Orang sekarang memang bebas menulis pasal orang lain. Agaknya kalau menulis perihal diri sendiri akan ditulis sebebas itu. Pasti nak sembunyikan segala kejahatan lagak dan laku. Ramai yang suka menulis. Ada yang menulis atas rasa sokongan, mengapu, simpati dan menulis atas rasa benci. Tulisan seseorang itu boleh menaikkan seseorang dan boleh menjatuhkan seseorang biarpun hakikatnya Allahlah yang menentukan segala-galanya.

Atas nama kebebasan, ada yang lupa diri dan lupa Allah SWT. Jika orang hina sultan ramai yang marah, permohonan maafnya tidak diterima, apakah wajar menghina orang lain dibolehkan?

Ada empat watak ahli neraka; wajahnya bengis penuh kebencian, mulutnya celupar dan suka mencarut, hatinya alpa tiada sifat taqwa kepada Allah SWT dan tangannya yang rakus  terhadap orang lain dan bakhil daripada memberi bantuan."


Malaysiakini (kemaskini)
Penulis blog aibkan Nik Aziz dan Anwar, ditahan

Oleh :
Abdul Rahim Sabri
Feb 10, 10

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.

Khairul Nizam yang berasal daripada Rumah Rakyat Pancor Paroi, Negeri Sembilan, kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Seksyen Seremban kerana didakwa memaparkan dalam blognya tulisan yang mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Dia dituduh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Feb 8, 10


Sumber :  http://zulmamakpng.blogspot.com/:

Blogger Fak-kap Umno Menghina Tok guru Nik Aziz dan DSAI


Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil kerjanya meng-impose gambar-gambar yang boleh dikategorikan sebagai menghina dengan keterlaluan. Pautannya boleh
dilayari disini.

Si Jeffrydamien09 mungkin berbangga sebagai budak grafik yang mampu mengolah dan menukar muka seseorang menggunakan Adobe Photoshop CS4. Namun Jeffrydamien09 beliau terlupa bahawa insan yang dihina itu lebih mulia daripada dirinya yang begitu hina.

Bertaubatlah wahai Jeffrydamien09 sebelum tak sempat. he..he.. Takkan lu nak glamer macam Aduka dan Nasir Safar lak. {Baca Selanjutnya di : http://zulmamakpng.blogspot.com/ }

No comments:

Related Posts with Thumbnails