Kem Pemantapan Al-Quran Sibu Anjuran JaPs - Sambutan Ibubapa Memberangsangkan

Oleh isma daud.


SK Agama Sibu, 13 Feb
- Bertempat di Dewan SK Agama Sibu hari ini telah berlangsung Kem Pemantapan Al-Quran Sibu anjuran JaPS, PPD Sibu telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada peserta dan ibubapa.

 
 Peserta dan ibubapa turut mendaftarkan kehadiran mereka

Lebih daripada 50 orang peserta mengambil bahagian. Ada ibubapa yang buakan saja menghantar anak-anak mereka bahkan turut sama berada di lokasi sepanjang program berjalan memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan jurulatih-jurulatih yang hadir.


 
 Ibubapa yang tekun mendengar taklimat daripada Penyelia Agama Sibu

Diharapkan program yang dirancang secara berterusan sepanjang tahun 2010 ini terus mendapat sokongan ibubapa dengan menghantar anak mereka ke sini untuki di latih dalam bidang Al-Quran dan Hafazan. Antara guru Quran yang telah memberi kesanggupan mereka melatih kemahiran al-Quran selain GPI dan J-QAF ialah Ustaz Nasir Bin Musel dan Ustaz Hasbullah Bin Sabli. Kedua-dua mereka adalah dua qari yang disegani di Sibu ini.

Encik Syarkawi Bin Hamdan, Penyelia Agama Sibu menyampaikan ucapan

Sementara itu Encik Syarkawi Bin Hamdan, Penyelia Agama Sibu dalam ucapannya telah mengalu-alukan kerjasama semua pihak khususnya ibubapa dalam mendorong anak mereka dalam penguasaan al-Quran. Kesanggupan ibubapa menghantar anak mereka dan menyediakan sendiri makan minum mereka sudah cukup bermakna. Ini kerana program ini dilaksanakan atas kesedaran mahu melihat anak-anak kita suatu hari nanti mampu membaca dan memahami al-quran dengan baik. Program ini adalah program ziro bajet, jadi ibubapa mesti sanggup membantu anak-anak untuk berjaya, katanya.

 Ustaz Saidal Bin Mat turut berucap

Ustaz Saidal Mat, penolong penyelia agama PPD Sibu pula menjelaskan objektif program ini untuk melahirkan Insan Juara Al-quran. Untuk jangka panjangnya kita mahu anak-anak kita mampu menjadi imam dalam solat mereka dan dapat membaca al-quran dengan baik. Buat jangka pendeknya, kita nanti ada calon terbaik untuk menyertai MTQ peringkat Negeri Sarawak. Ini kerana pencapai Bahagian Sibu dalam bidang Al-Quran masih jauh daripada memuaskan.

 
Al-Fatihah sebagai pembuka majlis . Doa dibaca memohon rahmatNya. " Ya Allah berkatilah majlis ini "

Dalam pada itu Ustaz Mohd Isa selaku Ketua Penyelaras Program telah menerangkan perjalanan program hari ini dan sebelum itu telah membaca doa agar majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


Group JaPS : Rehat Dan Minum Pagi

Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Ahli Bin Chikba; Pen. Pegawai Pelajaran PPD Sibu. Kehadiran beliau telah memberi semangat kepada semua jurulatih yang telah sanggup menyumbang masa dan tenaga mereka untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

 
Ustaz Hasbullah Bin Sabli gigih membimbing peserta dalam bidang tarannum
Ustaz Nasir Bin Musel turut membimbing dalam bidang yang sama

 
 Membentuk Halaqah

Sesi tasmik bagi peserta Hafazan Menengah


Suasana pembelajaran hari ini

Kem hari ini telah berakhir pada jam 12:30pm. Terima-kasih buat Group JaPS dan semua yang telah terlibat dan membantu secara langsung dan tidak langsung sedari awal sehingga sempurna kem hari ini. Sekalung penghargaan juga kepada Guru Besar SK Agama Sibu, Puan Yot Seli dan semua warga sekolah atas kerjasama menjayakan program ini.

Comments

harap lps ini ada lg program seumpama macam ini..selamat maju jaya..:-)
Anonymous said…
Bagus Dam. Good job. Ade progrem mcm nie dan ada sambutan pulok boleh meredakan sikt hati yg gundah gulana. Teruskan perjuangan di Bumi Sibu.

WMH

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?