Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar SMK Rosli Dhoby 2010

Oleh isma daud


Sejak semalam saya terlibat dengan Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar SMK Rosli Dhoby, yang melibatkan pengerusi-pengerusi persatuan, kelab, ketua kelas dan lainnya. Di mana lebih daripada 100 orang kepimpinan pelajar yang terlibat. Mereka akan berkampung di kawasan sekolah selama dua hari. Pelbagai aktiviti yang diterapkan oleh Kem Motivasi kali ini bertujuan melahirkan ketua pemimpin pelajar yang berkelibar di sekolah ini.


Saya hanya terlibat dalam aktiviti kerohanian dan keagamaan sahaja. Sebelah pagi saya telah menyampaikan satu slot dengan tajuk : "Kepimpinan Satu Amanah Dan Nadamah (Penyesalan)". Dalam ceramah ini saya cuba fahamkan mereka tentang konsep kepimpinan dan saya terapkan sedikit perihal kepimpinan dalam Islam, ciri-cirinya, kepimpinan yang baik dan kesan-kesan daripada sebuah kepimpinan seseorang terhadap orang lain dan masyarakat sekitarnya.


Sesungguhnya kepimpinan itu sebuah amanah yang boleh membawa seseorang kepada kemulian di dunia dan akhirat. Jika tidak, hanya kehinaan dan penyesalan yang akan ditimpakan kepada mereka yang gagal melaksanakannya. Setiap orang adalah pemimpin dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya di akhirat nanti.


Sebelah malam saya menyampaikan kuliah maghrib dengan tajuk : "Bersyukur Dalam Menerima Nikmat Dan Musibah". Dalam kuliah ini saya menekan betapa banyaknya nikmat Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang tidak terhitung oleh kita. Selaku hamba kita wajar bersyukur dengan beribadah kepada dengan sesungguh-sungguhnya. Namun di kala kita menerima musibah dan kesusahan hidup kita perlu bersabar. Dalam pada masa yang saya seharusnya kita sedar bahawa sesuatu yang berlaku tidak berlaku begitu saja. Sudah tentu ada hikmahnya yang hanya Allah SWT mengetahuinya. Siapalah kita mahu mempersoalkan pekerjaan Allah. Jadi kita mesti redha terhadap setiap apa yang Allah SWT tentukan ke atas kita.


Apabila kita redha insya Allah datang dalam diri kita rasa syukur pula atas apa yang berlaku. Sebagai tanda kita bersyukur kita kena bermuhasabah diri dan membaiki setiap kesilapan dan kelemahan diri kita. Insya Allah kita akan menemui kebaikan yang banyak pula yang tidak terduga oleh kita sendiri. Allah SWT pun memberitahu kita, jika kita bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat itu dan jika kita ingkar atau kufur, azab Allah sudah menunggu kita di dunia. Akhirat nanti pasti kita menjadi orang-orang yang rugi.


Saya mendoakan agar peserta Kem Kepimpinan kali ini akan beroleh manfaat besar daripada pengisian sepanjang kursus ini dan mampu mengaplikasikannya dalam organisasi masing-masing bagi memupuk dan membina sahsiah seorang pemimpin di masa depan.

Sementara itu penyediaan kelengkapan pelajar dan kebajikan mereka seperti makan-minum disediakan sendiri oleh para guru yang terlibat. Semoga "air tangan guru" ini mampu meresapkan kasih sayang pelajar dan guru. Dan ini merupakan satu tarbiyyah yang cukup beerti buat kenangan masa hadapan.


Saya sendiri bukan main banyak lagi makan, bila makan beramai-ramai begini memang seronok dan membangkitkan selera. Buah-buahan sebagai pemanis mulut pun banyak....


Berikut beberapa aktiviti guru-guru yang membantu menjayakan Kem kali ini. Cikgu-cikgu  sendiri yang bertungkus lumus menyediakan masakan, makanan dan minuman bagi kesempurnaan perjalanan kem kali ini.


  

 

Apapun, terima kasih buat semua yang terlibat dalam Kem Kepimpinan Pelajar kali ini.  


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?