Berpindah Dan Berpindah Lagi....

Oleh isma daud


Cuti sempena tahun baru cina sudah beberapa hari berlalu. Bagi saya dan keluarga tengah sibuk memindahkan barang-barang, pakaian dan alatan rumah ke rumah sewa yang baru. Masalah rumah dengan serangan anai-anai baru-baru ini sangat mengesankan sehingga pendawaian semula elekktrik perlu dibuat . Atas perbincangan dengan tuan rumah mereka mahu membaikinya khususnya bahagian bumbung yang teruk rosak dimakan anai-anai. Walaupun diletakkan ubat anai-anai tetapi kawasan yang sudah kena tu tidak dapat dibaiki bahkan terpaksa ditukar baru. Oleh kerana rumah terpaksa dibuka bumbung maka saya dan keluarga terpaksa berpindah.

Sejak berada di Sibu, Sarawak pada 2000 yang lalu, ini rumah yang ke empat. Bayangkan sepanjang berada di sini, saya sentiasa menyewa rumah kosong. Cuma yang ini ada barang sedikit. Banyak juga barang terpaksa diangkut. Barang-barang yang besar nanti diangkat pakai lori.

Sebenarnya tiada niat lagi mahu berpindah. Bukan senang mengurus hal-hal berpindah ini. Namun takdir Allah SWT saya dan keluarga berpindah lagi.

Sesungguhnya setiap sesuatu itu hanya pinjaman dan sementara saja. Suatu hari nanti kita semua akan berpindah lagi. Berpindah ke alam baqa' yang kekal dan abadi. Tenyata perpindahan ini lagi rumit, letih, dahsyat dan menakutkan. Jika tiada amalan yang cukup maka kita ibarat orang yang tiada modal untuk berdagang.

Seharusnya kita sedar bahawa kita ini ibarat pengembara, apabila sampai ke satu destinasi dia akan melangkah kaki menuju ke destinasi seterusnya. Dan dia berpindah lagi setelah bekalannya mencukupi.....

Tapi bagaimana pula nasib pengembara ini jika dia berpindah tetapi alpa akan bekalannya? Sedangkan dia tiada pilihan melainkan setelah dia sedar dia  sudah terpaksa berpindah kerana masa baginya sudah tiada lagi.... Fikir-Fikirkanlah.

Comments

Anonymous said…
he..he...

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?