Permulaan Baik Kepada Sejarah Surau an-Nadwah Di sebalik Isu Pendaftaran dan Kebenaran Solat Jumaat Di sini

Oleh: isma daud


Surau an-Nadwah yang menjadi isu pertikaian

Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah kepada surau An-Nadwah kerana 4 pihak berusaha meletakkan Surau An-Nadwah atas landasan yang sebenar. Empat pihak yang terbabik ialah JAIS, Sibu dibawah pimpinan Penolong Pengarahnya yang baru; Ustaz Othman Bin Ibrahim, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu khususnya Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM), Sibu, SM Teknik Sibu dan SMK Rosli Dhoby, Sibu. Semuanya mengikhtiarkan usaha memadamkan "hari suram dan perang dingin" kepada "hari yang terang bersinar dan silaturrahim" bagi menjayakan misi pendidikan dan dakwah yang lebih berkesan.

Dokumentasi lengkap permohonan yang disertai oleh surat sokongan daripada PPD, Sibu.

Hari ini telah berlangsung penyerahan borang beserta dokumentasi lengkap berkaitan permohonan pendaftaran surau an-Nadwah dan permohonan kebenaran mengerjakan solat Jumaat di sini.

Penyerahan rasmi daripada wakil PPD, Sibu; En Sharkawi kepada Penolong Pengarah JAIS, Sibu; 
Ustaz Othman Bin Ibrahim bagi tindakan lanjut oleh pihak berwajib.

Jika permohonan ini diluluskan oleh pihak berwajib; akan menyelesaikan isu lama yang sudah menjangkau usia 20 tahun lalu.

Bergambar kenangan; Ustaz Saidal (UPIM), Ustaz Roslan (SM Teknik Sibu), 
En Sharkawi (UPIM) dan Ustaz Othman Ibrahim.

Saya telah merujuk kepada pihak JAIS, Sibu tentang pendaftaran surau ini tetapi tiada satu dokumentasi sah yang menjelaskan bahawa surau ini telah didaftarkan walaupun ia telah tersenarai dalam senarai surau yang mendapat bantuan selama ini. Mengikut maklumat yang saya terima daripada warga pendidik dan warga sekolah baik dari SMK Rosli Dhoby atau SM teknik bahawa surau ini telah didaftarkan dahulu. manakala solat Jumaat telah lama didirikan di sini tanpa sebarang bantahan dari mana-mana pihak sebelum ini. Sehingga isu surat pekeliling dan tauliah timbul tahun lepas. Sejak itu isu surau An-Nadwah tiba-tiba muncul seolah-olah sebuah surau haram. Sehingga muncul persoalan berkaitan  kedudukan solat Jumaat yang berlangsung di surau ini.

 Situasi sebelum Solat Jumaat yang berlaku sekian lama...gambar pada 8 Januari 2010.

Namun pendapat yang mengatakan surau ini telah didaftarkan tidak dapat disokong oleh sebarang fakta bertulis atau sebarang gambar yang membuktikan kesohehannya. Begitu sekali lemahnya pengurusan surau yang ada. Akibatnya; surau ini dikembalikan kepada status belum berdaftar.

Mengenangkan kembali usaha mendaftarkan Surau An-Nadwah dan pengurusan Jumaat yang tertangguh sekian lama kerana tiada sesiapa yang mahu mengusahakannya; semua mengambil sikap mengharapkan ada pihak lain melakukannya mengakibatkan proses itu "tergantung tidak bertali" sekian lama, bagaikan  meninggalkan beban batu besar atas pundak yang mesti dipikul dan digalas oleh orang yang terkemudian. Isu ini telah diwarisi seorang kepada seorang tanpa tindakan sewajarnya.

 Bergambar selepas proses penyerahan dokumen pendaftaran yang berlangsung dengan mesra dan muhibbah. 
Dalam Gambar Ini : Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud; Pengerusi Surau an-Nadwah, Sibu.

Namun, hari ini kesemua pihak yang duduk semeja sejak beberapa hari yang lalu, telah sedia melaksanakan tanggungjawab yang diletakkan atas bahu masing-masing. Hari ini -kesemua pihak yang bertanggungjawab- telah mengotakan janji masing-masing bagi merealisasikan proses pendidikan yang berterusan secara sah di sisi undang-undang negara. Pada masa yang sama meletakkan proses menyampaikan dakwah itu berada dalam neraca yang adil dan saksama agar ia dapat berkembang dengan baik dan sempurna. akhirnya umat Islam juga yang akan beroleh kebaikan dan keuntungannya.

Tinggal lagi ialah sebuah harapan agar usaha hari ini mendapat restu daripada Pejabat Mufti Sarawak dan JAIS/MUIS yang mengendalikan urusan umat Islam di negeri ini.

Besar harapan saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah agar isu ini akan selesai dengan baik. Jika tidak masalah ini akan menjadi barah yang berpanjangan kerana hanya restu pihak berwajib sahaja yang akan menyelesaikannya. Semoga Allah SWT merestuinya dan membuka jalan penyelesaian terbaik buat kita semua. "Ya Allah! Bukakanlah bagi kami dan kaum kami dengan jalan kebenaran, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pembuka". Amiin ya rabbal 'alamiin.

Comments

faisal said…
Tahniah buat warga surau An-Nadwah..selamat maju jaya.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?