Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, January 19, 2010

Hari Pendaftaran Aktiviti Ko-Kurikulum SMK Rosli Dhoby, Sibu.

Oleh isma daud



Sejak awal pagi lagi JK Ko-Kurikulum Sekolah menyediakan Dewan Seri Perkasa untuk memudahkan para pelajar memilih kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan yang mereka minati. Para pelajar mula memenuhi Dewan Seri Perkasa, SMK Rosli Dhoby sebaik saja waktu rehat sekolah berakhir.

Sudah tentu para pelajar sudah memikir dan telah membuat keputusan terlebih awal apakah kelab, persatuan yang akan mereka sertai pada tahun ini. Dan ada juga yang akan meneruskan saja mana-mana persatuan atau unit beruniform yang telah mereka sertai pada tahun lepas. Apapun para pelajar bebas memilih kerana sistem pendidikan kita mengamalkan sistem pendemokrasian dalam pendidikan. Jadi gunakanlah hak yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya.

Orang yang paling sibuk hari ini sudah tentunya PKKK kami; Cikgu Puten Anak Gaung yang dibantu oleh beberapa orang guru lain.


Menurut Cikgu Puten (gambar); '"Tahun ini penglibatan Ko-Kurikulum dipisahkan di antara Pelajar Tingkatan 6 dengan pelajar-pelajar lain. Pendaftaran hari ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima sahaja.

Sebanyak 30 Kelab/Persatuan, 11 Acara Sukan/Permainan dan 10 Unit Berunifom membuka meja pendaftaran sejak awal pagi lagi dan berlanjutan sehingga petang nanti.

Pelajar wajib memilih 3 bidang Ko-Kurikulum sebagai melengkapkan rekod pelaporan dan penilaian KK nanti. Satu dalam Kelab/Persatuan, Satu dalam bidang Sukan dan Satu bidang lagi dalam Unit Beruniform."

Sesungguhnya penglibatan pelajar dalam aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah sangat penting kerana pelajar bukan saya dinilai daripada kecemerlangan akedemik semata-mata bahkan penglibatan diri mereka dalam aktiviti Ko-Kurikulum (KK) juga. Di samping itu; penglibatan mereka dalam bidang KK ini dapat melahirkan insan dan pelajar yang seimbang daripada segi Jasmanai, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Tambahan pula sistem pendidikan kita yang mementingkan kecemerlanagan kedua-dua bidang ini, sudah tentu ianya dapat membantu para pelajar ketika menyambung pelajaran ke mana-mana institusi pendidikan dan menempuh alam pekerjaan suatu hari nanti.

Dengan terlibat dengan pelbagai aktiviti dalam persatuan, sukan dan badan beruniform; pelajar dapat mengasah bakat kepimpinan sejak di bangku sekolah lagi. Diharapkan bakat yang dibina ini mampu melahirkan pemimpin yang berdedikasi dan berdisiplin tinggi, yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara.


Pelajar perlu berdisiplin dalam mengikuti segala aktiviti yang telah dirancangkan seperti aktif hadir dalam perjumpaan dan menyertai acara persatuan kerana setiap penglibatan pelajar akan dinilai diakhir tahun nanti dan pelajar juga yang mendapat faedahnya apabila setiap sumbangan mereka akan mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang diadakan setiap tahun.

Sudah tentu harapan yang diletakkan atas bahu pelajar tidak harus dipersia-siakan. Jika pelajar bersungguh-sungguh bukan sahaja pelajar dapat menimba pengalaman bahkan pada masa yang sama dapat mengharumkan nama baik sekolah dalam sebarang bentuk pertandingan yang disertai.

Semoga semua pihak akan rasa terlibat dalam menjayakan setiap perancangan dan perencanaan aktiviti Ko-Kurikulum sekolah pada tahun ini. Bersamalah semua warga SMK Rosli Dhoby menjayakan motto sekolah "Waras Dan Mulia".











Maju SMK Rosli Dhoby....Maju!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails