Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Thursday, January 28, 2010

Bantah Iklan Arak Di Di RTM WaiFM

Oleh isma daud



Mutakhir ni jarang sekali rasanya saya menulis persoalan dan pemikiran yang sarat dan berat. Ya, kebanyakannya sekadar menyentuh hal-hal yang lebih remeh dan dekat dengan kehidupan sendiri. Ini mungkin terkesan daripada tekanan persekitaran di tempat kerja yang tidak mahu saya tambahkan lagi beratnya dalam pemikiran saya di sini. Semoga blog ini menjadi tempat saya merehatkan minda sambil berkongsi dengan teman-teman isu yang santai saja. Jika ada ruang dan persoalan menarik, insya Allah saya akan terus membincangkannya... Tapi isu iklan arak di RTM Sarawak siaran Iban ni sewajarnya menarik perhatian saya...


Iklan Arak Koyoko Dalam Siaran Iban di Radio Sarawak

Saya menyuarakan sebahagian pendengar radio siaran dalam bahasa iban yang melahirkan rasa malu dan tidak puas hati tentang siaran  iklan dan promosi arak koyoko.
"Ustaz, tolong tulis dalam blog ustaz bahawa kami orang iban malu dengar iklan tersebut. Tidak semua orang iban tu suka mabuk-mabuk dan tidak wajar iklan seperti itu seolah-olah menggambarkan orang iban ini kerja mabuk saja".
Begitu luahan hati seorang yang perihatin dengan isu ini di depan saya pagi semalam. Saya bukan pendengar radio iban jadi saya tidak terperasan sangat iklan seperti ini. Bila ada orang minta saya suarakan saya cuba mencari sumber yang boleh membenarkan luahan hati mereka ini. Sila klik di sini;  Iklan Arak Di RTM WaiFM Ngemalu ke kitai Iban! Melihat kepada posting ini rasanya isu ini sudah lama. Walau apapun saya menyuarakan apa yang disuarakan oleh beberapa orang yang menyatakan kekesalan mereka.


Didakwa Ubat Kuat


Benar sekali ramai yang tidak puas hati dengan pengiklanan arak ini yang sesekali disebut ubat kuat dan mengajak pendengar meniru sebutan koyoko saban hari menggambarkan rendah mentaliti mereka yang terlibat. "Arak Plus Ginsing".Walaupun siaran ini untuk siaran bahasa iban tetapi RTM adalah media kerajaan yang sudah tentu memberi gambaran jelas kepada umum bahawa kerajaan tidak sensitif dalam isu-isu rakyat sehingga iklan seperti ini terlepas siaran pengiklanannya. Mana bahagian penapisannya? Apa yang mahu dibanggakan jika rakyat diajak dengan perkara mabuk dan maksiat seperti ini?

Sudahlah rakyat hari ini kian terhimpit oleh pelbagai penyakit masyarakat dan keruntuhannya, iklan seperti ini seharusnya dikutuk dan dikecam oleh semua pihak kerana kesan buruk yang akan ditanggung oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hanya mereka yang ada pemikiran rosak dan berpenyakit saja yang setuju pengiklanan seperti ini.

Kepada pihak berwajib yang ada kuasa bawalah berfikir sama. Rakyat di bawah ini sudah terlalu sakit dan penat menerima kesan buruk daripada  pelbagai masalah dan tekanan hidup. Mana nak difikir soal barang-barang keperluan yang kian naik harganya. Jangan ditambah lagi dengan iklan yang menggambarkan gaya hidup yang kian menyesakkan. Bimbinglah rakyat awam kepada gaya hidup yang lebih sihat....

Saya Bantah!!! Anda Bagaimana? Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails