Al-Fatihah Buat Bapa Tiriku; Abdullah Bin Seman

Oleh: isma daud



Al-Fatihah.Baru sekejap saya menerima berita sedih dengan pemergian bapa tiri saya; Allahyarham Abdullah Bin Seman buat selama-lamanya ke hadrat Ilahi setelah sakit lumpuh sejak dua setengah tahun yang lalu.

Setelah bapa kandung saya meninggalkan dunia ini sejak 9 tahun yang lalu, kini bapa tiri saya pula dijemput Ilahi kembali ke hadratNya. Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'uun!!!

Atuk kepada anak-anak saya yang umurnya telah melebihi 90 tahun telah lama sakit lumpuh separuh badan dan nampak kian susut tubuhnya semasa saya berada di kampung baru-baru ini. Saya sempat memohon ampun dan maaf daripadanya sebelum sehari berangkat ke Sibu.

Bapa tiri saya bernikah dengan ibu saya pada tahun 1981; dan ibu saya menetap bersamanya di Kpg Lubuk Pandan, Marang sehingga ke hujung hayatnya. Ibu saya telah menghabiskan sebagaian besar perjalanan hidupnya bersama bapa tiri saya sejak berkahwin dengannya. Sejak dari detik itu juga saya tinggal berasingan dari ibu dan bapa tiri saya kerana kekudukan kampung yang jauh dari sekolah dan tiada kemudahan yang memudahkan saya ke sekolah. Sejak itu juga saya tinggal bersama dengan kakak seibu dan abang ipar saya yang baik hati... Sesungguhnya hidup pada masa itu sangat sukar, saya berkorban jiwa demi masa depan. Tanpa pengorbanan seperti itu sudah tentu saya akar tercicir dalam pelajaran.

Sepanjang sakit; ibu saya telah menjaga bapa tiri saya dengan baik sekali. Saya selaku anak sangat kagum dengan pengorbanan ibu menjaga bapa tiri saya yang sudah tua dan uzur itu. Diusia emas itu ibu melakukannya dengan penuh kasih-sayang dan tanggungjawab tanpa mengeluh.

Sepanjang berkahwin dengan ibu, mereka tidak dikurniakan zuriat. Yang ada hanyalah anak-anak dari isterinya yang terdahulu dan anak-anak tiri dari perkahwinan ibu dengan suami-suaminya yang terdahulu.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa bapa tiri saya dan menerima ruhnya dengan baik dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Amiin Ya Rabbal 'alamiin.

Innalllahi Wainnna Ilaihi Raaji'uun. al-Fatihah.

Comments

faisal said…
AL-FATIHAH..semoga rohnya dicucuhi rahmat dan ditempatkan org2 yang beriman..amin..baru rasanya jumpa ayah tiri abg aritu..
isma daud said…
Malam ni terasa benar kerinduan kepada ibu, rasa bersalah pula dalam keadaan ibu yang sedang bersedih kehilangan suami, saya sebagai anak jauh diperantauan.

Siapa agaknya yang menemani ibu yg sudah lanjut usianya itu? Anak-cucu bergilir2 menemai ibu saya.

Ya Allah! Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada ibuku.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?