Posts

Showing posts from January, 2010

Rakyat Perlu Bermuhasabah ; Apa sudahnya Jalan Selangau-Mukah?

Image
Oleh Dr Jeniri Amir Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak dan anak jati Mukah. Sumber : Masdarwahid Tajuk Asal:  Jalan Selangau-Mukah, paling teruk di ASEAN? Lebuhraya Kubang Kerbau - Gambar oleh King Kawi Pada minggu lalu beberapa orang pegawai tinggi dari Putrajaya yang mempunyai gelaran Datuk telah ‘turun padang’ dengan memandu melalui jalan tidak berturap di salah satu kawasan di utara Sarawak. Tujuan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat keadaan prasarana di luar bandar Sarawak, sesuai dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membawa lebih banyak pembangunan ke Sarawak dan Sabah. Pegawai kanan terbabit sepatutnya turut pergi ke jalan Selangau-Mukah untuk merasai sendiri penderitaan yang dialami oleh puluhan ribu rakyat yang menggunakan jalan neraka itu. Atau wajarkah jalan Selangau-Mukah itu dikategorikan sebagai jalan utama? Mungkin lebih sesuai disifatkan sebagai jalan balak. Saya mempunyai pengalaman melalui

Rakan Sebaya Punca Murtad

Image
Pengaruh Rakan Sebaya Penyebab Murtad di Selangor Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN SHAH ALAM : 30 Jan 2010 - Pengaruh rakan sebaya didapati menjadi sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada budaya murtad di Negeri Selangor, demikian dedah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi. Bercakap dalam satu temuramah eksklusif dengan mStar Online, beliau berkata, terdapat sebanyak 109 kes murtad dilaporkan di negeri itu sejak tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun beliau menjelaskan, statistik juga menunjukkan kes murtad yang dilaporkan di Selangor mencatatkan penurunan pada tahun lalu. “Pada tahun 2007 terdapat 27 kes, tahun 2008 42 kes, 2009 ia mencatatkan penurunan dengan 40 kes dilaporkan dan setakat bulan Januari 2010, baru ada 3 kes,” katanya. Menurut Mohamed Khusrin, terdapat unit khas yang diwujudkan di Jabatan Mufti dan mereka yang hendak keluar Islam akan dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling tersebut. "Setakat hari ini sebanyak

Ustaz Oh Ustaz!!! Mana Imanmu?

Tajuk Asal : Ustaz dicekup separuh bogel Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my 2010/01/30 KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya. Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi. Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS). Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya. Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang ke

JaPS Wasilah UPIM, PPD Sibu Dengan Masyarakat Muslim Sibu

Image
Oleh isma daud. Sibu, 29 Jan 2010 - Unit Jawatan Kuasa Pelan Strategik Unit Pendidikan Islam Sibu (JaPs) bergerak pada landasan yang betul. Walaupun berusia dua tahun, unit ini mula mendapat tempat dalam masyarakat dan mereka amat merasai kehadirannya di dalam masyarakat Islam Sibu.  AJK JaPS bergambar kenangan sebelum memulakan mesyuarat semalam Dalam mesyuarat pada petang kelmarin, unit ini telah membuat penamaan baru kepada unit ini agar lebih berkesan dalam gerak kerjanya. JaPS telah dipilih sebagai nama baru bagi jawatan kuasa kerja unit ini. JaPS adalah ringkasan kepada Jawatan Kuasa Pelan Strategik Sibu akan berperanan sebagai wasilah atau penghubung di antara UPIM, PPD Sibu dengan GPI/J-Qaf dan masyarakat Islam apabila unit ini menjadi pembekal utama sumber manusia kepada masyarakat setempat.    Penolong Pegawai Pelajaran PPD, Sibu En.Ahli mempengerusikan mesyuarat JaPS telah merancang pelbagai program yang mendekatkan Para Asatizah di sekolah dengan masyarakat

Bantah Iklan Arak Di Di RTM WaiFM

Oleh isma daud Mutakhir ni jarang sekali rasanya saya menulis persoalan dan pemikiran yang sarat dan berat. Ya, kebanyakannya sekadar menyentuh hal-hal yang lebih remeh dan dekat dengan kehidupan sendiri. Ini mungkin terkesan daripada tekanan persekitaran di tempat kerja yang tidak mahu saya tambahkan lagi beratnya dalam pemikiran saya di sini. Semoga blog ini menjadi tempat saya merehatkan minda sambil berkongsi dengan teman-teman isu yang santai saja. Jika ada ruang dan persoalan menarik, insya Allah saya akan terus membincangkannya... Tapi isu iklan arak di RTM Sarawak siaran Iban ni sewajarnya menarik perhatian saya... Iklan Arak Koyoko Dalam Siaran Iban di Radio Sarawak Saya menyuarakan sebahagian pendengar radio siaran dalam bahasa iban yang melahirkan rasa malu dan tidak puas hati tentang siaran  iklan dan promosi arak koyoko. " Ustaz, tolong tulis dalam blog ustaz bahawa kami orang iban malu dengar iklan tersebut. Tidak semua orang iban tu suka mabuk-mabuk dan ti

Ya Allah, Permudahkanlah!!!

Oleh isma daud Dua tiga hari tidak update blog saya ni. PC buat hal lagi. Dan dalam dua tiga minggu ni juga, berita kematian sentiasa berlegar di sekitar kehidupan saya. Setiap berita itu menjadi tazkirah buat diri saya ini. Mati itu sesuatu yang pasti berlaku kepada setiap makhluk bernyawa. Al-Fatihah. Hari ini saya dapat berita ibu kepada anak-anak didik saya pula meninggal dunia. Harap Namirah, Rauf  tabah menerima dugaan ini. Buat Cikgu Abdul Rahman; salam takziah daripada saya sekeluarga atas pemergian isteri tercinta...Al-Fatihah!!! Cikgu Maimunah pernah mendidik anak sulung saya semasa beliau mengajar di Sedidik dulu. Semoga Allah SWT menempatkan ruhnya bersama orang-orang yang soleh.  Rumah Sewa Dalam dua tiga hari ni juga saya sibuk mencari rumah sewa baru kerana rumah sewa sekarang tuan rumah nak baikinya. Ada kerosakan pada rumah dan memerlukan baik-pulih segera. Setakat ni tidak jumpa lagi rumah yang sesuai. Tengah-tengah bulan ni agar susah mahu cari rumah k

Bukan Sengaja Tapi Lupa

Oleh isma daud Bukan sengaja. Ya, sungguh tidak sengaja tapi banyak lupa!!! Hari ini dari pagi banyak urusan yang saya cuba selesaikan. Ada yang mampu dilaksanakan dan ada yang terpaksa ditangguh lagi... Awal pagi saya sempat ke SM Teknik Sibu menyerah dokumentasi Surau An-Nadwah sebagai amanah dari PPD, Sibu untuk disampaikan kepada tuan Pengetuanya. Saya serahkan kepada Ustaz Roslan sahaja. Balik ke sekolah; jumpa tuan pengetua buat laporan mesyuarat MTQ semalam kerana saya mewakili beliau dalam mesyuarat tersebut. Sempat membincang beberapa perkara mengenai pertemuan dengan JAIS, Sibu. Tuan pengetua mahu maklum kerana pihak PPD, Sibu pernah menelifon beliau sebelum ini tentang perjalanan surau yang sedikit timbul kontroversi baru-baru ni. Dalam pertemuan ini saya telah menyerahkan dokumentasi Pendaftaran Surau An-Nadwah sebagaimana yang diamanahkan kepada saya untuk menyiapkannya beserta surat sokongan PPD, Sibu untuk simpanan dan rujukan sekolah. Habis tugasan sekola

Akhir Zaman ; Perdebatan Mengenai Perempuan Mahu Kahwin Empat

Image
Dipetik dari : http://www.alarabiya.net/articles/2009/12/15/94283.html#000 جدل مثير ودعوى قضائية حول محتواه سعودية تنشر مقالاً بصحيفة مصرية يدعو لـ"تعدد الأزواج" Oleh isma daud : Terjemahan secara kasar mengenai isu wartawan Warga Saudi Arabia bernama Nadin Al-Badir yang mahukan wanita diizin berkahwin empat atau lebih ( poliandri) . Tajuknya artikelnya; " Saya Dan Empat Suami" كاتبة المقال نادين البدير مع بعض ما كتبت   القاهرة- خالد محمود واجهت صحيفة مصرية يومية دعوى قضائية بسبب نشرها مقالاً جريئاً وغير مسبوق لكاتبة وإعلامية سعودية دعت فيه إلى إباحة تعدد الأزواج للمرأة، فيما حذر عالم دين اسلامي في حديث لـ "العربية.نت" من العواقب الوخيمة لما وصفه بهذه الأفكار الشيطانية، في وقت يسعى فيه محامون لوقف تصوير مسلسل تلفزيوني جديد يتبنى نفس الدعوى. Isu ini telah mengundang perdebatan hangat dari Badan Kehakiman berikutan Akhbar Harian Mesir menyiarkan artikel t

Minat Jawi Dan Seni Khat

Image
Oleh isma daud Dalam minggu ini saya cuba menarik perhatian para pelajar tentang kepentingan tulisan jawi dan kesenian khat. Biarpun ramai di kalangan pelajar saya berada dalam tahap sederhana dalam penulisan jawi, namun masih ramai yang tidak tahu membaca atau menulisnya dengan baik. Dalam situasi hari ini tulisan jawi atau khat kurang diminati oleh remaja dan umat Islam sendiri. Ada yang tidak tahu membaca jawi apatah lagi menulisnya. Banyak faktor yang tidak mendorong pelajar tidak minat jawi. Diantaranya peranan kerajaan yang terlalu sedikit dalam usaha memperkasakan tulisan jawi malah terlalu jauh kebelakang berbanding usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa malaysia dan bahasa inggeris sebagaimana yang dapat kita lihat di hadapan mata kita saban hari. Pejuang-pejuang bahasa pun nampaknya tidak bersungguh-sungguh dalam meletakkan tulisan jawi sebagai agenda perjuangan sebagai bahasa perantara dalam surat menyurat dan perhubungan sesama muslim khususnya. Jika adapun perjua

Hari Pendaftaran Aktiviti Ko-Kurikulum SMK Rosli Dhoby, Sibu.

Image
Oleh isma daud Sejak awal pagi lagi JK Ko-Kurikulum Sekolah menyediakan Dewan Seri Perkasa untuk memudahkan para pelajar memilih kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan yang mereka minati. Para pelajar mula memenuhi Dewan Seri Perkasa, SMK Rosli Dhoby sebaik saja waktu rehat sekolah berakhir. Sudah tentu para pelajar sudah memikir dan telah membuat keputusan terlebih awal apakah kelab, persatuan yang akan mereka sertai pada tahun ini. Dan ada juga yang akan meneruskan saja mana-mana persatuan atau unit beruniform yang telah mereka sertai pada tahun lepas. Apapun para pelajar bebas memilih kerana sistem pendidikan kita mengamalkan sistem pendemokrasian dalam pendidikan. Jadi gunakanlah hak yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya. Orang yang paling sibuk hari ini sudah tentunya PKKK kami; Cikgu Puten Anak Gaung yang dibantu oleh beberapa orang guru lain. Menurut Cikgu Puten ( gambar ); '"Tahun ini penglibatan Ko-Kurikulum dipisahkan di antara Pelajar Ti

Isu Sijil Takaful Malaysia Bagi Anak & Isteri Selesai

Image
Oleh isma daud Hari ini (18 Jan; jam 3:40pm) dalam keadaan hujan lebat, saya dan isteri sekali lagi ke meja Takaful Malaysia  Bahagian Sibu untuk mendapat maklum balas pasal sijil takaful anak ke 5 dan isteri saya yang bermasalah itu . Sudah buat potongan gaji sejak lebih setahun yang lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang rekod pembayaran dalam akaun anak dan isteri saya. Setelah empat bulan saya buat aduan iaitu sejak Ogos 2009, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga saya hilang sabar bila buat aduan yang entah kali keberapa pada 13/01 yang lalu. Ketua operasi bahagian Sibu berusaha untuk menyelesaikannya dan berjanji akan cuba mengenal pasti masalah sebenar dalam masa satu hari. Ya, jika hal ini diambil berat pasti tidaklah isu ini tertangguh sekian lama. Hari ini isu ini telah selesai. Rupa-rupanya pihak Takaful Malaysia silap memasukkan no Kad Pengenalan saya sehingga bayaran itu berlonggak dalam beberapa akaun lain. Bayangkan bayaran pertama telah dibuat sejak Oktober

Ramai Lagi Yang "Kembali Mengucap" Dan "Tidak Mahu Mengucap"

Image
Oleh isma daud Kembali Mengucap . Begitulah berita di Harian Metro hari ini. Dan begitulah senario masyarakat yang ada di Sabah dan Sarawak. Anak-anak murid saya juga mengalami situasi yang sama. Ada yang datuknya beragama Budha tetapi neneknya melayu islam hidup sebagai suami-isteri. Si nenek sempat pergi mengerjakan ibadah haji lagi. Sudah bergelar hajah tetapi masih suami isteri dengan sang suami yang bukan Islam. Anak-anaknya pula berpecah kepada dua agama. Ada yang mengikut si ayah beragama budha atau tiada agama dan ada yang beragama Islam. Cuma pengamalannya langsung tiada Islam. Si cucu-cucu pula ada yang Islam dan ada yang tidak. Makan pula tidak dapat membezakan di antara yang halal dan haram. Dalam kelas saya ada yang surat beranaknya dan kad pengenalannya Islam sejak lahir. Tetapi bermati-matian berkata bukan Islam. Mengaku sudah meninggalkan Islam kerana dalam hidup mereka tidak pernah seharipun merasai cara hidup orang Islam. Hujahnya mereka makan semua termasu

Apa Sudah Jadi Kepada Takaful Malaysia Sibu?

Image
Oleh: isma daud " K esal!" Itulah yang mampu saya ucapkan. Bukan sekali saya memanjat anak-anak tangga dan mengetuk pintu masuk Pejabat Takaful Malaysia Cawangan Sibu. Kalau tidak kerana sudah beli pelan takaful bagi anak saya dan isteri saya lebih dari setahun yang lalu, tidaklah saya datang ke sini dengan rajin sekali. Rajin terlajak sehingga dalam tempoh dua minggu ini sudah tiga kali saya datang ke meja takaful Malaysia ini. Sejak bulan September 2009 lagi saya telah membuat komplain dan aduan mengenai sijil pelan takaful bagi isteri dan anak saya. Ada hikmah juga perasaan hati nak bertanya kepada meja takaful perihal sijil yang sudah dibeli sejak setahun yang lalu. Kenapa sampai saat ini belum terima apa-apa respond dan sijil ahli? Apabila mereka membuat semakan, didapati belum ada sebarang  pembayaran dibuat sedangkan potongan gaji sudah dilakukan sejak setahun lalu lamanya. Kemana pergi wang yang saya bayar itu? Dimana sijilnya? Pihak takaful telah meminta

Permulaan Baik Kepada Sejarah Surau an-Nadwah Di sebalik Isu Pendaftaran dan Kebenaran Solat Jumaat Di sini

Image
Oleh: isma daud Surau an-Nadwah yang menjadi isu pertikaian Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah kepada surau An-Nadwah kerana 4 pihak berusaha meletakkan Surau An-Nadwah atas landasan yang sebenar. Empat pihak yang terbabik ialah JAIS, Sibu dibawah pimpinan Penolong Pengarahnya yang baru; Ustaz Othman Bin Ibrahim, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu khususnya Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM), Sibu, SM Teknik Sibu dan SMK Rosli Dhoby, Sibu. Semuanya mengikhtiarkan usaha memadamkan "hari suram dan perang dingin" kepada "hari yang terang bersinar dan silaturrahim" bagi menjayakan misi pendidikan dan dakwah yang lebih berkesan. Dokumentasi lengkap permohonan yang disertai oleh surat sokongan daripada PPD, Sibu. Hari ini telah berlangsung penyerahan borang beserta dokumentasi lengkap berkaitan permohonan pendaftaran surau an-Nadwah dan permohonan kebenaran mengerjakan solat Jumaat di sini. Penyerahan rasmi daripada wakil PPD, Sibu; En Sharkawi kepada

Posting Lewat : Minggu Persekolahan Pertama 2010 Yang Telah Saya Lalui...

Image
Oleh: isma daud Catatan Peristiwa Seminggu Dek kesibukan dengan beberapa isu, saya tidak berkesempatan membuat beberapa posting yang telah saya tulis sebelumnya. Semuanya itu bukan perencanaan saya. Sebagai insan lemah, kita boleh bisa lupa dan leka.  Astaghfirullah!!! Semuanya itu sesungguhnya atas kehendak Allah SWT jua. Dia saja yang tidak alpa dan leka. Maha Suci Allah SWT daripada segala sifat yang lemah itu. 1. Lawatan Mengejut Dalam saya menguruskan bilik agama dan membersihkan surau An-Nadwah, tetiba muncul sekujur tubuh, boss JAIS,Sibu yang baru kembali ke Sibu... datang sendiri ke surau kami dengan hasrat untuk menyelesaikan permasalahan yang sekian lama menjadi isu... sahkah solat jumaat di sini... Atas persetujuan kami dan kehendak Ustaz Osman Ibrahim sendiri selaku pemacu JAIS, Sibu, dia mahu proses solat Jumaat di sini dapat diselesaikan segera. Hasilnya satu pertemuan di PPD, Sibu pada hari yang sama jam 3:00pm bagi membincangkan khusus persoalan ini.