Posts

Showing posts from 2010

Saiz Isi Rumah Paling Tinggi, Paling Subur

Image
Oleh isma daud Kenyataan Akhbar : " Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus. "- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Kelantan, Terengganu Dan Sabah; 3 negeri miskin di Malaysia tapi paling subur warganya. Dulu pernah saya siarkan kajian JAKIM bahawa Kelantan negeri paling banyak mengamalkan hidup berpologami dan kini ia di antara 3 negeri yang subur dengan pertumbuhan penduduknya. gambar : sekadar hiasan Selain isu penerimaan kepada poligami, saya berpendapat bahawa mungkin beberapa faktor ini  menjadi sebab utama kepada pertambahan penduduk di negeri-negeri tersebut; 1.  Kahwin Awal Usia ; ramai yang kahwin awal  seawal umur 19 tahun. Berbanding di negeri-negeri tertentu ramai yang mengejar kerjaya, di sini mereka lebih kepada mengukuhkan institusi keluarga. Bapa suka anak gadis mereka berkahwin a

3 Negeri Paling Subur

Image
Sumber : Harian Metro  Baca Bersama - Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang Baca Bersama - Nisbah lelaki 105:100 melebihi wanita PUTRAJAYA: 23 Dis 2010 - Masyarakat Kelantan, Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPP) 2010 lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BPP 2010 menunjukkan trend purata isi rumah makin mengecil iaitu 4.31 peratus berbanding 4.62 peratus pada BPP 2000. Bagaimanapun, katanya, Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus. “Peningkatan kadar saiz isi rumah itu menunjukkan tahap kesuburan masyarakat di negeri berkenaan meningkat. “Trend kesuburan global antara 2000 dan 2010 menunjukkan pengurangan iaitu masi

Insya Allah !!! Bismillah !!! Alhamdulillah!!! Penghayatan Cacamarba Orang Melayu

Image
Oleh isma daud Orang Melayu terkenal dengan keislaman mereka sebab lahir saja sudah jadi Islam. Dalam kehidupan  seharian sedari kecil diajar begini dan begini oleh ibubapa dan guru mereka; bila nak buat sesuatu baca "Basmalah" , tidak lupa baca "isti'azah", jika akan buat sesuatu kata "Insya Allah" dan bila dah buat atau dah dapat sesuatu kata "Alhamdulillah". Begitulah hebatnya orang melayu. Dalam semua hal jangan tinggal itu. Sebab itu malam tadi suatu anugerah - apa entah - dekat TV3, berkaitan dengan drama, filem gitulah, penuh dengan ucapan-ucapan tersebut , masih ingat Tuhan , itulah artis kita. Semuanya itu adalah hasil didikan guru dan ibubapa mereka di rumah sejak kecil. Yang mereka lupa nak didik diri ialah bagaimana nak tutup aurat yang wajib dan diperintahkan oleh Allah SWT, nak jaga batas pergaulan di antara ajnabi, solat fardhu ditunai atau tidak... dan sebagainya. Yang ramai orang Islam lupakan ialah  yang haram itu  te

Dr Juanda Jawab Isu Pluralisme Agama

Image
isma daud : komenter ini telah saya tulis seawal pagi tadi, dek kerana talian internet yang lembab, asyik loading saja, saya simpan dalam draf sahaja. Alhamdulillah malam ni laluan internet elok sahaja. Saya nak sebut sikit saja. UMNO/BN sudah habis modal nak burukkan pembangkang termasuk serangan-serangan terhadap peribadi tanpa adab susila lagi. Nampak di sini UBN tersepit sangat dalam memenangi hati rakyat menjelang PRU ke 13 nanti. Sekali lagi isu-isu agama digembar-gemburkan sehingga menggunakan puak-puak bertitle "ulama umno" ini bagi membuktikan mereka adalah juara pembela agama pula biarpun ramai tahu sikap talam dua muka mereka terhadap agama. Mereka sudah muak dengan "Amanat Hadi" biarpun puak ini akan terus hidupkan isu ini bila2 masa menguntungkan mereka. Kini amanat itu tidak menjadi kudis dan gatal lagi kerana bila dimainkan akhirnya orang faham UMNO ini pejuang sekularisme sepanjang masa.... Juara Agama? Itu ubat baru untuk menarik jiwa orang mela

Wanita Sarawak Pasca Merdeka - KM Sarawak Pilih Wanita Lubnan

Image
isma daud :  "Selamat Pengantin Baru Buat KM Sarawak, TAHNIAH!!!" KUCHING: 19 Dis 2010 - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi. Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan. Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas. Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Nasib Guru

Image
Oleh isma daud Berita mengenai guru ni bolehlah saya petik dari TV3, kalau pasal politik tu dengar boleh... percaya tu tengok2 jugaklah... Berita TV3 16/12/2010; Seramai 100 guru di Selangor terlibat dalam penyusunan semula tidak mahu berpindah ke daerah lain. Alasannya, tiada elaun mahupun pampasan, selain kawasan yang dihantar sehingga 100 kilometer dari jarak sekolah asal. Malah menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, NUTP, Lok Yim Pheng, guru merintih notis yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor tidak sampai 24 jam. Selain itu, pergerakan guru-guru ke daerah lain turut melibatkan kos perbelanjaan dan pengangkutan yang tinggi. Justeru, Kementerian disaran mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh semua 100 guru yang diarah pindah daerah. Begitulah nasib "seorang" guru, bukan sekadar lilin, kekadang dibuat macam bola, dilambung ke sana-sini dan di sepak sesuka hati. Suara hat

Sketsa ; Gagal SPM (ubahsuai dari Filem Hang Tuah)

Oleh isma daud Tertarik juga saya dengan usaha yang cukup kreatif ni.... " Hang Tuah Gagal SPM ". Pengisian santai... senario yang banyak berlaku kepada anak-anak didik kita. Semoga semua warga SMK Rosli Dhoby yang sedang mengambil SPM ataupun STPM  2010 beroleh kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi sekarang. Sketsa ini sekadar hiburan dan teladan. He..he...

Cinta terlarang kerana Allah s.w.t...???

Image
Cinta terlarang kerana Allah s.w.t...??? (sebuah cerpen) oleh Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak pada pada 02hb Disember 2010 pukul 11.18 ptg Cerpen yang mengisahkan pasangan ber"couple" Menggunakan nama islam untuk mencapai matlamat peribadi dan akhirnya tersedar akan kesilapan mereka...baca dan hayatilah carpen ini  ******************** “Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-” Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang ta

Ketelitian Memilih Binatang Korban Atau Aqiqah

Image
Oleh isma daud Melihatkan binatang yang disediakan oleh pihak tertentu bagi ibadah korban atau aqikah, timbul di hati saya sejauh mana telitinya pihak yang membeli dan menyediakan binatang untuk tujuan itu. Sejauh mana mereka teliti dalam pemilihan binatang yang menepati hukum syarak seperti yang telah ditetapkan atau sekadar bertanya kepada tuan lembu berapa umur binatang saja? Kalau dibilangnya dua tahun lebih bagi lembu contohnya maka terus dipercayai apatah lagi ramai pengeusaha lembu itu tidak beragama Islam. Saya yakin mereka ini adalah orang yang tahu mengenai syarat-syarat binatang sembelihan korban atau aqiqah, cuma telitikah mereka dalam hal itu? Saya sebagai orang yang hidup memelihara lembu dari zaman kanak-kanak, berkejaran dengan lembu ada pengalaman sedikit mengenai lembu yang sampai umur dua tahun dan bersalin gigi. Lembu atau kerbau di syaratkan berusia 2 tahun lebih atau bersalin gigi, dalam istilah orang kampung saya (Terengganu); " tiga kali haji"

Ditanya orang akan Rupa Ulama A-Suu'? Boleh jadi inilah Contohnya....

Oleh isma daud catatan: menurutnya dia kasyaf dapat melihat tangan nik Aziz dalam rupa tangan syaitan... Komentar Ustaz Rosli Dhoby; kalau Ditanya orang akan Rupa Ulama A-Suu'? Saya jawab; Boleh jadi inilah Contohnya....

Kukuhnya Pegangan Terhadap Perkara Tahyul Dan Khurafat

Image
Oleh isma daud http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/upacara-apa-yang-ds-zambry-sedang-buat.html Bila kita semak buku PAFA budak-budak sekolah tertulis perkara yang membatalkan iman seseorang itu ialah melakukan perkara tahyul dan khurafat. Tidak payah rujuk kitab-kitab besar. Sudah terpahat di situ. Sayang sungguh puak-puak sekular yang berselindung di balik Islam ini tanpa rasa segan silu melakukan hal-hal bidaah besar yang boleh menjatuhkan seseorang dalam perkara syirik. Para ilmuan Islam berbuih-buih mulut mengajar, mendidik masyarakat betapa sesatnya mereka yang terus-menerus melakukan kerja-kerja tahyul dan khurafat ini. Bagaimana orang ramai nak faham Islam jika pemimpin yang mereka lantik, yang nampak berjurus (walau rampas MB dari tangan orang lain secara undang-undang) terus melakukan kerja-kerja yang nyata bertentangan sama sekali dengan ajaran dan kepercayaan Islam ini. Berdoa Kepada Allah Inilah penyakit pemimpim UMNO dan komponannya yang selalu m

Guru Sudah Jadi Kerani

Oleh isma daud Harian Metro Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid 2010/09/26 BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna. PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki. Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas. Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan. Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawa

Rumah Terbuka Guru-Guru Dan Kakitangan SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Rumah Terbuka yang begitu santai untuk meraikan sesama sendiri warga SMK Rosli Dhoby sempena bulan syawal yang mulia dan berkat ini. Apa pun , diucapkan terima kasih kepada semua yang menyediakan makanan dan minuman pada hari ini. Guru-guru yang ada kelapangan daripada mengajar sempat menikmati juadah yang disediakan. Sebagai kenangan saya paparkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan di sini; Dalam gambar;  Cikgu Mat Tani, Cikgu Leo, Cikgu Jeffri,Cikgu Martin,  Cikgu Ibrahim, Cikgu Rachmat dan Cikgu Unggut antara juadah yang ringkas tapi sedap Cikgu Puten (PKKK) dan rakan-rakan  PK HeM turut bersama guru-guru dan staf memilih juadah Tuan Pengetua sempat bergambar diapit oleh Cikgu Kuar dan Cikgu Law Tua Beng Cikgu Mohammad Jaya , Cikgu Nyandang Anak Seli dan Cikgu Law (Kaunselor Sekolah) Ustaz turut sama memilih hidangan yang tersedia Cikgu Mat Tani, Cikgu Leonardo, Cikgu Jeffri dan Cikgu Martin

Petanda-petanda Pilihanraya Sarawak Kian Hampir

Image
Oleh isma daud Saya mengambil beberapa gambar yang di"tag"kan ke facebook saya oleh Saudara Bob (Ibnu Haris) tentang gambar-gambar yang menunjukkan banner dan sepanduk berupa pintu gerbang di beberapa batang jalan, di perkarangan masjid dan surau di Sibu seolah-olah musim pilihanraya sudah tiba. Tindakan ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Piliharaya Negeri Sarawak sudah terlalu hampir. Gambar Ehsan Saudara Bob Dalam pada itu beberapa kain berbentuk sepanduk dan banner yang dipasang oleh pihak Pakatan Rakyat untuk mengalu-alukan Ramadhan telah diturunkan. Ini kerana tidak mendapat permit dan luar daripada masa pilihanraya sebagai alasannya. Gambar Ehsan Saudara Bob Gambar Ehsan Saudara Bob Ini lebih meyakinkan banyak pihak bahawa BN benar-benar bimbang dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Tindakan orang lain tidak boleh dan hanya BN saja boleh buat apa saja termasuk memasang sepanduk dan banner ini sebagai tindakkan terdesak dan perasaan cemas yang

Sudut Pandangku : Mengulas Isu Doa Dalam Khutbah Jumaat Kepada Orang Kafir

Image
Oleh isma daud Zakaria Ahmad Isu doa dalam khutbah jumaat menjadi sesuatu yang penuh kontroversi mutakhir ini. Nama Ustaz Zakaria Ahmad (gambar kiri) mula menjadi popular. Ustaz dengan tidak semena-mena telah membuka mata  banyak pihak dalam isu doa ini. Isu agama ini telah menjadi isu politik. Dan rakyat boleh menilai hal ini  dengan jelas. Saya berpendapat isu ini mampu membuka mata banyak pihak bahawa isu doa ini menampakkan lagi UMNO lebih bersifat perkauman dan gigih mempertahankan perlembagaan berbanding ketetapan hukum dalam Islam itu sendiri. UMNO lebih melihat boleh atau tidak boleh " menggantikan " nama Yang di-Dipertuan Agong, kepada nama Ketua Menteri  Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua daripada melihat dalam konteks dakwah dan keilmuan seseorang khatib. Baca apa yang dilontarkan oleh Dr Asri dalam isu ini. "Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera ".  Baca di sini . Saya suka menyorot kembali apa yang dilaporkan ol