Posts

Showing posts from December, 2009

Berhijrah Di 1431H atau Berhijrah pada 2010M?

Image
Oleh isma daud Tidak sampai beberapa jam lagi tirai 2009M akan melabuhkan diri dan tangga-tangga detik masa membawa kita ke tahun baru 2010.M Ramai orang menantikan tahun baru dengan azam dan semangat baru dan tidak kurang pula sekadar mengingat kembali azam lama yang mahu diperhangatkan kembali. Kepada sesetengah orang kehadiran tahun baru masehi lebih teruja dan terasa di jiwa berbanding dengan kedatangan tahun baru hijrah. Tidak perlu hebahan dan kempen, orang secara sedar akan kehadirannya. Namun sebahagian orang bagai lupa akan detik tahun baru hijrah. Saya ada bertanya kepada beberapa orang  muda belia yang saya temui, ternyata mereka teraba-raba dalam menentukan bulan hijrah. Tanpa sedarpun mereka sudah melewati garis kedatangan tahun baru 1431H. Biar apapun; kesedaran untuk menanam azam dan niat untuk berhijrah mesti ada. Jika kita berhijrah dengan menjadikan Iman dan Islam sebagai sandarannya, Allah dan rasul menjadi matlamatnya; sudah tentu hijrah kita akan diterima ole

Bermuhasabah dengan Serangan Anai-anai

Image
Oleh isma daud Anai-anai atau dalam istilah sainsnya dikenali sebagai "termite" adalah serangga sosial yang cukup menarik untuk diperhatikan dari segi kesatuan dan perpaduan masyarakatnya. Namun tidak kurang juga anai-anai menjadi mekhluk perosak yang boleh mengundang bahaya kepada kehidupan manusia. Buku, kayu dan kertas adalah menjadi kegemaran serangga anai-anai ini. Sudah banyak buku, dokumen penting saya rosak kerananya. Sijil kelahiran saya yang asal tiada lagi kerana dikerik oleh anai-anai terpaksa saya membuat cabutan semula di Pejabat Pendaftaran Negara, Negeri Terengganu pada beberapa tahun yang lalu. Rumah juga menjadi sasarannya sehingga rumah peninggalan orang tua saya rebah kerana kayu-kayunya reput dimakan anai-anai. Anjung Surau dan barisan Al-Quran yang disimpan untuk kegunaan pelajar dimakan anai-anai sewaktu cuti sekolah. Dan terkini; saya sekeluarga terpaksa bergelap kerana ketiadaan elektrik disebabkan paip saluran wayer yang tersimpan dalam s

Kembali ke Sibu Bersama Harapan Baru.

Oleh isma daud Setelah sebulan lebih berada di kampung halaman, bersama keluarga dan warga desa yang ramah dan mesra di Bumi Terengganu Darul Iman, kini saya dan anak-isteri kembali memijak bumi Sibu Sarawak. Ini bermakna tugasan saya untuk tahun 2010 akan bermula. Saya berdoa agar tahun 2010 memberi lebih sirna setelah mengharungi tahun 2009 dengan penuh cabaran dan dugaan, penuh suka dan duga. Bagi saya tahun 2009 adalah tahun yang merubah lanskap dan method dakwah yang boleh saya sampaikan di bumi sibu ini. Biarpun banyak halangan dan cabaran, sedikitpun tidak mematahkan semangat dan melemahkan keimanan saya. Bahkan kini saya mula merasa lebih kuat untuk menghadapi tahun 2010 yang akan tiba beberapa hari lagi. Sementara itu tahun 1431H baru muncul mentarinya dan saya berdoa kepada Allah SWT agar kehadirannya bersama semangat hijrah akan merubah daya fikir kita untuk berjuang dan lebih menghayati ajaran Islam dengan sebenar-benarnya. Insya Allah segala pengalaman berada di de