Posts

Showing posts from November, 2009

Catatan sebelum Berangkat, Ada nasihat Kepada yang Tinggal

Oleh isma daud Hari ini saya dan keluarga akan kembali ke kampung halaman yang jarang-jarang saya menjenguknya. Tidak seperti orang lain, yang balik kampung macam pergi pasar saja pergi pagi balik petang menggambarkan kerapnya balik kampung. Sementara saya balik kampung menjadi nikmat besar kerana balik hanya dipenghujung tahun sekali sekala. Jika sewaktu balik itu ada raya, rayalah. Ada kenduri, kendurilah saya, ada kematian berziarahlah saya. Untuk balik bagi semata-mata raya, kenduri-kendara atau kematian setakat ni belum lagi. Saya balik sekeluarga hanya dipenghujung tahun kerana inilah cuti yang agak panjang daripada biasa. Kembalinya saya ke kampung halaman saya kali ini dengan harapan dapat menukar suhu dan cuaca Sibu yang mungkin lebih aman dan damai tanpa saya. Setelah label pemecahbelah dan pembawa elemen tidak sihat dicop atas diri saya sejak pertengahan tahun ini oleh pihak yang tetiba pandai membuat cop dan mengecop orang, saya mengharapkan bahawa cop itu tertanggal a

Majlis Penghargaan Dan Perpisahan PS GPI Sibu.

Image
Oleh isma daud "Think Tank" Pelan Strategik Guru Pendidikan Islam telah dibentuk untuk memancu pergerakan GPI@J-Qaf di Sibu dengan harapan mereka mampu memberi khidmat terbaik kepada ahli masyarakat Islam di sini. Kumpulan yang terdiri daripada barisan GPI ini akan kehilangan beberapa tenaga penting bermula tahun depan bila ada daripada mereka ini akan berpindah antara bahagian atau negeri . Sesungguhnya sumbangan mereka di belakang tabir ini banyak menggerak aktiviti GPI@J-Qaf lain untuk sama-sama meninggikan syiar Islam di sini. Biarpun bergerak di balik tabir; merekalah sebenarnya perancang utama kepada sebarang aktiviti GPI@J-Qaf di sini. Antara program besar tahun ini ialah Ijtimak GPI@J-Qaf Bahagian Sibu, Program Tazkirah Bulanan di Masjid dan Surau sekitar Bandar Sibu, Iftar Jama'ie, Ramah-tamah Aidil-Fitri Dan Persembahan Kebudayaan Islam, Usrah Muslimah Untuk Saudara Kita, Ihya Masjid Ramadhan dan terakhir Kem Literasi Al-Quran. Sebenarnya banyak lagi pro

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Oleh isma daud Emel (1) From : Puan/ Cik Serba Salah (Bukan Nama Sebenar) Assalamualikum ustaz dan salam sejahtera. Saya ternampak email ustaz dilaman web berharap email yang dihantar tidak menggangu ustaz. Saya ada kemusykilan yang hendak ditanya kepada ustaz dan berharap ustaz dapat memberikan sedikit petunjuk ataupun hukum penjelasan dalam keadaan saya ini..Saya bekerja disebuah hotel sebagai pengemas bilik,apa yang ingin saya ajukan adalah hotel ditempat kerja saya bersebelahan dengan sebuah restoran cina,dan kebanyakan pelangan membungkus makanan dari kedai tersebut dan makan didalam bilik.Saya nak tanya ustaz apa hukum dalam keadaan saya kerana sy sering terjumpa daging babi/cebisan tak kira diatas meja ataupun di permaidani,ini juga disahkan rakan sekerja berbangsa cina.Keadaan ini amat membimbangkan saya, 1.Bagaimana ustaz kalau terkena waktu kerja contohnya terkena tangan ataupun baju pastu tangan yang terkena memegang seluar atau hpon atau barang2 lain dan juga

3 Dalam 1; Kem Literasi Dan Pemantapan Tilawah -Hafazan Al-Quran 2009

Image
Oleh isma daud SK Sentosa, Sibu - 13/14 Nov 2009 - Atas inisiatif Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM), Sibu yang diketuai oleh Encik syarkawi dan Ustaz Saidal Bin Mat dengan bantuan GPI&J-Qaf telah mengembelingkan ilmu, masa dan tenaga membimbing anak-anak Muslim Sibu dalam Kem Literasi dan Pemantapan Tilawah -Hafazan Al-Quran. Kem Literasi Al-Quran telah bermula sejak semalam. Manakala Kem Pemantapan Tilawah dan Hafazan bermula hari ini. Penyertaan terdiri daripada para pelajar Muslim yang terpilih dari seluruh Bahagian Sibu. Mereka didedahkan dengan kemahiran Iqra' mengikut tahap masing-masing. Diharapkan sebahagian mereka dapat menguasai huruf-huruf al-quran yang membantu mereka nanti membaca al-Quran dengan baik. Sementara itu Kem Tilawah dibimbing oleh dua Qori terkenal di Bahagian Sibu ini iaitu Ustaz Hasbullah Bin Sabli Dan Ustaz Nasir Bin Musil dalam bidang Tarannum dan skil kemahiran al-quran yang lain. Peserta-peserta yang terlibat ialah pelajar yang telah m

Respond Kepada Emel saudara Johan, Sama Isu Dr MAZA

Oleh isma daud Wa 'alaikumus salam saudara Johan, Terima kasih kerana ada menjenguk ke blog saya yang tidak seberapa. Sekadar luahan rasa dan catatan peribadi saja. Terlebih dahulu saya merasa kerdil di hadapan Allah swt atas usaha saya yang sedikit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, apa yang mampu saya lakukan melainkan mendampingi khalayak yang sedikit dan sebilangan saja. Kuliah di surau dan masjid tiada lagi. Tumpuan saya sekarang ialah kepada surau di tempat saya bertugas. Itupun tidak di senangi oleh pihak tertentu. Tidak mengapalah. Asalkan kita tahu apa yang kita lakukan dan tujuan kita adalah untuk mendapat Mardhatillah SWT. Tidak mendapat tempat dan perhatian manusia pun tidak mengapalah. Suka saya maklumkan bahawa saya tiada kena-mengena dengan aktiviti Wahabi dan sealiran dengannya. Walaupun saya pernah kenal Ustaz Asri (Dr MAZA), pernah berada dalam Lujnah Thaqafah sewaktu belajar peringkat Ijazah Pertama di Jordan; kami tidak sealiran dari segi pemikiran dan

Majlis Kesyukuran Surau An-Nadwah, Sibu

Image
Oleh isma daud Gambar-gambar (Kiri) : Proses pemasangan mimbar surau an-Nadwah, Sibu. Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby, Sibu - 12 Nov 2009 : Sejak beberapa hari yang lalu, warga Muslim SMK Rosli Dhoby merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran sebagai tanda syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya segala perencanaan kami sejak awal tahun ini nampaknya berhasil. Kini kami berada di hari-hari terakhir persekolahan dan sebahagian daripada kami akan mula bercuti dan sebahagiannya akan bertungkus-lumus dalam peperiksaan masing-masing baik SPM ataupun STPM yang akan tiba tidak beberapa hari lagi. Sementara itu di sebelah paginya kerja memasang mimbar surau dilakukan. Beberapa orang warga sekolah telah mengusahakannya agar solat Jumaat esok akan berlangsung dengan sempurna. Dengan adanya mimbar ini akan memberi ruang kepada suara mimbar untuk sampai kepada ahli jamaah menjadi lebih berkesan. Pemandangan khatib pun lebih luas dan lapang kepada ahli jamaah di bawah. Ini a

Projek Ke 2 ~ Antara Kerja Seni Dan Keluhuran Budi

Image
Oleh isma daud Walaupun surau An-Nadwah boleh dikatakan hampir siap dan sehingga kini bahagian anjungnya telah boleh digunakan, namun kerja-kerja penambahbaikan surau masih banyak yang boleh dilakukan khususnya tempat wudhuk perempuan belum sempurna. Anggaran kos tempat wudhuk dan tandas ini mungkin sekitar RM18,000. Kepada ahli masyarakat yang mahu menyumbang, boleh terus menyumbang ke akaun BADAI (Badan Agama Islam) bagi tujuan waqaf dan infaq Fi Sabilillah. Sesiapa yang bermurah hati boleh emelkan saya untuk mendapatkan no akaun dan sebarang penjelasan atau pertanyaan. Dikesempatan ini, saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap mereka yang berhati mulia dan berjiwa besar dalam menjayakan projek pertama kami pada tahun ini.  Sesungguhnya kami tidak mensia-siakan setiap sen sumbangan kalian semua. Semoga Allah SWT terus memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua dan menjadikan setiap usaha kita sebagai bekalan amal soleh di akhirat

Carilah Redha Tuhan

Oleh isma daud Mencari RedhaNya Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa Carilah redha Tuhan, kita akan tenang Janganlah cari redha manusia, kita akan kecewa Suka manusia kepada kita, sukanya terkadang pura-pura Suatu hari nanti akan nyata juga Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang Janganlah berbuat sesuatu karena keredhaan manusia Karena manusia ramai yang tidak mengenang jasa Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan Yang penting yang kita buat itu Tuhan suka Yang penting usaha kita itu Tuhan redha Dengan manusia tak usah ambil kira Manusia hendak puji atau manusia hendak mencaci Itu soal dia Yang penting ikut apa kata Tuhan Keredhaan Tuhan itu penting Redha-Nya adalah balasan Balasan-Nya adalah berkekalan carilah keredhaan Tuhan, hati tenang - Ashaari - Dua tiga hari ini saya asyik memutarkan lagu ini. Ada sentuhan ke jiwa saya. Sesungguhn

Di Kala Subuh

Oleh isma daud Ketika terbangkit dari tidur, rupanya sudah hari lain. Malam sudahpun dinihari. Entah bila mata terlelap semalam pun tidak pasti. Namun di kala ini, perut pula berbunyi dek terasa lapar. Kena makan sedikit biarpun sudah dinihari. Mata pula terasa segar. Catatan berhenti di sini. Beri peluang kepada keperluan jasmani mengecap nikmatnya. Ya. Alhamdulillah di kala waktu begini pun masih ada rezeki untuk dinikmati. Perut dah kenyang dan mata segar bugar.Tambahan pula lepas makan ni, minum nescafe, bertambahlah keras mata. Insya Allah nak solat Tahajjud sedikit sebelum lena semua. Bukan senang untuk bangun dari lena tatkala badan sudah terbaring enak di atas tilam yang empuk. Peluang yang Allah SWT kurniakan , usah dipersiakan. Sekadar selingan di kala ini; eloklah kita dengar sedikit nasihat dalam lirik-lirik lagu nasyid yang syahdu ini. Semuanya membicarakan persoalan di kala subuh. Semoga bermanfaat. 1. Baiduri ; Insan Di Kala subuh. 2. Hijjaz ; Di Kala Subuh

Kuliah Di Surau an-Nadwah ~ Keutamaan Ilmu , Orang Yang Belajar Dan Mengajar

Oleh isma daud Petikan Kuliah Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud bertarikh 1 Nov 2009 Dari Kitab - Durratun Nasihiin . Hadis daripada Abu Dzar dari nabi saw, berkata; "Hai Abu Dzar, sungguh engkau pergi lalu untuk belajar satu bab dari Kitabullah Ta'ala (Al-Quran), itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seratus rakaat, dan sungguh engkau pergi mengajarkan satu bab dari ilmu, diamalkan atau tidak, itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seribu rakaat" - Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi. Huraian; Pada minggu lepas, saya telah menyebut satu hadis yang menerangkan kelebihan menuntut ilmu . Di antaranya ialah orang yang menuntut ilmu itu, Allah membimbingnya jalan ke syurga. sehingga Allah memuliakannya dengan menugaskan malaikat supaya mendoakannya termasuklah ikan dalam laut dan semut dalam lubang juga turut memohon ampun kepadanya. Kenapa? Ini kerana lebihnya orang belajar dan orang alim. Thabit dalam hadis bahawa Para Ulama itu Pewaris Para Nabi. Pada

Majlis Penyampaian Sijil Tadika Didik Ria 2009

Image
Oleh isma daud Sibu, 7 Nov 2009 - Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Didik Ria ( TDR ) telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Auditorium RTM Sibu dengan penuh meriah. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh Ustaz Dahlan Bin Daud ; Penolong Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak, Unit Sibu.   Bergambar Beramai-ramai Untuk Kenangan Dalam Gambar (Barisan belakang): Puan Nasyitah (GB), EN Hasbi, En Kameri, Ust Dahlan dan Guru-guru TDR  Dalam majlis ini anak-anak yang telah tamat pembelajaran mereka diraikan. Kesemua mereka  ini sudah mampu menguasai 3M dengan baik dan telah berjaya masuk ke SRB Agama Sibu setelah lulus cemerlang dalam peperiksaan kemasukan tahun satu yang diadakan baru-baru ini. Beberapa pelajar cemerlang telah membuat persembahan masing-masing. Adik Alyaa Izzati Bt Mohamad dianugerah sebagai penerima Hadiah Pelajar Cemerlang 2009. "Tadika Didik Ria (TDR) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan kini telah muncul beberapa tadika swasta yang lain menc

Surau An-Nadwah Surau Haram??? JAIS minta penjelasan

Image
Oleh isma daud Beberapa hari saya tidak mampu menulis di blog ini. komputer asyik alami gangguan. Kenalah hantar kedai komputer untuk dipulihkan. Alhamdulillah hari ini ia dah sihat. Bila ia sihat, saya boleh menulis semula. Bukan tidak ada peluang menulis di bilik ICT sekolah. Tapi itu bukan tempat yang sesuai kepada saya  menulis sewaktu berada di sekolah. Menghadap komputer saya sendiri bagaikan memanggil pelbagai ilham untuk saya curahkan di sini. Entah angin apa yang bertiup tetiba JAIS, Sibu sehingga anginnya itu memecah kedamaian dan ketenangan aktiviti surau yang dinamakan Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby, Sibu ? Apa lagi yang belum habis dengan JAIS ni?. Malas saya nak menyebut isu JAIS ni. Tapi dua hari ni ia mengganggu emosi saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah, Sibu . Pengerusi kepada surau yang tidak gah pada struktur binaannya. Sebuah surau yang kerdil yang dibina dengan dana dan sumbangan orang ramai. Sebuah surau di sekolah kerajaan tetapi tiada sesiapa yang