Jangan Alpa ; Nikmat Hilang Jika Tidak Bersyukur

Oleh isma daud


Hari ini masih ada lagi jemputan Rumah Terbuka walaupun sudah berada di penghujung Syawal. Esok pun masih ada. Murah sungguh rezeki berada di bumi Malaysia tercinta ini. Belum habis satu rumah terbuka Aidilfitri, datang pula rumah terbuka perayaan lain. Rumah terbuka ini benar2 menduga iman untuk menghabiskan puasa 6.

Walaubagaimanapun; kita sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan kita keamanan, kemakmuran dan kemerdekaan sehingga kita mampu melakukan apa yang mampu kita lakukan. Harapannya kita sentiasa tahu menghargai nikmat yang kita ada.

Namun media masa sentiasa pula memaparkan pelbagai kelupaan manusia dalam mengisi kesenangan dan kememahan hidup di bumi ini. Cerita jenayah sentiasa mendapat tempat utama dalam media masa elektronik dan media cetak. Bahkan laporan statistik jenayah sentiasa meningkat dan merungsingkan jiwa. Peningkatan jenayah biasanya hadir bersama dengan kemajuan dan bertambahnya bilangan penduduk di sesuatu kawasan. Pihak berkuasa seperti PDRM contohnya, perlu sentiasa mengambil langkah patut dan pro-aktif dengan menambah ahli atau anggotanya sebagaimana pesatnya pertambahan penduduk dan jenayah yang berlaku di sesuatu bandar dan kawasan.

Bila bertambahnya penduduk di sesuatu kawasan; pengawasan perlu lebih giat di adakan. Dalam situasi masyarakat yang kian rapuh rasa kejiranan memungkinkan jenayah lebih mudah berlaku di sesuatu kawasan. Baru-baru ini beberapa rumah di sekitar kediaman saya rumah mereka diceroboh oleh pencuri. Kegiatan pukau juga berlaku sehingga tuan rumah tidak menyedari langsung kecurian yang berlaku...

Tidak dinafikan usahasama warga PDRM dengan ahli masyarakat perlu lebih akrab supaya jenayah dapat ditangani degan lebih berkesan.

Dalam saya menyebut pasal pertambahan penduduk ni; bertambah juga sampah. Di kawasan saya ni memang ada pihak SMC memungut sampah. Masalahnya pemungut sampah ni kekadang gopoh dalam kerja. Sampai terburai atas jalan raya dan ada tong sampah tidak di ambil sampahnya biarpun tuan rumah sudah letakkan dalam tong sampah untuk dikutip. Saya harap perkhidmatan memungut sampah ini sentiasa dipantau agar mereka yang bekerja memungut sampah ini lebih rasa bertanggungjawab.

Kepada yang berkenderaan; sewajarnya kita merenung betapa bertuahnya kita berbanding mereka yang tiada kenderaan. Maka kita patut ada rasa hormat kepada orang lain dan bersyukur. Hormatilah orang lain ketika berada di jalan raya. Saya teringat kepada sebuah kereta baru-baru ni. sesampainya di bulatan depan UCS, Sibu datang sebuah kereta MyVy di sebelah kanan saya berhenti beri laluan kepada kenderaan di dalam round about. Tetiba dia menagambil laluan ke kiri. Apa punya pemandu ni nak ke kiri ambil laluan kanan. Lepas tu dengan selamba sahaja mengambil laluan yang menyebabkan orang lain terpaksa menekan brek emergency. Tanpa rasa bersalah lagi tu buat orang lain menyampah dengannya. Nasib baiklah tidak ada accident saat itu.

Memang memandu di bandar Sibu ini kena ada kemahiran tersendiri. Ikut peraturan masa ambil lesen saja. Bila dah ada lesen tu buat jalan raya macam milik sendiri saja. Ramai sekali kawan2 saya memang takut hendak memandu di sini jika baru sampai atau datang sini. Kalau ada rasa nak cuba pengalaman itu boleh datang ke sini...

Kita ini perlu kepada disiplin dalam segala hal. Jika kita pentingkan diri sendiri sudah tentu banyak buruk dan padahnya.

Bagi saya, kita perlu banyak bersyukur supaya kita sentiasa sedar segala nikmat yang ada kepada kita itu perlu digunakan dengan sebaiknya. Tanpa menghargai sesuatu nikmat itu, tidak mustahil ianya akan lenyap begitu saja. Apakah bila sampai saat itu baru kita mahu balajar untuk menghargainya?

Renung-renungkanlah!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?