Dimana Tanggungjawab Mendidik? Jika Tubuh Wanita Dan Minda Kanak-Kanak Terus Menerus Dieksploitasikan.

Oleh isma daud


Saya hanya sekali sahaja menonton iklan ini di televisyen. Entah TV mana saya lupa. Anak saya cakap TV3. Mungkin banyak siarannya di saluran swasta.

Apabila menonton iklan tersebut timbul dibenak saya persoalan bahawa dimanakah tanggungjawab mereka yang berwajib untuk mendidik kanak-kanak dengan pemikiran yang harmoni dan jauh daripada pemikiran lucah serta negatif.

Beginikah cara kita mendidik? Untuk mendapat publisiti murahan semacam murahnya tambang Air Asia itu kita jatuh dan rendahkan maruah kita dengan pemikiran yang amat tidak cocok sekali.

Apakah tidak ada idea lain yang lebih murni untuk mempromosi sesuatu iklan? Apakah tidak ada rasa bersalah apabila kita telah mengeksploitasi dua kelompok manusia yang begitu mudah dirosakkan? Kanak-kanak Dan Wanita.

Saya berharap ada pihak yang prihatin dan berfikir secara lebih kreatif dan kritis daripada mengeksploitasi tubuh wanita dan kedangkalan minda kanak-kanak. Sungguh memalukan ada orang dewasa yang lemah daya fikir yang membawa pemikirannya kepada tubuh wanita yang terdedah dan kanak-kanak yang masih fitrah jiwa dan pemikirannya.

Mari kita Renung Dan Fikir-Fikirkannya.




Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?