Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, September 18, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 1430H ~ Ustaz Rosli Dhoby & Keluarga Di Sibu


1 SYAWAL BAKAL TIBA





KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT WALAU DI MANA JUA BERADA KHUSUSNYA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.


UCAPAN HARI RAYA INI JUGA DITUJUKAN KHUSUS KEPADA IBU BAPA KAMI YANG BERADA DI KAMPUNG TOK DIR, KUALA TERENGGANU DAN SELURUH AHLI KELUARGA DI KAMPUNG SANA.


JUGA UCAPAN SALAM AIDIL FITRI INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA RAKAN TAULAN YANG DEKAT DAN JAUH YANG MENGENALI KAMI KHUSUSNYA KEPADA WARGA SMK ROSLI DHOBY. 

SEMOGA KEHADIRAN SYAWAL KALI INI MEMBAWA RAHMAT DAN BERKAT KEPADA KITA SEMUA. 

KEPADA MEREKA YANG MULA BERTOLAK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING, PANDULAH DENGAN CERMAT, SEMOGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI MASING-MASING UNTUK BERSAMA KELUARGA TERCINTA DI HARI LEBARAN INI.


SAMBUTLAH HARI RAYA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN SERTA KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT DAN JANGANLAH DICEMARKAN SAMBUTANNYA DENGAN AMALAN-AMALAN YANG DITEGAH OLEH SYARAK SEPERTI PERGAULAN BEBAS DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA BERSALAM- SALAMAN DI ANTARA AJNABI ATAU MEREKA YANG BUKAN MUHRIM.


SEMOGA ALLAH MENERIMA IBADAT PUASA KITA DAN ZAKAT FITRAH YANG TELAH KITA KERJAKAN. JANGANLAH KITA LUPA KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK DI HARI YANG MULIA INI.


"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEMUA"


WASSALAM!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails