Kecelakaan Kepada Yang Enggan Membantu Dan sombong

Oleh isma daud.

Intro;
Sungguh!!! Saya menulis persoalan ini atas dasar pengalaman hidup. Sukarnya seseorang untuk membantu orang lain sekiranya ada sifat sombong dalam diri. Sifat sombong ini bukan berada dalam diri orang berkuasa yang hebat-hebat sahaja, bahkan jika yang berkuasa tetapi tidak hebatpun boleh bersikap sombong. Kekadang seseorang itu tidak perlu berjawatan tinggi dan besar tetapi cukup jika sekiranya seseorang itu merasakan bahawa kedudukannya yang kecil itu memerlukan orang lain menagih bantuannya. lalu dia bersikap besar kepala dan "meletak harga" bila ada orang yang memerlukan khidmat dan pertolongannya. Apatah lagi jika kedudukannya yang kecil itu pula diperkukuhkan kuasanya oleh orang yang berkuasa di atasnya. Dia merasakan kedudukannya itu cukup kuat dan mantap. Dia berkuasa macam tuannya berkuasa...
Di dalam al-Quran ada menjelaskan tentang kecelakaan orang yang tidak mahu atau enggan membantu di kala orang datang meminta bantuannya. Sila rujuk surah Al-Maa'uun; ayat 7.

Sebagai manusia biasa yang lemah kita sepatutnya berasa insaf kepada diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang sempuna dan mampu mengatasi segalanya. Setiap orang ada keupayaan dan keterbatasan dirinya sendiri. Yang sempurna hanyalah Allah SWT. Tiada daya dan upaya melainkan milik Allah SWT atas segala-galanya.

Oleh sebab itu kita tidak boleh bersikap sombong dan angkuh sesama manusia. Kalau kita ada kelebihan; kita sebenarnya hanya memiliki sedikit kelebihan itu sebaliknya pula seribu kekurangan sedang melingkungi kelebihan kita itu. Orang yang bijak bestari akan menyedari akan hakikat ini sementara mereka yang dangkal ilmu dan iman pasti akan terpedaya dengan sedikit keupayaan diri lalu bersikap sambong dan angkuh.

Sikap sombong dan angkuh ini tidak layak untuk berada dalam diri manusia. Ia adalah sifat mutlak bagi Allah SWT. Sebab itu Allah SWT tidak membesarkan ZatNya dengan sifat sombong walaupun Allah SWT sebenar-benar pemilik keagungan dan kebesaran. Sebaliknya Allah SWT mengagungkan akan sifat Pengasih dan penyayang mengatasi sifat-sifatNya yang lain. Ini menjadi contoh kepada manusia agar tidak menghiasi diri dengan sifat buruk ini. Sifat sombong dan angkuh adalah sifat Syaitan yang terkutuk dan sifat itu yang terus meletakkan Syaitan ditempat yang hina sehingga hari kiamat.

Sepatutnya setiap insan menyedari hakikat dirinya yang lemah dan memerlukan orang lain dalam kehidupannya. Mengingati akan hakikat ini menyebabkan kita sedar diri dan tidak sombong. Pada masa yang sama akan terpancullah keluar sifat lemah lembut, penyantun dan penyayang dalam diri seseorang itu. Dari sini jiwanya menjadi lembut dan lunak dan suka membantu atau menolong orang lain. Tidak berkira atau kedekut kudrat dan keupayaan untuk membantu orang lain yang memerlukannya.

Sungguh!!! Saya menulis persoalan ini atas dasar pengalaman hidup. Sukarnya seseorang untuk membantu orang lain sekiranya ada sifat sombong dalam diri. Sifat sombong ini bukan berada dalam diri orang berkuasa yang hebat-hebat sahaja, bahkan jika yang berkuasa tetapi tidak hebatpun boleh bersikap sombong. Kekadang seseorang itu tidak perlu berjawatan tinggi dan besar tetapi cukup jika sekiranya seseorang itu merasakan bahawa kedudukannya yang kecil itu memerlukan orang lain menagih bantuannya. lalu dia bersikap besar kepala dan "meletak harga" bila ada orang yang memerlukan khidmat dan pertolongannya. Apatah lagi jika kedudukannya yang kecil itu pula diperkukuhkan kuasanya oleh orang yang berkuasa di atasnya. Dia merasakan kedudukannya itu cukup kuat dan mantap. Dia berkuasa macam tuannya berkuasa...

Bila kita memintanya sedikit pertolongan mulalah bersikap ego dan sombong sehingga keberatan untuk memberi pertolongan biarpun sedikit. Bahkan menganggap tidak perlu menyusahkan diri atau sibuk dengan urusan orang lain. Ada yang mempersoalkan mengapa dia perlu terlibat dengan masalah orang lain? Apa yang dia dapat jika dia membantu orang lain? Di dalam masyarakat hari ini yang mengamalkan akidah "keakuan" dan budaya hidup "individualistik" kian meneballah sikap sombong dan mementingkan diri sendiri. Apa yang menyedihkan apabila segala pertolongan mesti dikaitkan dengan bayaran. Mana ada yang percuma hari ini. "No Money, No Talk".... Maka budaya membantu itu kian terhapus dalam masyarakat moden biarpun tidak dinafikan masih ada insan yang penyayang dan prihatin terhadap kesusahan orang lain.

Atas kepentingan membantu sesama manusia inilah yang menyebabkan Allah SWT menyifatkan bahawa orang yang enggan membantu dalam melakukan kebaikan sedangkan dia berupaya membantu sandaranya sebagai orang yang celaka. Bahkan Rasulullah saw sendiri menyifatkan mereka ini sebagai orang yang kurang atau tiada iman langsung di hati mereka bahkan baginda saw tidak menganggap orang seperti ini sabagai umatnya. Banyak hadis-hadis mengenai hal berkaitan. Silalah buat rujukan sendiri dalam hal ini.

Oleh itu; marilah kita bina semangat kekitaan dalam masyarakat moden hari ini. Tidak lemah dan mundur kita jika kita mengkayakan diri kita dengan sikap penyayang dan prihatin. Bahkan inilah nilai sebenar sesuatu tamadun dan lambang kemajuan hakiki. Orang yang bertamadun tidak sombong bahkan sedia melebarkan luaskan lagi kasih sayangnya kepada orang lain dan makhluk Allah seluruhnya. Pengetahuan yang ada pada dirinya akan dikongsikan secara saksama dan adil kepada orang lain bahkan sanggup berkongsi maklumat dan ilmu dengan sesiapa saja.

Ya! Tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Mudah-mudahan kita bukanlah orang yang sombong dan kedekut tetapi seorang yang cukup pemurah dan perihatin terhadap orang lain. Bantulah mereka yang benar-benar inginkan bantuan walaupun dengan sebaris nasihat dan seungkap doa... Itupun bantuan juga.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?