Posts

Showing posts from September, 2009

Ucapan-Ucapan Salam Aidil Fitri Mengeratkan Silaturrahim

Oleh isma daud Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan rakan-rakan yang saya kenal atau tidak kenal sempena kedatangan Aidil Fitri kali ini dengan mengutuskan "Ucapan Salam Aidil Fitri". Saya sangat-sangat berterima kasih dan sangat menghargainya. Saya memohon maaf kerana tidak membalas ke semua ucapan tersebut. Ada yang menyatakan nama, alamat dan anak2 mereka. Dengan itu saya maklum bahawa jumlah keluarga masing-masing sudah bertambah. Ada yang menyebut beraya di rumah mentua, bila di lihat rumahnya beralamat baru. Ini samada yang sudah berkahwin dapat bini baru maka dapat mentua baru. Yang baru kali pertama kahwin, saya ucap selamat pengantin baru. Tahniah sebab sambut raya kali ini dengan suasana yang baru. Walau apa pun saya ucapkan Salam aidilfitri buat semua. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita, mudah-mudahan, Insya Allah. Sememangnya kata-kata yang ditintakan sangat menarik sekali dan mengesan di hati. Ucapan ini di samping bertujuan melahirkan

Aidil Fitri... Kami Syukur Cuma Kami Kesal

Oleh isma daud Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...Begitulah ucapan yang mengiringi kehadiran Syawal tanda penamat kepada bulan Ramadhan. Berbagai gaya ucapan yang datang melalui kad raya walaupun hanya menerima beberapa keping saja, yang banyaknya melalui pesanan ringkas (SMS), e-mel dan Facebook. Kalau dulu kad raya yang banyak ini kita gantung lagi sebagai hisan rumah pada hari raya. Tapi kini segalanya sudah berubah. Aidil Fitri Datang lagi... Syukur. Menjelang hari raya kami sekeluarga sempat membersihkan sedikit halaman rumah dan menyusun atur kerusi meja secara sederhana. Tiada yang baru, semuanya yang lama-lama. Sepertimana biasa sebagai anak rantau; malam raya di sambut sesama keluarga kecil kami di Sibu sahaja. Tiada saudara mara di sini. Zakat Fitrah saya dah siapkan pada hari-hari 10 terakhir lagi. Baju-baju raya anak-anaklah yang menjadi keutamaan. Isteri pula sejak menjadi "Tukang Jahit" ni tempahan baju raya tidak pernah habis, sampai menjelang ray

Umat Islam Di Malaysia Sambut 1 SYAWAL Pada Hari Ahad, 20 September 2009M

Oleh isma daud. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, telah mengumumkan 1 Syawal dan Hari Raya Aidilfitri 1430H jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009. "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009," katanya. Majlis Raja-Raja bersetuju cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah serta hisab.

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 1430H ~ Ustaz Rosli Dhoby & Keluarga Di Sibu

Image
1 SYAWAL BAKAL TIBA KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT WALAU DI MANA JUA BERADA KHUSUSNYA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. UCAPAN HARI RAYA INI JUGA DITUJUKAN KHUSUS KEPADA IBU BAPA KAMI YANG BERADA DI KAMPUNG TOK DIR, KUALA TERENGGANU DAN SELURUH AHLI KELUARGA DI KAMPUNG SANA. JUGA UCAPAN SALAM AIDIL FITRI INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA RAKAN TAULAN YANG DEKAT DAN JAUH YANG MENGENALI KAMI KHUSUSNYA KEPADA WARGA SMK ROSLI DHOBY.  SEMOGA KEHADIRAN SYAWAL KALI INI MEMBAWA RAHMAT DAN BERKAT KEPADA KITA SEMUA.  KEPADA MEREKA YANG MULA BERTOLAK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING, PANDULAH DENGAN CERMAT, SEMOGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI MASING-MASING UNTUK BERSAMA KELUARGA TERCINTA DI HARI LEBARAN INI. SAMBUTLAH HARI RAYA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN SERTA KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT DAN JANGANLAH DICEMARKAN SAMBUTANNYA DENGAN AMALAN-AMALAN YANG DITEGAH OLEH SYARAK SEPERTI PERGAULAN BE

Catatan 28 Ramadhan 1430H ~ Syukur & Terima Kasih.

Image
Oleh isma daud Peperiksaan Percubaan PMR(2) selesai sudah. Sekolah mula bercuti menjelangnya Syawal yang akan disambut tidak lama lagi. Akhirnya Ramadhan Al-Mubarak ini beresok-esok meninggalkan kita. Sedihnya rasa hati. Bulan rahmat dan berkat ini sudah mahu melabuhkan diri. Terasa begitu pantas masa berlalu. Hampir sebulan sudah kita -umat Islam- berpuasa. Bagi warga KPM mereka ada hadiah istimewa. Dapat Cuti Awal. Dapat balik kampung awal... Dapat menyediakan diri untuk sambut Syawal... Terima Kasih Menterinya... Kira Bonoslah tu.. Namun; sebagai anak perantau. Ianya sama saja. tahun ini sekali lagi meneruskan lagi tradisi beraya ditempat orang. Bagi kami yang sudah berkeluarga dan beranak ramai; kos pengangkutan bukan sedikit untuk balik ke kampung... Namun semua bagaikan alah bisa kerana biasa. Ingatan kepada keluarga di kampung tidak pernah pudar khususnya di saat menyambut hari lebaran ini. Cuma sekalung doa buat ibu yang sudah tua, keluarga mertua, adik-beradik dan sana

Polis Indonesia Sahkan Noordin Mohd Top Ditembak Mati

Image
Oleh Mohd Nasir Yusoff (Gambar ehsan Utusan Malaysia Online ) JAKARTA - Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi Khamis. Katanya polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu. "Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Khamis, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan. Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak. Bambang juga berkat

Kecelakaan Kepada Yang Enggan Membantu Dan sombong

Oleh isma daud . Intro; Sungguh!!! Saya menulis persoalan ini atas dasar pengalaman hidup. Sukarnya seseorang untuk membantu orang lain sekiranya ada sifat sombong dalam diri. Sifat sombong ini bukan berada dalam diri orang berkuasa yang hebat-hebat sahaja, bahkan jika yang berkuasa tetapi tidak hebatpun boleh bersikap sombong. Kekadang seseorang itu tidak perlu berjawatan tinggi dan besar tetapi cukup jika sekiranya seseorang itu merasakan bahawa kedudukannya yang kecil itu memerlukan orang lain menagih bantuannya. lalu dia bersikap besar kepala dan "meletak harga" bila ada orang yang memerlukan khidmat dan pertolongannya. Apatah lagi jika kedudukannya yang kecil itu pula diperkukuhkan kuasanya oleh orang yang berkuasa di atasnya. Dia merasakan kedudukannya itu cukup kuat dan mantap. Dia berkuasa macam tuannya berkuasa... Di dalam al-Quran ada menjelaskan tentang kecelakaan orang yang tidak mahu atau enggan membantu di kala orang datang meminta bantuannya. Sila rujuk sura

Benarkah Laporan Majalah MASTIKA Ini?

Image
Komentar isma daud :  Cerita begini kadangkala lebih bertujuan melakukan sesebuah majalah.  Setahu saya orang Melayu cukup sensitif pasal b*b*ni. sebut perkataannya pun sudah geli. Saya belum baca majalah ini. mungkin " pelayar kehidupan " dah baca. tetapi jika benar laporan sebegitu, adalah satu tragedi yang sungguh menyayat hati kepada umat Islam apatah lagi ianya berlaku kepada guru muslim. Orang Islam sekarang semakin terhakis jati diri sebagai muslim. sudah tidak segan silu lagi melakukan maksiat. apa saja yang maksiat orang melayu telah menjadi juaranya. lihatlah dalam pelbagai isu yang menjadi "kanser" dalam masyarakat kita hari ini. Saya juga merayu agar guru yang terlibat ini bertaubat kepada Allah SWT dengan meninggalkan tabiat buruk itu. Takutlah kepada Allah SWT yang telah mengharamkan makanan dan minuman tertentu kepada umat islam. Terlalu jahil sangatkah kita tentang agama kita sendiri sehingga "halal dan haram" tidak dipedulikan lagi? L

Lebih Dermawan Dalam Bulan Ramadhan

Oleh isma daud . Hari ini saya sekadar membuat catatan santai saja. Masuklah kini hari 15 berada dalam bulan Ramadhan tahun ini. Kelmarin, sempat berbincang dengan kawan-kawan tentang majlis berbuka puasa yang akan kami adakan di Surau al-Nadwah pada 16 September nanti. Kira-kira majlis penamat dan penutup aktiviti surau dalam bulan Ramadhan ini sebelum sekolah cuti untuk berhari raya. Warga SMK Rosli Dhoby akan kembali ke tempat masing-masing khususnya mereka yang bujang dan berasal dari Sarawak ini. Tinggallah perantau macam saya beraya di sini... Sekolah akan mula bercuti mula Jumaat; 18 September 2009 nanti. Sempatlah kami membuat sedikit semakan kepada jumlah dana yang kami ada untuk mengadakan majlis yang sederhana ini. Hajatnya tu nak jemput ibubapa pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam tahun ini baik PMR, SPM dan STPM. Langsung buat solat hajat pada malam itu. Alhamdulillah dana yang ada itu mencukupi rasanya. Semuanya adalah kemurahan Ramadhan. Semuanya adalah nikmat d

Berpuasalah Tapi Jangan Lupa...

Oleh isma daud Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kini sudah masuk hari ke 12 berada dalam bulan Ramadhan 1430H. Dalam tempoh 12 hari berpuasa sepatutnya kita membuat pemerhatian dan penilaian semula terhadap 1/3 daripada puasa yang telah kita lakukan. Semoga matlamat daripada berpuasa itu benar-benar tercapai dan akhirnya beroleh kejayaan serta redha Allah SWT. Semoga EMPAT perkara ini menjadi pemerhatian kita , yang boleh kita perbaiki dari masa ke semasa dalam menjalani ibadat puasa kali ini. 1. Kesegaran Iman : Iman adalah tenaga dan kekuatan dalaman yang menjadi motivasi untuk menggerakkan ibadah dalam bulan Ramadhan. Apakah kita masih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti yang mampu membangunkan jiwa kita sepanjang Ramadhan atau sudah mulai longlai sedikit demi sedikit? Mampukan kita mengawal keinginan nafsu dan emosi kita? Bagaimana kekuatan kayuhan langkah kaki kita untuk pergi ke mesjid atau surau bagi menunaikan solat secara berjamaah? Bagaimana tadarrus Al-Qur

Malam ke 11; Kembali Ke Sekolah Dan Surau An-Nadwah

Oleh isma daud "...harapan saya biarlah senario umat Islam berpusu-pusu ke surau dan masjid ini bukan bermusim bahkan akan berterusan sehingga memasuki bulan-bulan yang lain pula. Janganlah jadi macam biasa; bila berhari raya mulalah surau kembali sepi maklumlah di Sarawak ini orang beraya sebulan. Ya beraya sebulan. Itulah tradisi orang Sarawak. Puasa sebulan dan rayanya pula sebulan. Dan raya sebulan itu akan memadamkan " Ruh Ramadhan " yang sebulan itu..." Malam tadi merupakan malam ke 11 kita berada dalam bulan Ramadhan. Ini bermakna 1/3 daripada bulan Ramadhan telah kita lewati. Bulan Rahmah itu telah ikita harungi kerana Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa bulan Ramadhan; awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan dipenghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Mula berpuasa sekolahpun mula bercuti dan malam tadi adalah malam pertama kami memulakan solat sunat teraweh di Surau Darul Nadwah. Saya tidak mengaktifkan aktiviti surau keran