Polis Indonesia Sahkan Noordin Mohd Top Ditembak Mati

Oleh Mohd Nasir Yusoff


(Gambar ehsan Utusan Malaysia Online)

JAKARTA - Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi Khamis.

Katanya polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

"Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Khamis, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak.

Bambang juga berkata polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen.


Sumber berita:
Kosmo! Online pada 10/8/2009 melaporkan; Mayat Pengganas Bukan Noodin.
SEBUAH akhbar di Indonesia, semalam memaparkan berita muka depan bahawa jasad yang terbunuh 'Tidak Mirip Noordin'.

BEJI, Indonesia - Terdapat keraguan bahawa lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Dusun Beji, Temanggung, Jawa Tengah pada Sabtu lalu ialah pengganas paling dikehendaki di Asia iaitu Noordin Mohammad Top, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, spekulasi tercetus bahawa lelaki yang mati ditembak di rumah itu ialah Noordin.

Spekulasi itu tercetus kerana setakat ini tiada pengesahan daripada polis Indonesia mengenai perkara tersebut.

Identiti mayat lelaki itu mungkin diketahui dalam tempoh dua minggu lagi selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Pada Jumaat lalu, sepasukan anggota polis mengepung dan melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah yang didakwa menjadi tempat persembunyian Noordin di Temanggung dalam operasi yang berakhir kelmarin.

Ketika kejadian, Noordin, 40, dikatakan bertahan berseorangan daripada serangan polis dalam rumah itu.

Namun, akhbar Jawa Pos memetik beberapa sumber menyatakan keraguan bahawa jenazah yang ditemui dalam rumah itu ialah Noordin - seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia.

Alasan yang dikemukakan bagi mewajarkan hujah itu ialah bentuk tubuh lelaki tersebut tidak sama seperti Noordin.

"Jasad itu lebih pendek daripada profil Noordin," kata sumber tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh polis berhubung fizikal Noordin, pengganas itu didapati kerap memakai kemeja lengan panjang untuk menutup kulit pada tubuhnya yang menyerupai kudis.


Kosmo! Online pada 9/8/2009 melaporkan:
Minta tolong sebelum mati - Mayat lelaki dalam bilik air dipercayai Noordin


ANGGOTA pasukan anti pengganas Polis Indonesia memulakan serbuan ke atas rumah yang menjadi sarang persembunyian Noordin selepas 16 jam dikepung.



BEJI, Indonesia - "Nama saya Noordin M Top.''

Itulah suara terakhir seorang lelaki dipercayai ketua pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top dalam rumah yang menjadi tempat persembunyiannya di tengah sawah dekat Temanggung, Jawa Tengah sebelum ia dihujani peluru dalam serangan polis bermula 4.30 petang (5.30 petang waktu Malaysia) kelmarin.

Rumah itu terus dikepung dengan polis melepaskan tembakan serta diikuti letupan bom sehingga pukul 5 pagi semalam.

Pasukan antipengganas Densus 88 Indonesia yang dalam siri menjejaki rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) diketuai Noordin, sudah mengesan lokasi suspek selepas menahan dua pembantunya yang juga adik-beradik, Aris dan Hendra di sebuah bengkel basikal dekat tempat kejadian.

Serentak dengan itu, seramai 50 anggota skuad elit itu mengepung rumah berkenaan selama 16 jam dengan dibantu kereta perisai.

MEREKA melepaskan tembakan menerusi tingkap bilik rumah yang menjadi persembunyian Noordin di Temanggung, Jawa Tengah.

DUA anggota polis berpakaian preman mengumpulkan bahan bukti dari rumah yang penuh dengan kesan tembakan dalam serangan yang mengorbankan Noordin semalam.


AZAHARI (kiri) dan Noordin.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?