Persepsi Antara 2 Guru... Sekadar Renungan.

Komplain orang lama...
Dipetik daripada : AmanahWargaPendidik@yahoogroups.com
Tajuk Asal :[CiKGuCiKGi] KPLI 18 Bulan: Empat Perkara untuk Renungan BPG

Salam...

Ini pengalaman yang sedang saya alami ketika ini. Bukan nak mengutuk atau mengecilkan kredibiliti guru-guru KPLI. Bagi saya isu umur tua baru nak posting bukan menjadi isu. Saya sendiri, 3 tahun berada di Politeknik, 4 Tahun amik 'i' pendidikan. Hampir 7 tahun, tp dek kerana mmg minat nak jadi cikgu.. Itu bukan alasan...

Senario yang sedang berlaku di sekolah saya...
Baru-baru ni dalam bulan Julai 2009, sekumpulan pelajar DPLI @ KPLI dihantar untuk menjalani latihan mengajar. Sayangnya kini dah nak mencecah pertengahan Ogos ramai cikgu-cikgu yang merungut 'Cikgu Praktikum' tu sombong le. Langsung x nak tegur kiter.

Lagi satu Isu, KP pada satu matapelajaran yang diajar oleh guru2 praktikum KPLI ni bercerita, cikgu-cikgu pelatih KPLI ni merungut kerana diberikan tugas yg agak banyak. Bukan nak membebankan mereka, ini adalah realiti di sekolah terutamanya sekolah kecil seperti sekolah saya ni.

Baru jalani latihan mengajar dah merungut kerja banyak. Kalau dah jadi guru nanti tah mcam mana... Kesian la kat budak-budak...

Ingat, tugas guru bukan hanya di sekolah semata-mata, kat mana pun insan bergelar 'CIKGU' ni sentiasa bekerja.

Oleh : syaima bahari
alamat emel: sya5840736@yahoo.com

Respond Guru KPLI @ DPLI

Salam..

Saya ingin menyatakan pendapat saya di ruangan ini. Bukan semua guru pelatih KPLI dan DPLI ni tidak mempunyai kredibiliti sebagai seorang guru. Mungkin ada sesetengahnya atau segelintir yang berbuat demikian dan habis semua pelatih KPLI dan DPLI dipersalahkan dan dianggap sebegitu. Tetapi pernahkah kita semua warga pendidik berfikir sejenak.....mereka yang sedang merangkak dan bertatih itu kita nampak kesalahannya..jelas dan nyata....yang warga pendidik senior ni adakah betul pula caranya???....yang tidak masuk ke kelas, yang lambat masuk ke kelas, yang suka cuti, yang suka bergosip, yang suka berniaga, yang mempunyai perasaan hasad dengki, yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain???pernahkah kita berfikir tentang keadaan yang sedang melanda alam pendidikan kita sekarang?Kalau yang seniornya hendak dijadikan contoh pun kita kena fikir banyak kali. Kita hanya nampak kesalahan orang dan menuding jari ke arah orang lain tetapi kita sendiri???Adakah betul setiap perbuatan kita?? Sepatutnya guru-guru senior perlu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih KPLI dan DPLI ni. Guru-guru perlu bekerjasama membantu guru pembimbing membentuk insan guru yang cemerlang.

Untuk guru-guru pelatih KPLI dan DPLI pula, sepatutnya kita kena belajar dengan guru-guru yang leih senior. Mungkin banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama. Jangan sombong dan berlagak pandai seolah-olah dengan memiliki segulung ijazah, anda pandai semuanya. Teguran dan nasihat yang diberikan sekiranya baik jadikan pengajaran dan sekiranya tidak jadikan tauladan. Banyak ilmu yang kita akan dapat andai kita selalu berbincang dengan guru senior tentang profession keguruan ini. Iltizam dan semangat yang gigih perlu dipertingkatkan dalam mendidik anak bangsa kita di dalam era yang serba mencabar ini. Kerjasama yang erat haruslah dipupuk dalam orgnisasi sekolah yang kecil supaya semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kita semua. Renung kembali tujuan kita semua memasuki bidang pendidikan ini? Adakah kerana imbuhan? masa bekerja? atau kerana untuk mendidik anak bangsa? Renung-renungkanlah...

Saya hanya memberikan pendapat. Tidak terniat di hati ingin menyalahkan sesiapa. Tetapi setiap yang berlaku itu ada baik dan buruknya. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk memilih jalan yang akan kita semua ikuti.

Sekian, minta maaf jika ada kesilapan di dalam penulisan saya ini sekiranya ada yang terasa hati atau berkecil hati.

Oleh : fatihah majid
alamat emel : fmajid15@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?