Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, August 17, 2009

Persediaan Sebelum Ziarah Rumah Orang Tua

Oleh isma daud
Baca lebih lanjut di : Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

eKaikHa said...

salam ustaz. sy ika dari usm. persatuan sy nak buat jamuan raya di rumah orang tua2. tapi saya tidak tahu aktiviti apa yang nak dijalankan selain makan2. saya nak minta pandangan ustaz kalau tidak keberatan tentang hal ini.tq

Salam Adik... semoga sihat wal afiat.

Ustaz sempat masuk ke blog adik. Selamat datang ke dunia blog dan selamat berkarya.

Ustaz harap adik banyak bersabar kerana setiap ujian yang datang itu banyak hikmah yang boleh kita pelajari...ustazpun biasa difitnah walaupun ustaz hanya menyampaikan kebenaran dakwah yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tujuan ustaz menulis di sini adalah untuk respond kepada mesej yang adik tinggalkan di blog ustaz.

Untuk melawat ke rumah orang tua kita mungkin boleh buat persiapan. Pastikan kehadiran adik ke sana setelah membuat permohonan rasmi agar program itu jadi lebih bermakna dan teratur. Di antara persediaan lain yang boleh adik ambil;

1. menyediakan hamper makanan kering seperti biskut...dapatkan maklumat berapa ramai penghuni di situ kerana mereka sangat sensitif seperti budak2, mesti cukup dan adil kerana tidak mahu ada yang merajuk.. mereka boleh simpan.

2. poskad/kad yang ada himpunan doa, poster yang mengandungi ayat quran, dan apa yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah (khusus untuk penghuni Islam).

3. rancang aturcara program yang sesuai dengan usia mereka seperti program suai kenal, nyanyikan lagu2 yang sesuai... mereka sebenarnya suka bercerita dan kita seharusnya menjadi pendengar kepada mereka.. kita cuba membahagiakan mereka. Saya ingat lagi pada hari lawatan itu pelajar saya sempat membuat pentomen dan drama ringkas untuk menghiburkan warga emas ini.

4. aturkan aktiviti khidmat bakti seperti membersih kawasan asrama mereka.. pastikan ianya mendapat keizinan daripada warden atau pengetua rumah org tua..

5. jaga tuturkata atau cara kita mendekati mereka...mereka ada masalah peribadi mereka sendiri. jangan paksa mereka, jangan marah kerana ada yang degil. bila orang datang mereka cuba tunjuk perangai..ya macam budak2.kena sabar. Jangan cepat terasa dengan mereka kalau ada yang bertindak tidak menyenangkan kita...ini persedian mental.

6. anggaplah mereka seperti ibubapa kita juga layan mereka dengan sopan dan mesra.

Harap adik dapat sedikit gambaran sebelum membuat lawatan kerumah orang tua. wassalam!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails