Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, August 25, 2009

Hikmahnya Hukum Allah SWT...Biarpun Tidak Sepenuhnya Dilaksanakan.



Sumber : KOSMO!

SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak.

Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri. Baca Seterusnya di sini : Resah Menunggu Disebat


Hukuman sebat: Kartika boleh membuat rayuan - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum.

Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.

Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini.

Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya. BERNAMA

______________________

Catatan isma daud : Saya pada awalnya tidaklah prihatin sangat dengan persoalan yang menimpa model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno. Saya sebenarnya kagum dengannya yang sedia menerima hukum yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah dan sanggup menghadapinya dan tidak mahu memohon rayuan supaya hukuman itu tidak dilaksanakan atau dikurangkan walaupun dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Walaubagaimana pun pihak mahkamah telah menangguhkan hukuman itu demi menghormati bulan Ramadhan.

Saya yakin beliau bertaubat dan redha menerima hukuman itu. Itu baru sedikit, sebahagian daripada hukuman yang mampu dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah yang tidak melewati ketetapan Mahkamah yang ada dalam tanahair kita 1 Malaysia. Bahkan hukuman itu belum lagi melengkapi Syariat Islam sepenuhnya, sudah memperlihatkan kesan yang mendalam dalam hati orang yang menerimanya dan masyarakat turut terkesan dengan apa yang berlaku. Hal ini jauh sekali daripada apa yang berlaku kepada undang-undang lain yang tiada perasaan insaf dan taubat di dalamnya.

Namun apa yang mendukacitakan ialah pihak-pihak yang menunjuk belas kasihan yang tidak bertempat. Ramai tukang sibuk dan mereka yang cuba menangguk keuntungan politik dalam isu ini. Ramai pula melihat hukum Allah SWT sebagai bentuk zalim dan tiada belas kasihan. Jauh sekali daripada merasa insaf terhadap kebaikan hukum Allah SWT.

Kalaulah hukum Allah SWT dilaksanakan sebagaimana yang disyariatkan di dalam al-Quran saya yakin kesannya lebih mendalam lagi. Isu ini menarik kerana ia dapat menunjukkan kepada kita hikmah daripada hukum Allah SWT dan memperlihatkan kepada kita siapa yang tidak yakin dengan hukum Allah SWT.

Pada saya; apa yang sepatutnya kita ambil sikap ialah menerima hukuman ini dengan sama-sama merasa insaf dan lebih penting sikap sedia menerima hukuman supaya menjadi pengajaran dan cegahan kepada orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Kita sama-sama berdoa agar Kartika akan kuat menerima hukuman yang menjadi pengajaran ini. Hatinya telah suci dan redha dengan apa yang telah ditentukan ke atasnya.

Kepada mereka yang diluar sana yang masih terlepas daripada hukuman seharusnya menjadikan kisah yang menimpa Kartika ini sebagai iktibar dan pengajaran. Kepada yang ragu-ragu kepada hukum Allah SWT sepatutnya menjadikan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kembali kepada Allah SWT dan meyakini kebaikan hukumnya pula.

No comments:

Related Posts with Thumbnails